Wednesday, April 14, 2021

Flerr Inspired by Caprice Sasarkan Jualan RM3.8 juta

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Nama Caprice memang sudah tidak asing lagi di negara kita. Beliau sangat popular dalam kalangan remaja dan anak-anak muda. Beliau dikenali sebagai penyanyi rap Malaysia, pengulas isu-isu terkini dan juga penceramah motivasi. Namun tidak ramai yang cakna, Caprice juga giat sebagai usahawan. Terbaharu, beliau bekerjasama dengan pengeluar minyak wangi tempatan yang cukup popular, Flerr untuk menghasilkan minyak wangi. Ikuti butirannya !

Flerr Inspired by Caprice

Penyanyi rap berusia 32 tahun ini merupakan seorang anak muda yang cukup bekerja keras dalam menaikkan namanya dalam industri. Beliau cukup terkenal dengan sifatnya yang spontan dan berterus-terang. Malah pertuturannya berbahasa Melayu juga sering menjadi tumpuan.

Flerr Inspired by Caprice

Baru-baru ini aku berkesempatan berjumpa dengan Caprice sendiri di Ibu Pejabat Flerr di Bandar Baru Klang untuk memperkenalkan rangkaian minyak wangi "Flerr Inspired by Caprice". Ini merupakan kali pertama aku dapat bersua muka dengan Caprice dan amat memeranjatkan sekali, beliau amat mudah didekati dan bijak berbicara meskipun ramai yang menyoalkan status warganegaranya akibat pertuturan bahasa Melayunya yang sedikit berbeza dari kebanyakan masyarakat Melayu yang lain.

Flerr Inspired by Caprice

Sempat juga bertanyakan kepada Caprice kenapa ingin berkolaborasi menjual minyak wangi dengan pihak Flerr. Beliau menjawab, segalanya bermula ketika lawatannya ke tanah suci Mekkah di mana ketika di Raudhah, terdapat satu bauan yang cukup unik dan memberikan beliau satu ketenangan. Bau Raudhah ini buat beliau rindu terutama sekali apabila sekatan merentas negara berkuatkuasa semenjak tahun lalu, makanya kerinduan untuk ke tanah suci membuak-buak dalam dirinya. Maka dengan itu, terlibatlah Caprice dalam dunia minyak wangi.

Beliau mengeluarkan minyak wangi yang diberi nama Rindu Raudhah supaya dapat mengubati kerinduan untuk ke tanah suci. Wangian Rindu Raudhah ini mendapat sambutan yang cukup baik di mana penjualannya sangat laku. 30,000 unit terjual dalam masa kurang 6 hari. 

Flerr Inspired by Caprice

Dari situ, Caprice sudah mula meminat untuk menceburi perniagaan minyak wangi. Maka terjadilah kerjasama Caprice bersama Flerr dalam menghasilkan minyak wangi yang diinspirasikan daripada minyak wangi terkenal dunia. Menurut Caprice, tidak semua orang mampu membeli minyak wangi berjenama kerana harganya agak mahal. Tambahan pula sekarang kita dalam memerangi pandemik di mana ekonomi agak sedikit gawa dan menjejaskan ramai orang.

Flerr inspired by Caprice ini dihasilkan supaya semua orang mampu memakai bauan minyak wangi mahal pada harga mampu milik. Itulah sasaran Caprice dalam menghasilkan rangkaian minyak wangi inspired ini. Beliau juga berharap, kerjasama ini dapat menaikkan syarikat Flerr sebagai sebuah syarikat minyak wangi tempatan nombor satu di Malaysia.

Flerr Inspired by Caprice

Rangkaian minyak wangi Flerr Inspired by Caprice ini dikhabarkan harumannya boleh bertahan selama 8 jam. Saiznya pula cukup comel dan boleh disematkan di dalam poket untuk dibawa ke mana-mana. Kapasitinya sebanyak 32ml dikatakan dapat bertahan selama 44 hari dengan semburan sekali dua di pergelangan tangan. Tidak perlu sembur terlalu banyak kerana sedikit pon harumannya boleh dibau satu bilik.

Terdapat 10 jenis wangian kesemuanya. 5 wangian lelaki dan 5 wangian wanita. Wangian ini didatangkan dalam kotak yang cukup berwarna-warni. Di dalamnya terdapat dua botol wangian bersaiz poket. Harganya pula untuk sekotak adalah RM49.90 sahaja. Boleh dapatkan di ejen-ejen Flerr yang berdekatan dengan anda. Ejen-ejen Flerr sangat ramai dan terdapat di semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Jadi mudahlah untuk anda dapatkan Flerr Inspired by Caprice nie.

Flerr Inspired by Caprice

Bersama-sama ini, Caprice ingin mengajak kepada mereka-mereka di luar sana yang terkesan dengan pandemik ini dan ingin menambahkan pendapatan dengan menjadi egen untuk Flerr Inspired by Caprice ini, bolehlah mendaftar sekarang. Dengan hanya bermodalkan RM212 sebagai permulaan, Caprice percaya anda dapat menggandakan keuntungan daripada nilai moidal itu. Hal ini kerana, salah seorang anak muda telah berjaya capai jualan sebanyak RM100,000 dalam masa 3 minggu sahaja. Caprice cukup teruja melihat anak muda yang bekerja sebagai seorang pegawai bank berminat dan bersungguh-sungguh dalam berjualan untuk mengubah hidupnya. 

Sebarang maklumat lanjut mengenai rangkaian minyak wangi ini, boleh dibaca dalam laman sesawang mereka

Flerr Inspired by Caprice

Flerr Inspired by Caprice

Meskipun kini bergiat aktif dalam bidang keusahawanan, namun Caprice tetap tidak melupai cinta pertamanya dalam bidang muzik. Beliau akan mengeluarkan lagu baru dengan tajuk "Lai Lah" featuring Meer Fly dan seorang penyanyi berbangsa Cina. Lagu ini tercipta hasil daripada penghasilan minyak wangi Flerr Inspired by Caprice ini. Boleh cek di akaun instagram Caprice (@capriceofficial) untuk mendengar lagu ini. 

10 comments:

  1. Let's support him to achieve his target! Memang guna perfume mcm ni tapi brand lain, nak try Flerr pulak la...

    ReplyDelete
  2. Cute betul packaging dia. Ceria sungguh la. Nak pakai kena sembur sikit je kang orang sebelah pulak pening sebab wangi sangat ye?. Tahan lama la kalau gitu...bang bang bang....

    ReplyDelete
  3. Weeyy untunglahh dapat jumpa Caprice. Suka ngan cara dia ni. Rileks je buat semua benda. Ni akak suka tengok baju melayu dia kat Hijabista.Hub. semoga bisnes Flerr terus maju.

    ReplyDelete
  4. wah ikut jejak pesaing jenama ni. dulu kite pun meniaga fleer . sampai sekarang masih jual kecil kecilan .memang sedap bau dia and tahan lama

    ReplyDelete
  5. Wahhhh camprice pun dah masuk bidang macam ni hehehe tapi bila tengok muka awak dah macam caprice adik beradik lain mak lain bapak ker.... Good luck pada caprice dan juga usahawan muda macam ni..

    ReplyDelete
  6. La perfume ke hehe..menarik packaging dia colourfull betul. NAnti boleh cuba perfume ni :)

    ReplyDelete
  7. Waduh waduh best sgt bau minyak wangi caprice. Nanti nak cari satu

    ReplyDelete
  8. Taunya pewangi kereta je, ni dah ada pewangi badan ek.. kompom laaa mewangi oii... suka bau-baunya.. lagi=lagi honeydew...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulilah terinspirasi sebab teringat bau tanah suci. InsyaAllah dipermudahkan dan dimurahkan rezki semua yang terlibat.

    ReplyDelete
  10. oic.. inilah pewangi yang kawan saya sebut-sebut hari tu.. ingatkan apa caprice.. rupanya penyanyi.. kalau ada jual kat tempat saya.. ingin juga nak cuba..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...