Wednesday, April 7, 2021

Amazing Success Mendedahkan Ilmu Metalife Yakni Potensi Diri Melalui Kod Energi Berdasarkan Tarikh Lahir

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Beberapa minggu yang lalu, aku sempat menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh team Amazing Success di Hotel Crystal Crown PJ selama 2 hari 1 malam. Satu seminar yang cukup menarik kerana peserta dapat mempelajari satu aura atau ciri-ciri berdasarkan nombor lahir kita atau bahasa ilmiahnya dipanggil sebagai metalife. Menarik kan ?

Seminar Amazing Rezeki oleh Amazing Success

Sebelum ini memang team Amazing Success ada menyatakan hasratnya untuk mengadakan seminar 2 hari 1 malam untuk menerangkan mengenai ilmu Metalife ini tapi akibat kekangan PKP dan sebagainya, seminar ini terpaksa ditangguh untuk beberapa kali. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga seminar ini diadakan. 

Seminar Amazing Rezeki oleh Amazing Success

Aku percaya, pasti ramai di sini tidak berapa cakna akan ilmu metalife. Oleh itu, suka untuk aku berkongsi serba sedikit mengenai Metalife yang aku pelajari sewaktu seminar Amazing Rezeki tempoh hari.

Apa itu Metalife ?

Secara umumnya, metalife ini merupakan satu ilmu untuk memahami pengaruh energi pada alam dan juga diri. Melalui energi ini kita dapat mengenal pasti ragam emosi dan juga karakter diri. Dari situ kita boleh tahu di mana kekuatan dan kelemahan diri kita demi mengejar kejayaan. Energi ini dketahui atau dikira berdasarkan tarikh lahir anda. Terdapat cara yang khusus untuk mengira kod-kod energi ini.

Seminar Amazing Rezeki oleh Amazing Success

Namun begitu, hendaklah diingatkan, bahawasanya kod-kod energi ini hanyalah sekadar teori untuk dipelajari. Ia tidaklah termaktub secara khusus tepat 100%. Hanya sekadar teori yang mungkin boleh dijadikan rujukan atau peringatan. Akhirnya kita tetap berpaksikan pada qada dan qadar yang Allah telah tetapkan.

Apa yang menariknya, setelah kita mengira kod-kod energi ini berdasarkan tarikh lahir kita, kita dapat tahu potensi diri kita. Yang mana mungkin sebelum nie kita tidak sedar atau separa sedar bahawa potensi itu ada dalam diri kita. Tinggal lagi cuma untuk diasah dan dikedepankan.

Seminar Amazing Rezeki oleh Amazing Success

Secara jujurnya, ini bukanlah kali pertama aku mempelajari aura atau potensi diri menggunakan tarikh lahir kerana aku pernah pelajari ilmu numerologi sewaktu zaman praktikalku sebagai kaunselor pelatih di UiTM Puncak Alam pada tahun 2016. Ilmu numerologi itu boleh dikatakan hampir sama dengan ilmu metalife yang aku pelajari di seminar itu. Namun menurut jurulatih Metalife, Master Muslee, ianya adalah dua ilmu yang berbeza. 

Tidak pasti di manakah perbezaannya kerana energi alam yang digunapakai di dalam metalife juga digunapakai dalam numerologi. Apa-apa pon, ia tetap satu ilmu yang menarik untuk kita ketahui. 

Seminar Amazing Rezeki oleh Amazing Success

Konsep energi itu dikira dalam bentuk prisma atau piramid. Terdapat pengiraan yang khusus dan nombor-nombor itu akan dimasukkan dalam kotak-kotak yang tersedia. Setiap kotak-kotak itu mempunyai kod energinya yang tersendiri. Oleh itu, pengiraan kod sangat perlu berhati-hati kerana ia akan memberi kesan kepada kod yang lain. 

Alhamdulillah, dengan tunjuk ajar Master Muslee yang memberi panduan spanjang pengiraan kod ini membantu kami peserta seminar Amazing Rezeki untuk mengetahui kod energi kami yang betul dan tepat. Pengiraan kod-kod ini menggunakan kemahiran asas matematik namun agak tricky. 

Seminar Amazing Rezeki oleh Amazing Success

Gambar rajah di atas merupakan kotak prisma yang dibekalkan bagi mengira kod-kod peserta berdasarkan tarikh lahir masing-masing. Tak dapat nak terangkan secara terperinci pengiraan kod-kod itu kerana agak susah untuk diajar melalui penulisan. Setelah dikira-kira, aku dapat mengenalpasti kod energi aku. Sekarang masanya untuk membedah kod energi aku. Jom kita tengok apakah energi dan potensi diri yang ada dalam kod energi aku.

Seminar Amazing Rezeki oleh Amazing Success

Seminar Amazing Rezeki oleh Amazing Success

Untuk kod energi elemen alam aku, aku merupakan elemen AIR

Elemen alam AIR mengikut deskripsi yang diterangkan Master Muslee di dalam seminar itu mempunyai kekuatan dalam berkasih sayang dan bersosial. Kiranya mereka-mereka yang elemen alamnya adalah AIR cukup mudah mendekati dan didekati oleh manusia. Mudah urusannya yang melibatkan manusia. Namun bila ragam emosi untuk elemen alam AIR, mereka lebih suka bersendirian. Banyak lagilah yang dikongsikan oleh Master Maslee untuk setiap elemen alam yang ada. Terdapat 5 elemen alam yang telribat iaitu API, AIR, BESI, KAYU dan juga TANAH.

Seminar Amazing Rezeki oleh Amazing Success

Terdapat 3 bahagian yang kita dapat lihat melalui kod-kod ini. Ini baru satu bahagian, ada lagi 2 bahagian kod energi dan elemen yang menerangkan kekuatan diri, kelemahan diri dan konflik diri.Juga melalui kod energi ini boleh mengenalpasti orientasi kejayaan. Ternyata aku orangnya merupakan spiritual oriented. Secara umumnya, mereka-mereka yang jatuh dalam orientasi spiritul ini, cenderung untuk terlibat dalam kerjaya yang melibatkan "makan gaji" yang mana ada betulnya sebab aku tidak berapa minat untuk meniaga. Mereka yang berorientasi spiritual juga agak sedikit boros dan tidak pandai mengawal perbelanjaan. Ini pon ada betulnya juga kerana aku memang suka membeli. Hahahaha

Seminar Amazing Rezeki oleh Amazing Success

Seminar Amazing Rezeki oleh Amazing Success

Banyak lagi sebenarnya yang dikongsikan oleh Master Maslee dalam seminar ini mengenai kod energi berdasarkan tarikh lahir ini. Tak tertaip rasanya kalau nak ceritakan semuanya. Apa yang pasti, ia cukup menarik untuk kita tahu dan boleh dijadikan sebagai rujukan untuk perbaiki diri. Macam yang aku cakap tadi, ilmu metalife ini hanyalah teori sahaja. Selebihnya tetap di tangan Allah yang maha Esa. 

Seminar Amazing Rezeki oleh Amazing Success

Tidak dapat nak perincikan cara pengiraan dan butiran disebalik kod-kod energi itu satu-persatu kerana agak terbatas untuk menerangkannya dalam bentuk penulisan kerana ia bersifat praktikal yang mana perlu diajar atau didemo secara terus. Oleh itu, aku menyeru kepada anda-anda semua yang berminat nak tahu atau ingin mengikuti seminar ilmu metalife ini, bolehlah turut serta dalam seminar Amazing Rezeki yang seterusnya. Bila ? Itu tidak pasti. Korang kena cek dari semasa ke semasa di Facebook page AMAZING SUCCESS. Di situ mereka akan perincikan butiran seminar seterusnya dan bolehlah anda mendaftar nanti.


Seronok dapat belajar sesuatu yang baru. Aku dapati semua peserta seminar Amazing Rezeki kali ini cukup teruja apabila diperkenalkan ilmu Metalife kepada mereka. Masing-masing sangat semangat nak tahu kod energi diri mereka dan mengenali potensi diri.

Seminar Amazing Rezeki oleh Amazing Success

Seminar Amazing Rezeki oleh Amazing Success

Seminar Amazing Rezeki akhirnya melabuhkan tirai setelah berkampung selama 2 hari 1 malam di Hotel Crystal Crown Petaling Jaya. InsyaAllah jumpa lagi di seminar seterusnya yang akan datang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...