Sunday, April 4, 2021

Panggung Tok Ram Seakan Program Trainee Selebriti di Korea Selatan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Peglibatan Datuk Ramli MS atau lebih mesra dipanggil Tok Ram, dalam industri seni tanah air cukup kukuh dan lama. Beliau kini berhasrat untuk membuat program realitinya sendiri bagi memperkasa budaya menyanyi dengan mencari bakat-bakat baharu untuk diasah sebelum dilepaskan menjadi bintang hebat. Ikuti butirannya !

Panggung Tok Ram

Program realiti in diberi nama Panggung Tok Ram dan akan menjadi platform untuk mencari bakat-bakat baharu seawal usia 14 hingga 18 tahun. Bakat-bakat ini akan dilatih sebelum didebutkan sebagai salah satu bakat baharu yang akan menyambung legasi muzik tanah air. Method program ini seakan-akan cara yang diaplikasikan di Korea Selatan di mana bakat-bakat baharu dilatih di bawah satu agensi dan debut sekiranya mereka sudah bersedia. Mereka yang masih dilatih dipanggil sebagai trainee. 

Panggung Tok Ram

Panggung Tok Ram yang mendapat tajaan penuh dari Farm Fresh ini mempunyai misi yang cukup besar kerana beliau bukan mahu mencari bakat yang akan berada di gelanggang seni untuk setahun dua, tetapi mahu mendebutkan anak seni yang dapat bertahan dan kekal relevan bertahun lamanya.

Panggung Tok Ram

Panggung Tok Ram

Dengan pengalamannya selama 47 tahun dalam industri hiburan tanah air, berharap dapat mendidik dan menyampaikan ilmu kepada bakat-bakat baharu itu nanti. Ia bukanlah satu benda yang mudah namun ia tidak mustahil untuk dilakukan.

Panggung Tok Ram

"Kami mahukan pelapis yang mempunyai bakat yang dikurniakan tuhan dan juga ada minda yang cergas. Mereka akan mendapat sesuatu yang intelektual kerana saya akan mengajar. Saya mahu melatih otak mereka (train the brain)” - Tok Ram

Panggung Tok Ram tidak akan menjadi sebuah panggung yang klise. Ia bukan seperti program-program mencari bakat yang lain kerana program ini merupakan program "on going" proses dalam menjadi bintang tanah air. Bukan sekadar melatih dan belajar teknik vokal, tapi juga mengasah pengetahuan tatasusila seni supaya mereka bersedia untuk menjadi anak seni dalam dunia hiburan yang penuh dengan onak dan duri.

Panggung Tok Ram

Program ini akan bersiaran secara digital. Pencarian akan memakan masa beberapa bulan sebelum Tok Ram dan pihak Farm Fresh menilai faktor X yang diperlukan untuk program ini. Walaupun Tok Ram meletakkan bakat nyanyian sebagai keutamaan dalam Panggung Tok Ram, namun pihak mereka tidak menolak sekiranya ada bakat yang dilihat mampu mengalir ke aliran lakonan.

Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu dan mendapatkan sebuah pengetahuan seni yang berkualiti daripada sifu yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air iaitu Tok Ram. Jadi buat mereka yang berbakat dan berminat untuk menyertai Panggung Tok Ram ini, boleh menghantar demo nyanyian melalui whatsapp ke nombor yang berikut :

013 - 626 8839

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...