Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nama pasaraya Giant tidak asing lagi di negara kita. Setelah lama menapak di Malaysia, kini Pasaraya Giant berwajah baru. Mengekalkan pilihan warna hijau adalah satu langkah yang bijak kerana ia tampak segar dan tidak lapuk. Ikuti butirannya !
Logo baharu pasaraya Giant |
Untuk/pengetahuan semua, pasaraya Giant mula ditubuhkan pada tahun 1944. Ketika itu, pasaraya Giant hanyalah sebuah kedai runcit kecil yang menjual pelbagai kelengkapan isi rumah. Namun kini, pasaraya Giant telah mempunyai sebanyak 57 cawangan di seluruh Malaysia.
Logo baharu pasaraya Giant |
Baru-baru ini aku berkesempatan menghadiri majlis pelancaran logo baharu Giant di Pasaraya Giant cawangan Kota Damansara. Majlis itu telah disempurnakan dengan kehadiran YAM Tunku Tan Sri Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja`afar selaku Lembaga Pengarah GCH Retail Sdn. Bhd. beserta Mr. Chris Bush selaku Ketua Pegawai Eksekutif Dairy Farm untuk Perniagaan Makanan Asia Tenggara.
Logo baharu pasaraya Giant |
Logo baharu pasaraya Giant |
Bersempena pelancaran logo baharu ini juga, Pasaraya Giant juga turut memperkenalkan pembahagian baharu pasaraya Giant mengikut kategori.
- Melancarkan lebih 2000 produk baru. Ini termasuklah bahan segar seperti makanan, barangan dapur dan barangan keperluan rumah.
- Dunia Makanan. Lebih banyak pilihan makanan.
- Ringgit Zone. Di mana pelanggan boleh dapatkan produk yang hanya berharga RM3 sahaja.
- General Merchandise Section. Produk-produk keluaran jenama Giant sendiri. Terdapat lebih kurang 700 produk baru yang meliputi produk masakan, barangan elektrik, produk rumah, permainan dan pelbagai lagi.Menawarkan produk RTE (Ready-To-Eat). Makanan yang freshly baked setiap hari seperti roti, kek dan pastri.
- Guardian, Health & Beauty Care. Untuk Giant Hypermarket yang terpilih, kita akan dapat berbelanja produk dari Guardian didalamnya.
Pembahagian ini dapat menyaksikan tag-tag yang dilampirkan di setiap produk Giant mengikut kategori yang telah ditetapkan. Mari kita tengok tag-tag tersebut mengikut kategori.
Tag New Range
Untuk produk di bawah tag biru ini merupakan produk-produk baharu yang dibawa masuk ke dalam pasaraya Giant. Jadi anda dapat kenal pasti produk-produk apabila ag ini ditampal dirak produk tersebut.
Tag Value Deals
Untuk produk-poduk di bawah tag merah promosi ini merupakan produk-produk yang sedang mempunyai promsi di mana harganya lebih murah daripada harga biasa. Jadi, sekiranya anda ingin berjimat dan mencari-cari barang yang sedang promosi, jangan lupa untuk cari tag merah promosi ini.
Tag World of Food
Untuk produk-produk di bawah tag merah jambu ini merupakan produk-produk makanan yang diimport dari luar negara. Jadi, anda boleh dapatkan produk-produk yang mungkin biasa anda beli di luar negara, dan carinya di pasaraya Giant di bawah tag merah jambu ini.
Tag Meadows
Sekiranya kalian terlihat tag ini di pasaraya Giant, hendaklah kalian tahu bahawasanya tag ini merupakan produk-produk yang diperkenalkan oleh Giant. Sehingga kini, terdapat lebih 240 buah produk Meadows dijual di dalam pasaraya Giant.
Tag Freshness Promise
Tag berwarna hijau ini boeh dijumpai di bahagian-bahagian ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran di mana ia dijamin 100% segar dan baru. Jika anda seorang yang sangat mementingkan kesegaran sesuatu bahan itu, bolehlah mencari tag hijau ini nanti. Memang banyak boleh dijumpai di ruangan sejuk.
Ringgit Zone
Lebih menarik, di Giant juga terdapat satu bahagian yang diberi nama RINGGIT ZONE yang mana di bahagian ini menjual harga rata untuk semua produk. Produk paling murah di Ringgit Zone adalah bernilai RM1.
Store-in-Store
Di lokasi pasaraya Giant yang terpilih, anda akan mendapati terdapatnya cawangan Guardian yang digabungkan bersama pasaraya Giant. Biarpon mempunyai kedai fizikal di dalam pasaraya Giant, namun dipercayai dengan gabungan ini lebih memudahkan pelanggan untuk mendapatkan barang keperluan seharian mereka. Dijangkakan penghujung bulan April nanti, akan terdapat 35 cawangan Guardian digabungkan dalam pasaraya Giant.
Logo baharu pasaraya Giant |
Apa yang pasti,terdapat banyak pembaharuan yang dibuat oleh pihak Pasaraya Giant. Bukan sahaja pada logonya,/malah pada kualiti produk-produk yang dijual juga dipertingkatkan. Susun atur barangan di dalam pasaraya Giant juga lebih teratur dan kemas untuk memudahkan pembeli yang berkunjung. Selain itu, servis daripada staff-staff Giant juga dipertingkatkan bagi memastikan pelangan berpuas hati dengan layanan dan servis yang diberi.
Logo baharu pasaraya Giant |
Tahniah buat pasaraya Giant di atas pelancaran logo baharunya. Ia tampak lebih kemas, simple dan segar. Jom berkunjung ke pasaraya Giant berdekatan anda hari ini ! Anda pasti akan dapat merasai perbezaannya.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari laman sesawang berikut : www.giant.com.my
No comments:
Post a Comment