Tuesday, April 20, 2021

Buffet Ramadan 2021 : Okad Event Space

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sudah seminggu kita berpuasa, rasa sekejap betul waktu berlalu. Baru-baru ini aku berkesempatan berbuka puasa bersama rakan-rakan di Okad Event Space yang terletak di Bukit Jelutong. Secara jujurnya, ini kali pertama aku jejakkan kaki ke sini. Bahkan namanya juga baru pertama kali aku dengar. Ikuti butirannya.

Buffet Ramadan 2021 : Okad Event Space

Setelah menjalankan sedikit pencarian di Google, baru aku tahu bahawasanya Okad Event Space ini merupakan one stop centre bagi pelanggan untuk mengadakan majlis seperti majlis perkahwinan, seminar, majlis ulangtahun dan pelbagai majlis lagi. Bagi menambahkan lagi kepelbagaian fungsi ruangan di Okad ini, tahun ini bersempena bulan Ramadan, Okad Event Space menawarkan buffet Ramadan untuk berbuka puasa.

Buffet Ramadan 2021 : Okad Event Space

Buffet Ramadan 2021 : Okad Event Space

Ini merupakan julung kalinya buat pihak Okad mengadakan buffet Ramadan. Dengan bertemakan 'Citarasa Kampung Pemikat Selera' yang menawarkan lebih 50 seleksi hidangan. Memang cukup lazat hidangan-hidangan kampung yang disediakan di sini. Dalam banyak-banyak hidangan yang aku rasa, hidangan Daging Masak Lemak Cili Padi menjadi hidangan kegemaran aku. Dagingnya cukup lembut dan rasanya cukup semuanya.

Buffet Ramadan 2021 : Okad Event Space

Buffet Ramadan 2021 : Okad Event Space

Buffet Ramadan 2021 : Okad Event Space

Buffet Ramadan 2021 : Okad Event Space

Buffet Ramadan 2021 : Okad Event Space

Buffet Ramadan 2021 : Okad Event Space

Apa yang menariknya di Okad Event Space ini ialah dekorasinya yang seakan-akan berada di taman bunga. Memang cukup cantik dan aman sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam dewannya. Terasa seperti berada di dalam majlis perkahwinan pon ada. Sangat cantik ! 

Buffet Ramadan 2021 : Okad Event Space

Buffet Ramadan 2021 : Okad Event Space

Buffet Ramadan 2021 : Okad Event Space

Buffet Ramadan 2021 : Okad Event Space

Apa yang bestnya berbuka puasa di sini ialah kerana terdaapatnya ruangan parkir yang banyak dan luas. Kemudahan seperti surau dan tandas juga disediakan bagi memudahkan kita untuk menunaikan solat Maghrib tanpa perlu bergegas-gegas makan. Ruangan di dalam Okad Event Space ini boleh memuatkan seramai 120 orang dalam satu masa mengikut SOP yang digariskan oleh KKM. 

Jadi ia sesuai sekiranya kalian hendak mengadakan gathering bersama rakan-rakan ke, atau syariat-syarikat yang ingin mengadakan majlis korporat pon boleh dapatkan pakej menarik dari mereka.

Buffet Ramadan 2021 : Okad Event Space

Berikut merupakan butiran harga untuk buffet Ramadan di Okad Event Space 2021

Dewasa : RM65.00
Kanak-Kanak : RM39.00
Warga Emas : RM39.00

Pakej Korporat Beli 10 meja percuma 1 meja & diskaun 10 untuk pembelian berikutnya

Sebarang tempahan, boleh hubungi atau whatsapp ke nombor yang berikut :

017 - 650 3436 (Jie)
012 - 686 4515 (Az)
017 - 735 0117 (Mida)

Buffet Ramadan di OKAD Event Space bermula 18 April sehingga 9 May 2021 sahaja.

Buffet Ramadan 2021 : Okad Event Space

OKAD Event Space
No 2A, Persiaran B, Seksyen U8, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam Selangor

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...