Thursday, April 15, 2021

KOPETRO dan SENIMAN Jalin Kerjasama Dalam Program Cuci Masjid

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) bekerjasama bersama Persatuan Seniman menjalankan program tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat dengan menyediakan ruang bersih dan selesa kepada para qariah Masjid Al-Hidayah, Sentul Kuala Lumpur. Pembersihan masjid ini susulan bulan Ramadan yang bakal menjelma tiba, agar para qariah masjid dapat menyempurnakan solat terawih nanti. Ikuti butirannya.

Kopetro & Seniman jalin kerjasama dalam Program Cuci Masjid

Kopetro & Seniman jalin kerjasama dalam Program Cuci Masjid

Pembersihan masjid ini menggunakan khidmat pembersihan dan disinfeksi KVCLEAN iaitu servis daripada KOPETRO. Dipercayai ia mampu menghapuskan 99% virus dengan menggunakan bahan yang bukan toksik, selamat dan bebas alkohol. Ia dijamin berkesan dan selamat. Tambah-tambah kita sekarang sedang mendepani pandemik yang seperti tiada penghujungnya.

Kopetro & Seniman jalin kerjasama dalam Program Cuci Masjid

KVCLEAN menawarkan servis pembersihan rumah serendah RM90 untuk 3 jam dan servis disinfeksi pula hanya RM258 untuk satu sesi. Sekiranya berminat, bolehlah menghubungi pihak KOPETRO untuk mendapatkan servis pembersihan ini. Sekarang nie sedang ada promosi Puas Raya daripada KVCLEAN yang bermula 1 April sehingga 31 May. Boleh terus menghubungi mereka di talian : 013 - 399 6788


Kopetro & Seniman jalin kerjasama dalam Program Cuci Masjid


Selain pembersihan masjid, KOPETRO juga turut menyantuni ahli-ahli Persatuan Seniman yang kebanyakkannya turut terjejas akibat pandemik Covid-19. Oleh itu, KOPETRO berkongsi rezeki bersama ahli-ahli Seniman agar mereka lebih ceria menyambut Ramadan kali ini. Insan-insan seni ini banyak menghiburkan dan menyumbangkan bakat mereka untuk kita semua di kaca TV.

Kopetro & Seniman jalin kerjasama dalam Program Cuci Masjid

Seronok melihat wajah-wajah ceria seniwati dan seniman menerima sumbangan bulan Ramadan daripada KOPETRO. Kita perlukan lagi lebih banyak syarikat-syarikat di luar sana dalam membuat program-program tanggungjawab sosial korporat seperti ini.


Layari laman sesawang www.kopetro.com.my atau ikuti akaun media sosial berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOPETRO. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...