Assalmualaikum dan salam sejahtera
Nama Shaheizy Sam tidak asing lagi dalam industri perfileman tanah air kita. Bahkan dirinya juga pernah merangkul gelaran Artis Paling Popular Berita Harian beberapa tahun yang lalu. Kejayaannya dalam mencipta nama sebagai seorang anak seni yang disegani dalam industri hiburan, menjadikannya lebih berani untuk mencuba industri keusahawanan pula dengan harapan akan meninggalkan jejak kejayaan yang sama.
Syoklat! Syokotube by Shaheizy Sam |
Namun begitu, ini bukanlah kali pertama Shaheizy Sam mengeluarkan produk, pernah terkenal dengan beberapa produk sebelum ini, kini beliau kembali memperkasakan dirinya dalam bidang perniagaan dengan menceburi bidang perniagaan yang berkaitan dengan pemakanan. Maka dengan itu, lahirlah Syoklat ! Syokotube ini.
Syoklat! Syokotube by Shaheizy Sam |
Beliau nampak perniagaan produk berasaskan coklat mempunyai potensi yang cukup besar kerana rata-rata semua orang amat menggilai coklat tidak mengira umur. Tidak seperti produk-produk lain yang mungkin mempunyai beberapa target pasaran. Namun coklat, semua orang boleh nikmati tidak kira umur.
Syoklat! Syokotube by Shaheizy Sam
Untuk pengetahuan semua, jenama Syoklat sudah mula menapak sejak Oktober 2020 lagi namun akibat pandemik yang tiada kesudahan, pelancarannya terpaksa ditangguhkan. Walaupun begitu, produk Syoklat sudah mulai terjual sejak tahun lalu walaupun hanya menggunakan platform sosial media sebagai medium untuk memperkenalkan produk coklatnya ini.
Syoklat! Syokotube by Shaheizy Sam |
Setelah KKM membuka ruang untuk mengadakan majlis sosial, barulah ia dilancarkan secara rasmi pada minggu lalu sebelum bermulanya bulan Ramadan di Putra Glass Hall yang terletak di Kampung Bukit Lanchung Shah Alam. Cukup meriah sekali majlis pelancaran itu dengan memperkenalkan maskot Syoklat! yang cukup comel.
Syoklat! Syokotube by Shaheizy Sam |
Shaheizy Sam berharap, dengan Syoklat! Syokotube ini beliau dapat mencapai kejayaan. Beliau yang kini sudah mula memperlahankan pembabitannya dalam bidang seni sejak tahun 2015 akan mula fokus untuk bisnes Syoklat! ini pula.
Syoklat! Syokotube kini didatangkan dalam pelbagai perisa juga iaitu Strawberi, Mangga dan Pisang. Ketiga-tiga perisa ini mendapat permintaan yang cukup tinggi dalam kalangan peminat coklat. Sebelum ini juga, Shaheizy Sam pernah berkolaborasi bersama Johan dan Ozlynn menerusi perisa Hazelnut dan juga Butterscotch.
Syoklat! Syokotube by Shaheizy Sam |
Jadi, korang bolehlah dapatkan Syoklat! Syokotube ini di ejen-ejen Syoklat! yang sah. Sebarang maklumat lanjut, bolehlah kunjungi ke instagram mereka di @syoklatofficial. Kongsikan kegembiraan anda menikmati Syoklat! Syokotube ini di media sosial anda dengan ber-hashtag-kan #JustPicIT
No comments:
Post a Comment