Sunday, April 18, 2021

Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021 Anjuran RichWorks

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Bila bercakap soal berniaga, aku sering tertanya-tanya, boleh berjaya ke ? Tambah-tambah buat mereka yang baru-baru nak menceburi bidang ini. Teringin juga sebenarnya nak berniaga tapi apa yang aku risaukan semangat itu hanyalah semangat hangat-hangat tahi ayam. Separuh jalan, hilang minat dan terus berhenti. 

Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya

Tambahan pula bila melihat rakan-rakan di sekeliling yang sering bertukar-tukar perniagaan dalam masa yang sekejap, ketakutan untuk mula berniaga itu semakin tinggi. Namun, menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd berkata, sebenarnya banyak peluang yang ada untuk jana pendapatan dalam era digitalisasi ini. Tambah-tambah dalam keadaan pandemik kita sekarang di mana ramai orang banyak meluangkan masa di rumah dengan berkomunikasi secara atas talian menggunakan sosial media.

Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya

Bagaimanapun katanya, sebahagian usahawan juga tidak tahu cara untuk mula berniaga dengan betul menyebabkan tak mendapat hasil seperti diharapkan.

“Ada segelintir daripada mereka ini hanya mula bisnes sebab terikut kawan ataupun nak keuntungan cepat yang akhirnya buatkan ia tidak bertahan lama. Sebab itu, ada yang tukar-tukar bisnes macam tukar baju."

Tapi semua ini dapat diubah jika kita berniaga mempunyai asas dan prinsip yang betul. 

Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya

Baru-baru ini, pihak RichWorks melancarkan Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga yang dipancarkan secara langsung menerusi Facebook Page, Youtube dan Instagram Azizan Osman selama 8 jam secara terus-menerus. Terdapat pelbagai aktiviti dan perkongsian dari usahawan-usahawan dikongsikan ketika acara itu. 

Selain itu, pelancaran ini juga bersempena dengan Inner Circle Meeting (ICM) yang dihadiri lebih 300 ahli Titanium berada di bawah program permentoran RichWorks bersama Mentor Keusahawanan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang diadakan dengan kebenaran pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya

RichWorks sebagai syarikat penganjur acara dan seminar terbesar dalam keusahawanan dan pemasaran di negara yang diasaskan Azizan sejak 2008 telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai industri di dalam dan luar negara yang mana pada tahun lalu saja, 777 usahawan PKS yang dibimbing dalam program mentoring Spire dan Titanium berjaya menjana jualan melebihi RM2 bilion.

Tambahnya, RichWorks nak melatih dan bimbing lebih ramai orang untuk dapat membina bisnes yang berjaya di mana pun tahap mereka berada, baru bermula, berkembang dan nak meluaskan lagi bisnes berdasarkan pengalaman dan ilmu yang terbukti berhasil melahirkan ramai usahawan berjaya sejak ditubuhkan hampir 13 tahun lalu.

Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya

Untuk berjaya dalam bidang perniagaan, semua orang perlu ada formula MESTI. MESTI merupakan akronim kepada Mentor, Elmu, Sistem, Tindakan dan juga Impian. Sekiranya kesemua usahawan mengikuti formula MESTI ini, insyaAllah ia dapat mengelakkan para usahawan daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh melambatkan kejayaan atau lebih teruk, boleh menyebabkan bisnes mereka lingkup.

Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya

Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 April nanti ditaja sepenuhnya oleh RichWorks tanpa sebarang pembayaran perlu dibuat oleh para peserta. Bakal peserta hanya perlu membuat pendaftaran menerusi laman web di www.BinaBisnesBerjaya.com untuk menempahkan tiket untuk hadir program virtual online ini. Oleh itu, mereka menyeru supaya kita yang membaca nie dapat beri peluang pada diri sendiri untuk sertai bagi menimba sebanyak ilmu yang boleh dalam perkongsian itu nanti bagi membantu kita untuk mula berniaga. Jangan lepaskan peluang ini !

TENTANG RICHWORKS INTERNATIONAL


Richworks International Sdn Bhd adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Sepanjang 13 tahun yang lalu sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,100,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan. Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.


TENTANG DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN


Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author

Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat peningkatan luar biasa dalam perniagaan dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga mencecah jualan berjuta ringgit.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi mereka pada butiran yang berikut : 

Richworks International Sdn Bhd
No. 77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13, 40100 Shah Alam Selangor, MALAYSIA

Laman sesawang : www.richworks.com
Tel : 016 - 3234 6866 (Media Penghubung - Md Azrin Rosly)
Tel : 012 - 696 2065 (Media Penghubung - Karini)
Emel: karini@richworks.com.my / omkarini.rich@gmail.com / azrin.richworks@gmail.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...