Saturday, April 17, 2021

Buffet Ramadan 2021 : Restoren Westplate Factory

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ramai mengeluh, semua buffet Ramadan yang aku syorkan semuanya berharga RM50 ke atas. Ada yang bertanya, ada ke tidak buffet Ramadan berharga RM50 kebawah ? Jawapannya sudah tentulah ada ! Ikuti butirannya. 

Buffet Ramadan 2021 : Restoren Westplate Factory

Restoran yang aku nak perkenalkan kali ini ialah Restoran Westplate Factory yang terletak di Seksyen 23 Shah Alam. Dalam banyak-banyak buffet Ramadan yang aku pergi, ini merupakan buffet Ramadan termurah. Berbaloi ke tidak ? Korang tentukan sendiri. Bagi aku, untuk harga sebegitu, berbaloilah dengan apa yang ditawarkan.

Buffet Ramadan 2021 : Restoren Westplate Factory

Buffet Ramadan 2021 : Restoren Westplate Factory

Buffet Ramadan 2021 : Restoren Westplate Factory

Untuk mereka yang amat menggemari makanan barat, ini merupakan lokasi yang tepat untuk dijadikan lokasi berbuka puasa kerana di Westplate Factory ini mereka menawarkan hidangan timur dan barat. Untuk buffet Ramadan di sini, mereka menawarkan 30 hidangan buka puasa. Antaranya ialah Nasi Putih, Nasi Goreng Kambing, Nasi Goreng Cina. Rendang Daging, Ayam Goreng Berempah, Ayam Masak Lemak, Bubur Kacang Hitam, Bubur Kacang Hijau, Roti John ayam, Roti John Daging, Kek Coklat, Buah buahan, Spaghetti Aglio Olio, Spaghetti Carbonara, Fries, Wegges, Lamb chop, Steak, Chicken chop, Mushroom soup, Nasi Lemak, Kuih muih, Aneka Kek dan banyak lagi.

Buffet Ramadan 2021 : Restoren Westplate Factory

Buffet Ramadan 2021 : Restoren Westplate Factory

Buffet Ramadan 2021 : Restoren Westplate Factory

Menu yang cukup menarik perhatian aku di sini ialah Spaghetti Aglio Olio. Sumpah sangat sedap dan bahan dia cukup meriah kerana banyak makanan laut ada dalam tu seperti sotong, udang dan juga kepah. Aku nie dahlah memang penggemarmakanan laut. Bertambah pinggan aku dibuatnya.

Buffet Ramadan 2021 : Restoren Westplate Factory

Restoren Westplate Factory ini boleh memuatkan sehingga 80 orang dalam satu masa. Ruang dia agak besar dan juga luas. Pengunjung boleh memilih untuk duduk di kawasan berhawa dingin atau ruang biasa. Untuk kawasan yang berhawa dingin, RM5 caj ekstra akan dikenakan bagi setiap meja. Manakala soal parkir pasti tidak menjadi satu masalah kerana terdapat banyak ruangan parkir disediakan. Surau juga turut disediakan bagi memudahkan kita orang Muslim untuk menunaikan solat ketika berbuka puasa nanti.

Buffet Ramadan 2021 : Restoren Westplate Factory

Buffet Ramadan 2021 : Restoren Westplate Factory

Harga istimewa early bird hanya sah sekiranya membuat tempat sebelum 16 April iaitu RM39.90 untuk dewasa. Namun tidak perlu risau, kerana harga biasa masih lagi bawah RM50. Berikut merupakan butiran harga buffet Ramadan di Restoren Westplate Factory ini :

Dewasa : RM49.90
Kanak-kanak (5 - 10 tahun) : RM29.90

Buffet Ramadan di Westplate Factory ini akan bermula pada 16 April 2021. Jadi anda boleh mula membuat tempahan sekarang. Dinasihatkan supaya membuat tempahan awal untuk elak tempat penuh. 
Sebarang tempahan boleh hubungi nombor yang berikut :

Eliey : 011 - 5888 1916
Ashraf : 011 - 1018 7127
Syafiq : 011 - 5110 6995
Ejoi : 019 - 367 4796
Etiey : 013 - 488 2286

Bersama Mr Ashraf, pemilik Restoren Westplate Factory

Alamat : 102, Jalan Pelabur A 23/A, Seksyen 23, 40300 Shah Alam, Selangor


Kami sudah, anda bila lagi ?

1 comment:

  1. Seronok makan di buffet Ramadan. api ruang perut tak besar mana nak tampung banyak makanan heheheee.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...