Saturday, April 3, 2021

Peraduan Makan & Menang Produk LengQuas Berpeluang Menang Hadiah Sehingga RM100,000

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


1 April lalu, aku sempat menghadiri ke majlis pelancaran peraduan Makan & Menang produk sejuk beku LengQuas. Peraduan ini bermula pada 1 April sehingga 30 Jun 2021 dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat di seluruh Malaysia. Ikuti butirannya !

Peraduan Makan & Menang Produk LengQuas

Sejak mendapat liputan meluas dari pihak media pada Disember 2020 yang lalu, permintaan terhadap produk LengQuas sangat menggalakkan dan peraduan ini merupakan salah satu langkah Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) untuk memperkasakan lagi jenama LengQuas dalam industri makanan tempatan, menurut Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KOPETRO, En. Ahmad Hazil Bin Abd Lateff.

Peraduan Makan & Menang Produk LengQuas

Untuk pengetahuan semua, KOPETRO telah ditubuhkan pada 30 Oktober 1980 yang dianggotai seramai 17,000 kakitangan PETRONAS dan anak syarikatnya. KOPETRO terlibat dalam empat bidang perniagaan utama iaitu Servis Kewangan, Pelancongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman dan juga Perdagangan. Sudah menjangkau 40 tahun penubuhannya, KOPETRO kini berada di kedudukan 5 Koperasi Terbaik di seluruh Malaysia. KOPETRO juga telah menerima dua anugerah berprestij pada tahun 2020, anugerah oleh The Brandlaureate bagi kategori SMEs Bestbrands E-Branding Award dan juga Lang International Corporate Titan Awards. Sangat membanggakan pencapaian KOPETRO !

Laman sesawang : https://www.kopetro.com.my/

Peraduan Makan & Menang Produk LengQuas

Amat mudah sekali untuk menyertai peraduan ini. Paling menarik sekali, pemenang bertuah berpeluang memenangi hadiah sehingga RM100,000. Wow !

Penyertaan untuk peraduan Makan & Menang ini amat mudah sekali.
  • Beli mana-mana produk LengQuas di kedai atau agen sah KOPETRO
  • Pelanggan harus berbelanja minima RM20 dalam satu resit
  • Imbas kod QR tertera untuk mengisi borang pendaftaran.
  • Isi maklumat di ruangan yang disediakan dan jawab soalan yang diberikan.
  • Sertakan gambar resit sebagai bukti pembelian.
  • Pemenang akan dihubungi bagi sesi cabutan hadiah.

Peraduan ini bukan sahaja untuk penyertaan umum, malah turut mengadakan peraduan buat pengedar-pengedar dan ejen-ejen sah LengQuas bagi menggalakkan persaingan untuk mendapatkan jualan. Bagi penyertaan umum, pemenang akan diumumkan selepas cabutan bertuah bulanan dijalankan, manakala bagi penyertaan ejen dan juga pengedar, pemenang akan diumumkan berdasarkan hasil jualan tertinggi setiap bulan. 

Peraduan Makan & Menang Produk LengQuas

Jadi, cepat-cepatlah dapatkan produk LengQuas sekarang. Untuk membuat pembelian produk LengQuas, korang boleh berhubung terus ke talian hotline KOPETRO Food Sdn. Bhd di 017-319 5764, atau membuat pembelian melalui ejen-ejen sah LengQuas. LengQuas mempunyai 153 orang ejen jualan yang telah dilantik di setiap negeri dan akan melantik lebih ramai lagi ejen bagi meluaskan pasaran produk LengQuas. 

Peraduan Makan & Menang Produk LengQuas

Kepada mereka yang tidak berapa kenal dengan jenama LengQuas, mari aku berikan sedikit info pasal LengQuas. LengQuas merupakan sebuah produk makanan sejuk beku keluaran KOPETRO Food Sdn. Bhd. Terdapat banyak produk sejuk beku makanan tradisional yang dikeluarkan oleh LengQuas dan kesemua produk ini telah mendapat pengiktirafan HACCP dan GMP daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan, Malaysia selain pensijilan HALAL, MESTI dan Buatan Malaysia.

Peraduan Makan & Menang Produk LengQuas

Berikut merupakan antara produk-produk keluaran LengQuas :
  1. Beef Stew
  2. Chiken Glaze
  3. Daging Lemak Kuning
  4. Kari Daging
  5. Daging Asam Pedas
  6. Daging Dendeng
  7. Kuah Kacang
  8. LengQuas Daging Masak Hitam
  9. LengQuas Ayam Masak Hitam
  10. LengQuas Rendang Ayam
  11. LengQuas Ayam Percik
  12. LengQuas Paru Goreng Berlada
  13. LengQuas Sambal Ikan Bilis
  14. LengQuas Ayam Masak Merah
  15. Nasi Briyani Ayam Rendang
  16. Nasi Putih Daging Masak Hitam
  17. Nasi Minyak Ayam Percik
  18. Nasi Hujan Panas Ayam Kurma
  19. Nasi Briyani Ayam Masak Merah
  20. Nasi Ayam Kukus
  21. Nasi Lemak Ikan Bilis

Butiran lanjut mengenai peraduan Kempen Makan & Menang, boleh klik di pautan yang berikut :

Instagram : @lengquas

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...