Tuesday, June 18, 2013

Sungai Inki, Kalumpang Selangor

Assalamualaikum 

8 hari yang lalu, aku dan rakan sekelas pergi bermandi-manda di Sungai Inki. Sungai Inki nie terletak di sempadan antara Selangor dan Perak. Memang dekatlah dengan UPSI. Kami menuju ke sini dengan menaiki dua buah kereta.


Jam 9 pagi bertolaklah kami semua ke Kalumpang. Tiada buat sebarang tempahan pon, hanya terjah begitu je. Harap-haraplah ada tempat kosong masa nie. Kalau tak, sia-sia packing dan bawa itu ini. 



Alhamdulillah, ada pon tempat kosong untuk kami. Maka kitorang pon bermulalah membina perkampungan sementara di situ. Semua memang dah tak sabar nak terjun dalam sungai tu sebenarnya, tapi kena tahan dulu. Sediakan makanan siap-siap. Lepas mandi confirm lapar. So makanan mesti kene sediakan dulu.







Kau nampak ? Memang tak sabar betul tu. Dah lama tak mandi sungai masa nie. Sejuk dia tak boleh bawa bincang ya. Menggigil-gigil dibuatnya. 




Sementara tu, Bob masih lagi struggle untuk menghidupkan api. Abang tukang kebun dekat situ tolong hidupkan api guna peniup rumput. Hahahaha. Berjasa juga mesin peniup rumput nie ya.









Tabik betul lah dengan dorang nie, kitorang punya sibuk mandi dekat bawah, depa berdua gigih masak ayam sampai habis. Kalau aku, memang tak lah. Nampak air je, memang benda lain tak boleh nak buat.

Telah selamat bersemadi dalam perut ~

Setelah agak lama berendam, kitorang pon naik ke darat semula untuk menikmati juadah yang telah tersedia. Lapar gila. Ayam tu sedap gila ya. Terbaiklah resepi Arep. Sedap sangat !




















Lepastu kitorang semua makan untuk terakhir kali bagi menghabiskan segala jadah makanan sebelum nak balik. Masa nie lah kitorang bergelak ketawa, berborak, bergosip. But then bila dah petang-petang tu, mulalah semuanya mula rasa mengantuk nak tidur. Tapi masih tak reti nak balik tu.




Yang paling tak tahan nya, kenapa time aku tidur je dorang rakam ? Masalahnya kenapa rakam masa aku tidur, orang lain korang tak rakam pon ya.



Dalam jam 6 petang macam tu, kitorang semua dah siap-siap untuk balik semula ke kolej.



Kemudahan dekat sini memang bagus, tandas dan tempat solat semua ada. Tempat solat dia cantik, terbuka luas tak ada dinding. Bayaran masuk di sini hanya RM10 ringgit. Tapi masa kitorang datang cuma bayar RM5 ringgit satu kepala.


Dah masuk hari ketiga aku dekat rumah nie, masih dalam proses mencari kerja. Harap-harap ada tersangkut satu. Selamat bercuti semester buat semua pelajar degree !

Post edited : August 2021

20 comments:

  1. bestnya... dah lama tak buat aktiviti berkelah macam ni... wuuuuuu

    ReplyDelete
  2. zharif, ko tido, cute sgt! #tangan didada

    ReplyDelete
  3. classmates kau ni semua byk umur brp? Knp muka semua mcm tua2 ..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum dik, alahaii comelnya tidur. kena tangkap gambar siap buat video. famous kau dik. hehehe anyway akak enjoy baca entri ni. heee nanti nak ajak abang pergi sana juga. heeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak sheila =) bagus jugak tu kak sheila, tp kalau bawak budak kene hati2, agak dalam jugak lah sungai nie =)

      btw thanx kak sheila =)

      Delete
  5. gambar fourth last tu x tahan..adoyai..hahaha,really made my day ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahaha =D
      bila tgok gambar tu balik, mcm xpercaya diri ini tidor sebegitu =)

      Delete
  6. adoyaiii.. takleh tgk plak video tu >__<
    hahaha.. seb baek ade gambo.
    siyes mcm klakar jugak style kau tido kan..? hahaha
    tp aku rasa mcm same jek dgn style aku tido :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh kita geng ^__^ hahahhaa
      malu dohhh >___<

      Delete
  7. Wahhh...happeningnya!!!
    Dulu pernah wt trip ngn classmate, memang syok kuar ngn kawan2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang syok kalau wat trip dengan classmates, happening sbb semua gila2 ^__^

      Delete
  8. Jiblon tu apa? Berendam ke? Terjun ke?

    Seronoknya berkelah, ber-BBQ, segala ber la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jiblon tu terjun farah =) huhu
      memang best, teringat masa kita pergi warisan rimba dulu ^___^

      Delete
  9. okeh nak try gi sini esok... mcm best je

    ReplyDelete
  10. tempat BBQ tu byk x kt situ..ke kna bgtau mana2 pihak dulu sblm amik tempt tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti masa bayar untuk masuk tu, bg tau lah akak tu nak guna tmpt BBQ.. xpasti dia kene kan extra charge ataupon tak..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...