Thursday, June 6, 2013

Masquerade Dinner PSYCH UPSI

Assalamualaikum 

Aku tengah dalam mood exam nie, tapi aku nak siapkan juga entri nie. Kali nie, aku nak cerita tentang makan malam yang bertemakan "Masquerade" yang dianjurkan oleh kos aku. Aku cukup suka dengan dinner yang ada tema-tema nie. Bolehlah aku melaram berpakaian mengikut tema. Makan malam tu telah berlangsung pada 31 Mei yang lalu.


Meriah juga suasana dinner malam tu. Semua orang berpakaian cukup cantik. Selama nie jumpa dekat kelas, berpakaian ibarat segan hidup mati tak mahu. Sekali suruh melaram, amboi. Kemain ya maing-masing. Sebelum majlis berlangsung, marilah aku sajikan korang dengan gambar-gambar di sebalik tabir.


Tak sangka majlis-majlis sebegini memerlukan rehearsal. Aku ingat sekadar langsungkan sahaja. Rupanya banyak benda kena buat seperti cek sound system, timing, decorate backdrop, entrance dan macam-macam lagilah. Pertama kali terlibat dalam organisasi untuk penganjuran sesuatu. Jadi semua ini agak tak biasa untuk aku. Dahlah aku nie salah seorang AJK Makanan. Sampai hari kejadian aku tak buat atau sumbangkan apa-apa pon. Bukan aku malas, tapi aku tak tahu nama aku ada dalam senarai AJK Makanan. Hahahaha


Dinner nie juga bertujuan untuk melantik ahli majlis tertinggi Persatuan Psikologi UPSI yang baharu untuk sem akan datang. Siap ada upacara perasmian bagai. Aku pon tak tahu perasmian tu untuk apa. Boleh dikatakan, aku langsung tak tahu-menahu apa benda yang dirancang. Yang aku tahu,aku melaram pakai cantik-cantik dan makan. Itu je.



Sesi makan-makan pon bermula. Masa nie aku bertugas untuk menyendukkan makanan kepada para tetamu. Kira berfungsi jugalah aku sebagai salah seorang AJK Makanan. Kah ! Dalam pada senduk-menyendukkan lauk pada tetamu, aku sudah mula risau sebab lauk semakin nak habis. Aku bukan risau tak cukup untuk tetamu. Aku risau untuk diri sendiri sebab aku belum makan lagi. Hahahaa 




Banyaklah persembahan dipersembahkan masa nie. Sangat meriah ya, ada lakonan, ada nyanyian dan macam-macam lagi. Dan detik yang paling ditunggu-tunggu telah pon tiba iaitu pengumuman best dress of the night untuk lelaki dan wanita. Aku telah diumumkan sebagai "Prom King" pada malam tersebut. Ya Allah segannya. Kita nie dahlah batch paling junior, berdiri pula atas pentas yang dilihat oleh para senior. Segan ya.








Seronoklah dinner nie. Harapnya akan ada lagi dinner bertema seperti ini di masa akan datang. Aku memang suka melaram pakai cantik-cantik ikut tema. Tak sangka pula boleh menang title malam tu. Nie yang makin aku bersemangat untuk buat yang lebih baik. Hahahaha

10 comments:

  1. Assalamualaikum dik, good luck with ur test! hehehe. kelakar akak baca entri kau ni. anyway akak teringin sangat nak join dinner camni. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak sheila =) saya nie pon first time ad dinner2 mcm nie, best =D

      Delete
  2. pasal lapik mesej tu kelakar hehehe

    ReplyDelete
  3. Kelakar bila guna lapik meja sebagai alas.

    Tahniah la menang title Prom King tu.

    ReplyDelete
  4. muka last tu tak menahan ... nak tersembur yogurt tengok gambar tu.. hahahha, muka x sabar nak cuti.. bhhahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa, betul tu betul =) dah cuti dh, heaven gila ! =D

      Delete
  5. duit nuffnang haram

    ReplyDelete
    Replies
    1. who are you to decide it's haram or not ? a freaking god from i dont know where ?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...