Sunday, June 30, 2013

Puding roti bersama sos kastad

Assalamualaikum

Kali nie nak share macam mana nak buat puding roti bersama sos kastad. Tapi oleh kerana dekat rumah aku tiada oven, jadinya aku guna cara orang lama masak kek. 


Degan berbantuan ibu aku, malam-malam buta kita buat puding roti bersama sos kastad. Bahan-bahannya tak banyak, dan kebetulan semua bahan ada dekat rumah. Jadi apa tunggu lagi, mari kita buat.


- Gula - Esen vanila - 2 biji telur - 2 tin susu cair - Planta - Sebuku roti - Kismis -

Cara-cara membuatnya senang saja =)

1- Masukkan 2 telur, 2 sudu esen vanila, gula, mentega dan 1 tin susu dalam mangkuk. Gaul sebati.


2 - Sementara itu, sapukan mentega ke semua roti-roti yang hendak digunakan


3 - Kalau tak suka bahagian tepi roti, boleh buang. Pilihan masing-masing.


4 - Sapukan loyang atau bekas yang nak diisi roti dengan mentega untuk elakkan roti-roti tu daripada melekat di dinding acuan.


5 - Susunlah roti-roti yang telah disapu dengan mentega tadi dalam acuan


6 - Masukkan bahan-bahan yang telah dipukul sebati ke dalam acuan dan ratakan


7- Taburkan kismis di atas adunan. Nak tukar kepada chocolate chip pon boleh, ikut suka.


Oleh kerana nak buat pon secara tiba-tiba, jadinya tengah-tengah malam kita keluar mencari sabut kelapa. Banyak je sabut kelapa keliling rumah aku, atau kalau susah sangat, minta je dekat sedara aku sebab dia ada kedai runcit. Memang ebrlambak sabut kelapa dekat situ.





Menggunakan kaedah ini boleh mengambil masa yang lama untuk masak. Bergantung bagaimana korang mengawal suhu api. Kena sentiasa cek supaya tidak hangus. Kita nak bagi ia masa dengan sekata.


Makan puding roti nie sedapnya dimakan bersama sos kastad. Sekarang nak ajar cara buat sos kastad pula. Nak buat sosnya pon senang saja. Campak-campak dah siap.


Masukkan satu tin susu cair, gula dan 2 sudu tepung kastad. Tepung kastad berfungsi untuk memekatkan sos tu , tapi jangan bubuh banyak-banyak tau sebab nanti dia berketul dan keras. Tak sedap. Kita nak sos tu cair dan berkrim, gitueeee. Lepas dah gaul sebati, tenggek atas dapur dengan api sederhana dan gaul sentiasa.


Aku tak ikut skema sangat sukatan-sukatannya, pakai ikut sedap rasa je bubuh banyak mana. Macam gula dan mentega tu, pandai-pandailah korang agak. Susu cair tu bukan manis sangat pon, so bolehlah letak gula banyak sikit. Kalau dekat puding roti tu tak berapa nak manis, korang buat lah sos tu manis sikit. Selamat mencuba !

25 comments:

  1. It looks good laaa. Nak buat tapi tak reti nak baakr2 sabut kelapa tuu -,- hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai je oven =) nie sebab kes xde oven , huhu

      Delete
  2. sedapnyaa. Tapi banyak sungguh kalori kekeke

    ReplyDelete
  3. Lelaki pandai masakk.! Kesukaan perempuan,haha
    Pape pun nak cakap niee..
    Comel jeee telur tu kena contengg, ahhaa :D

    ReplyDelete
  4. Perghhh.. pandai masak!! Tahniahlah, dah dapat kerja.. haha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan lah pandai masak pon, tolong2 je =)
      thanx =)

      Delete
  5. mak ai? sedapnyo napak.
    dala lapa ni tgu mebe belum balik lg nak g mkn sama katanya..
    bagus2!!
    mmg tgh cri resipi ni pun!
    tq!
    tp nk bkar guna sbut tu mmg tak la. tp bakar dgn sabut tu mmg wallah giler rasnya!

    gud job!

    ReplyDelete
  6. sweet sgt bila laki pndai masak . haha ! :D

    ReplyDelete
  7. hahaha...... mmg marvelossss nak sedap lagi campak chocalate chip....than tabur ground cinnamon sebelum bakar tu....
    ala-ala...english la skit kan....

    ReplyDelete
  8. ermmmm nmpk sedap... kene buat ni... pepun telor tu memang comeyyy! ^_^

    ReplyDelete
  9. Best nye guna cara traditional. . Tp dok bandor ni susah nak dpt sabtu kelapa tu.. Apa pon.. tahniah Bro!
    www.villavitaminibu.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenQ =) dok bandar mmg susah sikitlah nak dapat sabut kelapa tu ..

      Delete
  10. suka baca blog awk ...ada fb tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada, dekat tepi nie hah klik dekat icon fb =) thanx

      Delete
  11. Cooking and baking dua istilah yg agak berbeza . Tak semua org yg pandai masak tahu baking , and tak semua org pandai baking tahu memasak . Sy bolehkan katakn yg sy tak pandai memasak , tapi saya terlalu suka sangat membaking , sebab sy terlalu suka sangat gn benda2 yg ada sukatan dan ukuran yg tepat :D *tetiba*

    ReplyDelete
  12. Cooking and baking dua istilah yg agak berbeza :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...