Assalamualaikum
Kali nie nak berkongsi pengalaman mencuba makan roti naan cheese yang enak di restoran RSMY yang cukup terkenal dengan naan cheese. Ini merupakan kunjungan pertama aku ke restoran ini. Aku terbaca banyak blog yang menyarankan untuk mencuba sendiri roti naan cheese mereka. Makanya. aku dan adik-beradik aku pon bertolaklah ke Kuala Lumpur untuk rasai sendiri keenakan yang digembar-gemburkan itu.
Memandangkan adik-beradik aku semua ada dekat rumah, jadi aktiviti memburu mencari makanan itu jadi lebih seronok. Makan sama-sama, kenyang pon sama-sama. Cuma sempit sikitlah kereta dibuatnya. Sebab nak sumbat 6 orang dalam satu kereta Perodua Kelisa. Macam sardin ya. Dahlah sempat sesat sebab tak jumpa lokasi restoran nie.
Kiri tu senarai roti-roti yang dijual dekat sini dan kanan pula kuah nak cicah. Aku beli naan cheese 3 keping beserta kuah dhal. Saja je pilih kuah dhal memandangkan kuah dhal je yang paling murah dalam menu tu. Secara peribadinya, aku rasa kalau dah beli roti naan cheese tu, tak payah kot nak cicah kuah. Makan macam tu saja pon dah sedap. Itu jenis akulah.
Agak lama juga nak menunggu makanan tiba. Tapi kami faham je, sebab memang ramai pon pelanggan masa tu. Jadi tak kisah sangat. Kami menanti dengan penuh kesabaran.
Makanan pon tiba. Sangat tak sabar nak makan bila nampak cheese dia melimpah ruah dari roti tu. Betullah kata orang, dekat sini lah roti naan cheese tersedap dekat KL. Cheese dia melimpah ruah, pizza hut pon kalah tau. Aku nie memang hantu cheese. Jadinya bila dapat cheese sebanyak ini, rasa macam berada di awangan. Mungkin sebab terlampau sedap sangat, aku siap tambah lagi 2 keping kot. Satu makan, dan satu lagi bungkus bawa balik rumah.
Harga dia boleh tahan ........mahal. Tapi kira mampu lagilah. Bolehlah datang repeat lagi makan dekat sini. Sumpah sedap sangat roti naan cheese di RSMY. Korang semua kena juga cuba. Banyak rupanya cawangan dia di sekitar Kuala Lumpur dan katanya akan buka lebih banyak lagi cawangan di masa akan datang.
Silap juga merancang pergi ke Kuala Lumpur masa nie sebabnya tengah ada protes. Jalan jadi sangat jammed di beberapa kawasan. Tapi disebabkan terlampau teringin sangat, redah jelah jammed sekalipun. Asalkan tak kempunan. Gituhh !
Post edited : August 2021
Pernah jugak makan roti nan tapi versi yg bakar dlm tempayan kt melaka, yg cheese ni x pernah pulak merasa..nmpk soo delicious!
ReplyDeleteeh ini pon bakar dalam tempayan jugak =)
Deletememang delicious dan mengenyangkan ^^
perghhh.. sedap oooo
ReplyDeletetry lah aswad =) sedappp !
Deletecheesy larva berkrim penuh ! =9
ReplyDeleteomnomnom ^^
DeleteSaya pun hantu cheese jugak 😬😬🧀🧀🙌
ReplyDelete