Wednesday, April 28, 2021

Garci Pro Bantu Melegakan Masalah Sengal Badan dan Kebas Otot Kami Sekeluarga

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar semua ? Pejam celik pejam celik, dah masuk minggu ketiga kita berpuasa. Semakin kita menghampiri 10 malam terakhir berpuasa. Memang sudah menjadi kebiasaan, aku dan keluarga aku akan menunaikan solat terawih bersama. Kalau ada peluang, memang kami akan solat berjemaah bersama.

Garci PRO Bantu Melegakan Masalah Sengal Badan dan Kebas Otot

Alhamdulillah, setakat hari ini, aku belum pernah ponteng lagi solat terawih. Sibuk macam mana pon aku, lewat macam mana pon aku balik rumah, aku tetap akan solat terawih. Pada aku, solat terawih nie cuma ada masa bulan Ramadan sahaja. Jadi sayanglah kalau tinggal. Kadang aku solat di masjid, kadang solat sama-sama dengan keluarga dekat rumah, tapi kebanyakkannya aku solat terawih sendiri sebab aku kadang pergi event buka puasa akan balik lewat. Jadi aku akan solat terawih sendiri di dalam bilik.

Kenangan terawih berjemaah ketika bulan puasa tahun lalu di musim PKP

Tiap kali tunaikan solat terawih berjemaah dengan keluarga, tiap kali tu jugak ibu dan ayah aku mengadu kebas-kebas kaki. Maklumlah, solat terawih nie memerlukan banyak kali kita berdiri dan ambil waktu jugak untuk diselesaikan. Oleh itu, kadang mereka akan solat secara duduk sekiranya tak larat. Itupon tetap mengadu jugak sakit kaki. 

Pada kita, 8 rakaat tu biasa saja. Tapi pada mereka yang sudah berumur, 8 rakaat boleh jadi agak memenatkan. Tambah-tambah bila mereka semakin mencecah umur 60 tahun nie. Sudah nampak keluhan sakit kaki ketika menunaikan solat terawih pada tahun lalu, aku lebih bersedia pada tahun ini yang mana aku dah belikan siap-siap gel urut dari MISG Global. Nama gel tersebut ialah GARCI PRO.

Garci PRO Bantu Melegakan Masalah Sengal Badan dan Kebas Otot

Garci PRO Bantu Melegakan Masalah Sengal Badan dan Kebas Otot

Agak mengejutkan kerana gel ini bukan memberi rasa panas pada bahagian yang disapu, malah memberi rasa sejuk pada bahagian itu. Tidak seperti minyak angin yang biasa aku guna sebelum nie. Pada mulanya ingatkan sama je macam minyak angin lain.

Bau dia agak kuat sebaik sahaja packaging plastik kotaknya itu dibuka. Tak pasti korang macam mana, tapi aku memang cukup suka bau minyak angin. Hahahaha. Jadi aku tiada masalah dengan bau-bau minyak angin.

Banyak rupanya kelebihan amalkan sapuan Garci PRO nie. Antaranya ialah dapat membantu masalah-masalah berikut :
  • Melancarkan pengaliran darah dan merawat darah tersumbat
  • Membantu proses rawatan kebas pada anggota badan
  • Merawat urat saraf yang rosak penyebab kebas
  • Melegakan kekejangan otot dan sendi
  • Melegakan sakit urat dan sakit lutut
  • Membantu mengelak risiko strok dan serangan jantung mengejut
  • Melegakan selsema dan pening kepala
  • Melegakan sakit perut atau senggugut
  • Membantu singkirkan angin dalam badan

Garci PRO Bantu Melegakan Masalah Sengal Badan dan Kebas Otot

Garci PRO Bantu Melegakan Masalah Sengal Badan dan Kebas Otot

Bercakap mengenai tekstur Garci PRO gel ini pula, ia sangat ringan dan lembut. Yang penting ia tidak melekit dan cepat meresap pada kulit. Gel nie merupakan water based sebab tu dia pantas menyerap. Walaupun ia berfungsi seperti minyak angin yang lain tapi ia tidak memberi kesan panas pada kulit. 

Serious rasa sejuk dan berangin je lepas guna. Aku rasa mungkin faktor ramuan-ramuan yang terdapat dalam Garci PRO gel nie yang membuatkan ianya sejuk. Berikut merupakan bahan-bahan yang terkandung dalam Garci PRO gel :
  • Epal Hijau
  • Aloe Vera
  • Minyak Argan 
  • Daun Pudina
  • Kristal Menthol
  • Minyak Eucalyptus

Garci PRO Bantu Melegakan Masalah Sengal Badan dan Kebas Otot

Garci PRO Bantu Melegakan Masalah Sengal Badan dan Kebas Otot

Sangat disarankan untuk korang cuba. Rasai kelainan minyak angin dengan Garci PRO gel nie. Bukan sahaja sesuai untuk dipakai oleh mereka yang berusia, malah kita yang muda remaja nie pon sesuai untuk pakai. Aku rasa, kita nie walaupun umur masih dalam lingkungan 20-an, mesti dah biasa rasa sengal-sengal otot kan ? Samalah dengan aku nie.

Walhal aku tak adalah kerja berat sangat. Banyak habiskan waktu depan laptop je. Tapi dia punya sakit belakang tu, macam orang kerja buat rumah. Tiap malam, memang aku akan minta kakak or ibu aku untuk urutkan badan belakang aku. Barulah rasa lega nak tidur bila dah berurut. Lagi best sekarang nie pakai Garci PRO, uishhh sejuk berangin je. Sumpah best. Untuk mereka yang aktif bersukan, lagilah digalakkan untuk pakai.

Garci PRO Bantu Melegakan Masalah Sengal Badan dan Kebas Otot

Senang untuk digunakan, hanya picit sedikit gel dan sapu pada bahagian yang rasa kebas dan sengal tu. Urut secara perlahan, insyaAllah rasa kebas tu akan berkurangan. Tak perlu risau, produk Garci PRO gel ini mempunyai lulusan KKM. Butiran lanjut dan sebarang pertanyaan atau pembelian, boleh dapatkan di pautan-pautan berikut :



13 comments:

  1. Unik juga bahan minyak angin ni ada epal hijau. Untung la ayah sebab anak dia tolong sapukan garci pro ni. Jadi anak yang baik ye Zharif.

    ReplyDelete
  2. Tolong bawa untuk next outing. Teringat-ingat pula Zharif urut hari tu. Pakai Garci Pro mesti lagi best

    ReplyDelete
  3. Huisshhh sedapnyaaaa. Kaki akak pun lenguh-lenguh ni. Meh satu tube tu. Nak try masaj masaj. Hehehe. Kat mana nak beli? Kedai jamu ada tak?

    ReplyDelete
  4. Bagus prpduk ni, boleh utk kebas, lenguh, sakit perut. Banyak kegunaannya.. Bolehla try satu nanti. Gel mavam ni memang wajib ade dekt rumah

    ReplyDelete
  5. banyak dah tengok orang share kebaikan garci pro. nanti nak beli untuk mak

    ReplyDelete
  6. Banyak juga baca good review tentang Garci Pro ni. Boleh lah beli tuk mak abah nanti

    ReplyDelete
  7. Wah! Menariknya Garci Pro ni... kami sekeluarga pun memang perlukan ni... mana taknya, dok selalu juga lenguh-lenguh dan sengal-sengal otot ni... the best part is ada epal hijau dan aloe vera dalam produk ni ya... tak dapat nak imagine combination epal hijau tu dalam sapuan... kalau macam ni kena dapatkan satu lah nanti... nak cuba...

    ReplyDelete
  8. Bagus la garci pro ni.. recently kaki asyik cramp jer sebab sejuk sangat.. boleh apply la gel ni... nak g cari later

    ReplyDelete
  9. Abah Mak akak pun guna Garci Pro ni...dah 1 tube. Dorang kata serasi dan sedap pakai. Nak solat pun selesa

    ReplyDelete
  10. bagus produk ni.. sebab dah guna memang rasa keberkesanannya... esp lepas sapu rasa sejuk jer

    ReplyDelete
  11. Dah jadi peneman setia katika sebelum tidur.. mesti nak sapu, lagi sekarang dah masuk musim hujan kat JB ni.. lama juga tak kena simpul biawak sejak gunakannya..

    ReplyDelete
  12. Anak pak Azis ni sama jer suka manja ngan ayah diakan hehehehe comel lah dua beranak ni wakakak suka tengok bestnya dapat balik beraya dengan keluarga hurmmmm kita jauh. Nak bawa sekali hadiah Garci Pro ni untuk urut ayah kita juga nanti hehehe..

    ReplyDelete
  13. I pun kena cari Garci PRO massage gel ni, sebab dah start sakit leher and belakang.

    ReplyDelete