Wednesday, April 14, 2021

Eskayvie Phytax Beri Kesan Positif Terhadap Pesakit Kencing Manis

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahukah kalian bahawa kita nie sebenarnya terdedah dengan pelbagai toksin dari sinar UV, radiasi telefon bimbit, toksin dan pencemaran dan sudah semestinya kita tidak dapat mengelak daripada pendedahan ini kerana gaya hidup kita masa kini yang memerlukan kita bergerak dan bergantung pada telefon bimbit untuk berhubung. Namun begitu, toksin-toksin ini dapat kita neutralkan dengan penghasilan antioksidan dan enzim tertentu oleh badan kita.

Eskayvie Phytax

Tapi, agak malang sekali, penghasilan antioksidan dan enzim ini terganggu kerana gaya hidup kita yang kurang bersenam, pengambilan makanan segera, tidak cukup tidur dan juga stress. Ditambah dengan usia yang semakin meningkat, penghasilan antioksidan dan enzim ini akan mula berkurang. Hal ini hanya akan mempercepatkan lagi keradangan kronik dalam badan yang boleh menyebabkan penyakit seperti diabetes, masalah jantung, darah tinggi, strok dan sebagainya.

Penemuan Fitonutrisi

Fitonutrisi merupakan khasiat dari tumbuhan yang bermanfaat dalam memulihkan kerosakan dalaman badan kita. Ia kaya dengan antioksidan dan kesan anti-radang. Hal ini sekaligus dapat mencegah penyakit-penyakit kronik dan pelbagai masalah tubuh badan yang lain. Alam semulajadi kita dipenuhi dengan pelbagai fitonutrisi namun masih belum diterokai sepenuhnya. 

Oleh sebab itu, maka lahirlah sebuah produk kesihatan yang kaya dengan fitonutrisi iaitu Eskayvie Phytax.

Apa itu Eskayvie Phytax ?

Eskayvie Phytax

Eskayvie Phytax merupakan campuran sinergi 12 ekstrak bahan fitonutrisi daripada Biji Anggur, Teh Hijau, Kulit Pokok Pain, Buah Delima, Durian Belanda, Kranberi, Beri Biru, Roselle, Tomato, Acai Beri, Algae Hijau dan Manggis. Dengan teknologi yang begitu canggih sekarang, semua anti-oksidan dari alam semulajadi ini dapat diproses untuk memudahkan penyerapan dalaman badan kita. Lebih dari 20,000 kajian membuktikan banyak kebaikan fitonutrisi dalam melindungi tubuh badan manusia. Ia memberi pencegahan dan penyembuhan kepada pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes, masalah jantung, masalah buah pinggang, mata dan kesihatan otak.

Mari kita tengok isi kandungan bahan-bahan yang terdapat dalam Eskayvie Phytax ini.

1. Biji Anggur
  • Mengandungi resveratrol yang kaya dengan OPCs (Oligometric Proanthrocyanidin Complex) berfaedah bagi mengatasi kesan radikal bebas dan bertindak merangsang telomerase bagi mencegah penuaan pra-matang dan meremajakan badan secara menyeluruh.
  • Resveratrol juga memiliki keupayaan untuk merangsang gen anti-penuaan yang dinamakan ‘sirtuins’. dan memberi jarak masa yang amat diperlukan bagi pembaikpulihan kerosakan DNA agar replikasi sel akan menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat. Bahan aktif tersebut juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan menggalakkan pertumbuhan kulit.
  • Biji anggur juga membantu melancarkan aliran darah dan memberi kesan perlindungan kepada jantung terutamanya bagi mereka yang menghidap tekanan darah tinggi.

Eskayvie Phytax

2. Kulit manggis
  • Manggis (Garcinia mangostana) mempunyai hampir 40 jenis fitonutrisi yang berkhasiat bagi kesihatan. Xanthone, bahan utama dalam manggis memberikan kesan anti-radang dan antioksidan yang utama.
  • Dapat menguatkan sistem imun badan, bertindak melawan sel kanser, mempamerkan kesan anti-bakteria dan anti-viral yang berkesan, bertindak mengatasi alahan, mengembangkan salur darah dan amat baik bagi kesihatan sistem kardiovaskular.
  • Bagi pesakit diabetes, kesan anti-radang yang kuat ini sudah tentu dapat meredakan keradangan kronik yang wujud akibat permasalahan gula dan insulin mereka yang tinggi. Manggis memiliki kesan merencatkan enzim Amylase yang menhadamkan kanji kepada gula. Kesan ini mampu mengurangkan penyerapan gula dari usus ke darah.
  • Bahan alfa-mangostin dan xanthone juga di dapati mampu mengatasi rintangan insulin dengan berkesan. Gabungan kesan-kesan ini bukan sahaja berpotensi mengawal paras gula, mengatasi komplikasi diabetes juga untuk menyokong usaha anda bagi membebaskan diri dari penyakit ini.

3. Astaxanthin (Algae hijau)
  • Alga merupakan antioksidan yang paling kuat di dunia dengan kuasa ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity) atau kuasa melawan radikal bebas yang paling tinggi sekitar 28,222.
  • Astaxanthin bersifat bipolar, larut lemak dan air. Ini membuatkan keupayaan astaxanthin melindungi badan dengan lebih menyeluruh, luar dan dalam sel.
  • Astaxanthin juga merupakan antioksidan yang berupaya melindungi organ mata dan otak dengan lebih berkesan kerana keupayaan menembusi penghalang darah dan otak.
  • Astaxanthin amat berfaedah bagi mencegah penyakit jantung, masalah retinopati dan nefropati bagi diabetes, membantu mengawal paras gula dan merendahkan rintangan insulin bagi pesakit diabetes, sebagai agen anti kanser dan banyak lagi kesan perlindungan yang hebat.

4. Buah delima
  • Jus delima mengandungi kandungan antioksidan yang amat tinggi iaitu 3x ganda lebih tinggi dari wain merah dan teh hijau.
  • Kajian menunjukkan pengambilan delima mampu meningkatkan penghasilan antioksidan semulajadi badan seperti glutathione sebanyak 141%.
  • Delima kini turut mendapat liputan meluas sebagai buah yang amat berfaedah bagi pesakit diabetes. Ia bertindak mengawal paras secara merendahkan rintangan insulin, merangsang sel Beta pankreas bagi menghasilkan insulin dengan lebih berkesan, mengawal tekanan darah secara menghalang aktiviti serum angiotensin converting enzyme, bertindak merendahkan kolestrol jahat (LDL) bagi mengurangkan risiko penyumbatan salur darah khusus mengelakkan serangan jantung dan strok. 
  • Delima juga mampu mengawal peningkatan berat badan berkait penyakit diabetes.

Eskayvie Phytax

5. Beri biru
  • Beri biru kaya dengan Vitamin A dan C, zink, potassium, zat besi, kalsium, magnesium dan pelbagai fitonutrisi seperti flavonoids dan sebatian polifenol iaitu quercetin, kaempferol, myricetin, chlorogenic acid terutamanya anthocyanins yang memberi warna biru kepadanya.
  • Kajian dari USDA Human Nutrition Center meletakkan beri biru di tangga pertama sebagai buah yang memiliki antioksidan tertinggi berbanding dengan 40 jenis buah dan sayuran yang lain.
  • Kajian makmal membuktikan dengan penambahan beri biru sebanyak 2% dari jumlah diet selama 90 hari dapat mengurangkan lemak abdomen, menurunkan trigliserida dan kolestrol, mengawal paras gula dan merendahkan rintangan insulin.
  • Ia juga dapat mempengaruhi aktiviti gen berkaitan pembakaran penyimpanan lemak yang memberikan kesan pelangsingan badan.
  • Beri biru juga baik bagi mengatasi kanser, meningkatkan kesihatan minda, mengurangkan keradangan dan penjagaan kesihatan kardiovaskular.

6. Acai beri
  • Acai beri memiliki kuasa antioksidan yang tinggi (Nilai ORAC setinggi 18,400) dari bahan aktif anthocyanin dan flavone nya.
  • Kaya dengan pelbagai jenis vitamin serta sejenis bahan anti-radang yang berpotensi tinggi dinamakan velutin.
  • Kesan acai beri amat berfaedah mengatasi gejala stres oksidatif, bertindak sebagai anti-kanser, berupaya menstabilkan tahap kolesterol serta memberi perlindungan kepada kesihatan mental.
  • Kandungan acai beri yang tinggi dengan antioksidan ini di dapati amat berfaedah bagi pesakit diabetes kerana keupayaannya menurunkan paras gula serta mengatasi gejala insulin tinggi dalam darah. Ia juga rendah indeks glisemik dan boleh membantu mengawal selera makan.

7. Roselle
  • Roselle sering diamalkan sebagai teh yang rendah kalori dan bebas kafein.
  • Roselle juga menunjukkan potensi bagi membantu mengawal tekanan darah tinggi dan paras kolesterol, meningkatkan sistem pertahanan tubuh, mencegah kanser, merawat masalah hati, meningkatkan metabolisma dan membantu pelangsingan badan secara semulajadi.
  • Kesan positif terhadap sistem kardiovaskular amat membantu bagi mencegah komplikasi pada pesakit diabetes. Kajian telah menunjukkan Roselle amat berfaedah bagi pesakit diabetes secara langsung dengan mengawal paras gula dan mengatasi rintangan insulin.

Eskayvie Phytax

8. Kranberi
  • Kranberi sering ditonjolkan bagi mencegah jangkitan kuman pada saluran air kencing kerana kandungan proanthocyanidin yang menyukarkan keupayaan bakteria untuk melekat di dinding sel.
  • Kranberi kaya dengan flavonoids dan polyphenols yang lain seperti Peonidin, Quercitin, asid Ursolic dan Myricetin, masing-masing memiliki keupayaan anti radang yang kuat serta kesan anti kanser. Zat-zat lain seperti Vit C, E, K1, mangan, kuprum membuatkan kranberry antara buah yang sihat di amalkan.
  • Bagi pesakit diabetes, kesan positif kranberi secara langsung bagi meningkatkan kepekaan insulin dan memperbaiki kawalan paras gula.

9. Durian belanda
  • Durian belanda mempunyai potensi tinggi sebagai buah bersifat anti-kanser yang mampu membunuh sekurang-kurangnya 12 jenis sel kanser.
  • Ia juga berfaedah bagi pelbagai penyakit lain seperti diabetes. Khasiat antioksidannya seperti tannins, saponins, phytosterols, flavonoids dan anthraquinones mempamerkan kesan mengawal paras gula dalam darah, menghalang enzim yang meningkatkan gula dalam darah dan merendahkan rintangan insulin.
  • Durian belanda mampu menumbuhkan semula sel Beta pancreas, mengawal stres oksidasi terhadap sel hati serta menstabilkan paras kolesterol. Terdapat juga kajian etnografik yang menonjolkan durian belanda sebagai rawatan bagi mengawal diabetes dan tekanan darah tinggi di kawasan di Afrika, Kepulauan Caribbean (Trinidad & Tabago) dan Amerika Selatan. 

Ini merupakan antara bahan-bahan yang terkandung dalam Eskayvie Phytax. Terdapat lagi bahan-bahan aktif yang lain namun bahan-bahan ini diketengahkan kerana berfungsi dalam membantu pesakit-pesakit diabetes.

Eskayvie Phytax

Untuk mendapatkan khasiat-khasiat fitonutrisi ini agak menyukarkan kerana khasiatnya terletak kepada bahagian buahan atau tumbuhan yang bukannya praktikal untuk dimakan seperti biji (anggur), kulit (manggis) dan banyak lagi. Oleh sebab itu, bahan-bahan ini diekstrak dalam bentuk suplemen agar ia memudahkan untuk diamalkan. 

Kita disarankan untuk mengamalkan sayuran-sayuran atau buah-buahan yang berlainan warna setiap hari. Maka dengan adanya suplemen yang telah diekstrak dari bahan-bahan itu tadi lebih praktikal untuk diamalkan pada sukatan yang disarankan secara berterusan. Hal ini kerana, sekiranya kita mengambil secara langsung dari buah itu sendiri setiap hari, berkemungkinan boleh menjejaskan kawalan gula darah. Lebih baik jika dapat diasingkan bahan aktif semulajadinya tanpa gula dan diamalkan dalam bentuk suplemen supaya tidak menggangu bacaan gula secara keterlaluan.

Testimoni pengambilan Eskayvie Phytax secara berterusan

Pn Rahmah Abdullah merupakan pesakit kencing manis yang sudah lama menderita sejak 40 tahun lalu. Beliau telah disahkan mendapat penyakit kencing manis setelah bersalin akibat gaya hidupnya yang sibuk di usia muda sehingga tidak mengambil berat tentang kesihatan dirinya.

Eskayvie Phytax

Kerjayanya sebagai seorang setiausaha membataskan beliau dalam memfokuskan keadaan dirinya. Namun segalanya berubah setelah Pn Rahmah terlibat dalam 2 kemalangan yang memberi kesan yang agak teruk kepada tulang belakangnya sehingga membataskan pergerakannya dan banyak menghabiskan masa terlantar di atas katil. Pn Rahmah terpaksa ikhtiar untuk mencari rawatan tambahan kerana sakit yang tidak tertanggung.

Ketika itulah beliau dipertemukan dengan produk Eskayvie Phytax ini. Ikhtiar ini membawa seribu satu perubahan yang positif dalam dirinya kerana setelah mengamalkan produk ini secara berterusan, Pn Rahmah sudah kembali boleh berjalan dan menikmati kehidupan seperti biasa. Malah beliau kini lebih bertenaga dan kebas-kebas yang sering dirasakan juga turut hilang.

Eskayvie Phytax

Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Berikhtiarlah sebelum terlambat dan jangan pernah berputus asa. Itulah yang Pn Rahmah percaya dan terapkan dalam diri beliau dalam mencari jalan penyelesaian terhadap penderitaan yang dialaminya. Ketahuilah bahawa penyakit kencing manis adalah pembunuh secara senyap yang tidak disedari. Jahatnya kencing manis ini hanya orang yang mengalaminya sahaja yang tahu.

Eskayvie Phytax dapat memberi kesan positif terhadap pesakit-pesakit kencing manis kerana secara langsung ia meningkatkan kepekaan insulin dan memperbaiki kawalan paras gula. Kesan positif lain termasuklah membantu kawalan tekanan darah, merendahkan trigliserida dan meningkatkan kolestrol baik HDL, mengatasi stres oksidasi serta menurunkan bahan keradangan (C reactive protein, homocycteine dan cytokine) yang semuanya amat berfaedah bagi kesihatan sistem kardiovaskular. Ia juga mampu menghilangkan rasa kebas, sembuhkan luka dengan cepat dan kembali segar bertenaga. 

Eskayvie Phytax

Hilangkan kebas, sembuhkan luka dengan cepat dan kembali segar bertenaga dengan Eskayvie Phytax, boleh layari www.phytax.com.my untuk dapatkan sekarang. Kalian juga boleh mendapatkan konsultasi dan bimbingan secara PERCUMA selama 14 hari bersama Doktor Perubatan, Nutritionist dan Dietitian di program Kawal Kencing Manis. Info lanjut mengenai program ini boleh layari www.kawalkencingmanis.com.

Info lanjut, sila layari 

10 comments:

  1. Oh kulit manggis pun berguna ya. haha baru tahu.. nampak kandungannya semua superfruit no wonder bagus! :)

    ReplyDelete
  2. buah durian belanda and delima memang banyak sangat khasiat. nanti boleh share dengan kawan2..

    ReplyDelete
  3. Wow. Nampak macam ianya sesuai untuk semua peringkat umur. Nie macam nak beli untuk my parents agar diorang lebih sihat dan cergas kan

    ReplyDelete
  4. Boleh minta mil cuba ni..dia pon ada mild diabetes ..

    ReplyDelete
  5. Gabungan keduanya delima dan durian belanda tu bagus snagat., kulit manggais je baru ku tau.. ingat nak cuba juga laa walau takde kencing manis, buat minuman tambahan kann..

    ReplyDelete
  6. Popular jugak la Eskayvie Phyta ni masa zaman practicing nutritionist dulu selalu ada kawan nutritionist lain yang recommend this one.

    ReplyDelete
  7. Tengok produk dan testimoni, memang suplimen begini diperlukan. Sebab boleh memberi tenaga kepada parent kita. Isi kandungan dari bahan-bahan makanan sunnah. InsyaAllah sesuai untuk semua kan Zharif.

    ReplyDelete
  8. Nell mcm nak try la produk ni.. Mana taw boleh maintain good health record kan! Skrg g medical checkup memang dh border line semuanya...

    ReplyDelete
  9. Wah! Menarik ya gabungan delima, durian belanda dan juga kulit manggis serta bahan-bahan makanan sunnah... sebelum ni ada juga baca review juga testimoni tentang produk Eskayvie ni... nak reccelah produk ni nanti... boleh juga dijadikan sebagai makanan tambahan untuk ibu, ayah juga ahli keluarga yang memerlukan kan...

    ReplyDelete
  10. Baca Dr testimoni ramai yg Kaya bagus produk ni. Suplemen tambahkan utk kesihatan badan

    ReplyDelete