Friday, April 9, 2021

Buffet Ramadan 2021 : Felda D'Saji

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Satu lagi buffet Ramadan yang aku kira sangat berbaloi dan sedap untuk dicuba dan dimasukkan dalam senarai sebagai lokasi buka puasa korang pada tahun ini. Lokasi buffet Ramadan kali ini dibawakan oleh Felda D'Saji. Ikuti butirannya !

Buffet Ramadan 2021 : Felda D'Saji

Buffet Ramadan Felda D'Saji pada tahun ini akan bermula pada 13 April sehingga 10 Mei dengan menyajikan sehingga 88 menu. Tema juadah yang dipilih pada tahun ini ialah "MERENTASI DESTINASI" yang akan membawa hidangan-hidangan yang akan memberi nostalgia berbuka puasa di kampung. 

Buffet Ramadan 2021 : Felda D'Saji

Juadah-juadah yang disajikan merupakan air tangan chef-chef yang cukup berpengalaman dan aku pasti, pengunjung akan sangat jatuh cinta dengan sajian yang disajikan di sini. Antara menu yang disajikan ialah Asam Pedas Daging Tetel, Opor Daging, Ayam Masak Hitam, Ayam Masak Merah, Rendang Daging Minang, Ikan Keli Sambal Hijau dan macam-macam lagi menu masyarakat melayu tradisional yang biasa disajikan di kampung. 

Buffet Ramadan 2021 : Felda D'Saji

Buffet Ramadan 2021 : Felda D'Saji

Walaupun hidangan masyarakat Melayu diketengahkan dalam juadah buffet Ramadan Felda D'Saji ini, namun hidangan masakan Itali juga turut disediakan seperti pasta pelbagai citarasa. Antaranya, Pasta Bolognaise, Pasta Carbonara dan Pasta Aglio. Tidak ketinggalan, anek bebola seafood disediakan.

Buffet Ramadan 2021 : Felda D'Saji

Buffet Ramadan 2021 : Felda D'Saji

Buffet Ramadan 2021 : Felda D'Saji

Buffet Ramadan 2021 : Felda D'Saji

Buffet Ramadan 2021 : Felda D'Saji

Buffet Ramadan 2021 : Felda D'Saji

Menjadi menu yang menjadi bintang dalam buffet ini ialah Kambing Panggang bersama aneka sos dan hidangan sampingan. Aku pasti, ramai yang ternanti-nanti untuk menikmati kambing bakar untuk berbuka puasa. Buffet Ramadan kalau tak ada kambing panggang, consider macam tak payah datanglah. Hahahaha. Jadi jangan risau buat peminat daging kambing di luar sana, anda akan dapat menikmati kambing bakar di buffet Ramadan Felda D'Saji.

Buffet Ramadan 2021 : Felda D'Saji

Ouh ya, bukan itu sahaja. Pengunjung-pengunjung yang datang berbuka puasa bersama Felda D'Saji akan dihiburkan oleh kumpulan nasyid Rabbani yang mana mereka akan membuat persembahan nasyid secara langsung dan turut sama-sama mengadakan solat terawih berjemaah pada Ramadan tahun ini. Meriahlah kalau korang datang berbuka puasa di sini. Dihiburkan oleh Rabbani sambil berbuka puasa dan juga dapat solat terawih berjemaah bersama mereka sekali. 

Buffet Ramadan 2021 : Felda D'Saji

Tambahan pula, ruang parkir yang yang banyak dan luas menambahkan bonus point untuk berbuka puasa bersama Felda D'Saji. Hal parkir sangat perlu dititikberatkan kerana tidak mahu bersesak-sesak dan tercari-cari parkir. Ruangan solat yang disediakan juga cukup luas dan mampu memuatkan ramai orang dalam satu masa biarpon mengikut kawalan ketat SOP yang ditetapkan oleh KKM.

Buffet Ramadan 2021 : Felda D'Saji

Ouh ya, bersempena bulan Ramadan ini, pihak Felda D'Saji turut menyediakan sajian produk sejuk beku untuk bersahur. Antara produk sejuk beku yang dihasilkan oleh Felda D'Saji ialah Daging Salai Masak Lemak, Daging Salai Masak Lemak Belimbing Buluh, Daging Salai Masak Lemak Pegaga, Daging Salai Masak Lemak Mangga Muda, Itik Salai, Daging Dendeng, Rendang Daging, Rendang Ayam, Ayam Masak Hitam dan Daging Masak Hitam. Produk sejuk beku ini boleh disediakan dalam masa 3 minit sahaja dengan memanaskannya di dalam microwave. Ia boleh didapati di semua venue buffet Ramadan Felda D'Saji dan kafe Felda D'Saji.

Buffet Ramadan 2021 : Felda D'Saji

Buat mereka yang tak tahu, sebenarnya dah banyak produk yang dihasilkan oleh Felda D'Saji. Selain produk sejuk beku tadi, Felda D'Saji juga ada mengeluarkan produk ais krim yang dihadirkan dengan 4 perisa iaitu vanila, mangga, keladi dan juga strawberi.Buat penggemar durian, ais krim berperisa durian juga turut dikeluarkan sepanjang bulan puasa nanti. Ais krim Felda D'Saji ini bakal menembusi pasaran tidak lama lagi. 

Buffet Ramadan 2021 : Felda D'Saji

Buffet Ramadan 2021 : Felda D'Saji

Tunggu apa lagi ? Cepatlah tempah slot berbuka puasa anda bersama Felda D'Saji. Terdapat EMPAT lokasi utama buffet Ramadan Felda D'Saji. Antaranya ialah Dewan Perdana Felda, D'Salai KL Anjung Felda, D'Saji Seksyen 13 Shah Alam dan tempahan korporat di Dewan Merak Kayangan Kuala Lumpur. Untuk lokasi berbuka puasa Felda D'Saji di Seksyen 13 Shah Alam dan di Anjung Felda KL, tema yang diketengahkan ialah 7 WARISAN SALAI di mana mereka akan menyajikan pelbagai jenis hiasan salai. Antaranya ialah, itik salai, daging salai, ayam salai, kambing salai, ikan keli salai, arnab salai dan puyuh salai. 

Jom berbuka puasa bersama Felda D'Saji. Berikut merupakan butiran harga buffet Ramadan :

Dewasa : RM78.00++
Kanak-kanak : RM38.00++

Diskaun sebanyak 30% bagi 1 sehingga 3 Ramadan.

Untuk lokasi buka puasa di Anjung Felda dan di Seksyen 14 Shah Alam, menu set untuk 2 orang pada kadar harga RM38.00 dan set untuk 4 orang pada harga RM75.00. Juga turut disediakan menu walk-in dan take away yang bermula pada kadar harga RM8.00. Manakala untuk pakej korporat di Dewan Merak Kayangan bagi syarikat atau agensi kerajaan yang ingin menganjurkan majlis rasmi dengan tawaran harga pakej RM48.00++ (Buffet) dan RM78.00 (Dome).

Sebarang tempahan dan butiran lanjut, boleh menghubungi Felda D'Saji di nombor berikut 019-662 2525 atau 03-2693 0008 / 03-269 8302 atau boleh email ke : salesdsaji@felda.net.my


Jom berbuka puasa bersama Felda D'Saji tahun ini !


1 comment:

  1. Felda d'Saji tak pernah menghampakan pengunjungnya. Errmmmm... Tak sabarnya nak menikmati makanan sedap².

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...