Thursday, November 26, 2020

Jalan-jalan Melaka

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kembali semula menulis setelah sekian lama menyepi dalam dunia blogging. Maklumlah, semenjak PKPB nie, event pon tak ada. Makanya memang menyepilah blog nie. Nak update personal entri, perlukan mood. Kalau mood tu datang, laju je menaipnya. Masalahnya mood tak datang-datang. Acano ? Tambahan pula sekarang nie aku dah mula bekerja. Jadinya agak sibuk sedikit. Apa-apa pon, kali nie aku nak cerita mengenai percutian aku dengan kawan-kawan ke Melaka.



Percutian ke Melaka nie kira macam percutian tiba-tiba jugaklah. Yang mana, tak lama pon merancang, tahu-tahu je jadi. Makanya tanggal 21 hingga 23 August, bertolaklah kami ber-9 ke Melaka. Kitorang pergi dengan empat kereta sebab masing-masing bertolak pada waktu dan dari destinasi yang berbeza.


Hari pertama di Melaka, tak ada pergi berjalan sangat. Sampai masa tu dah tengahari, urusan check in pon dah meleret sampai jam 3 petang. So sempat jalan-jalan gitu je sementara tunggu peponds yang lain-lain sampai. Kitorang check in dekat Atlantis Residences yang terletak di Kota Shah bandar. Betul-betul sebelah laut.





Sangat safety dan privacy ya Atlantis Residences nie sebabnya nak check in tu agak banyak songeh sedikit. Tapi baguslah untuk para pengunjung yang memerlukan privacy seperti kami. Maklumlah penat setiap hari dikejar paparazzi 😝





Memang cantik betul tempat nie. Harganya pon cantik ya anak-anak. RM 474 satu malam. Mujur kongsi 9. Kongsi berdua, mahu menangis jugaklah. Hahahahaha. Selesa memang selesa, cantik memang cantik, tapi bagi aku agak pricey. 




Selesai je check in, aku dan Faries pergi jelajah bandaraya Melaka berdua. Sebab lagi dua tu ada kerja yang perlu dibuat. Maklumlah, masa nie hari Jumaat. So mereka berdua kena work from home. Peponds semua jenis yang bekerjaya. Walaupun nak berjimba, kerja hakiki tetap kena perform.




Belah malam barulah semuanya sampai. Maka bermulalah keriuhan dalam rumah. Makan malam kitorang buat konsep ala-ala oden Family Mart gituhh. Lepastu buat apa erk ? Tengok movie hantu ke ? Ke main game. Aku dah tak ingat sangat. Apa-apa pon hari pertama tak de berjalan sangat. Gituh-gituh je. Hari kedua barulah kita mula jelajah Melaka. Padahal datang Melaka dah berjuta kali. Tapi feeling tourist tu tetap ya tiap kali datang.




Sebelum apa-apa, kitorang pekena Asam Pedas dekat alaaa lupalah kat mana. Hahaha. Kalau dekat gambar tu nama restoran dia Asam Pedas JR Melaka. So pandai-pandailah korang google nanti. Malas pulak nak carikan info untuk korang. Bukan kena sponsor pon, tibehhhhh !



Lepas perut dah isi barulah kitorang berjalan-jalan sekitar Melaka. Tak pergi pon tempat-tempat significant seperti Afamosa dan seangkatan dengannya sebab panas dia tak boleh bawa bincang ya. Again nak kena ingatkan, kami nie pelancong, makanya tak tahan panas. Wahhh ! Dapat title pelancong terus lupa daratan ko tu berasal dari desa jugak. Kah !



Baru berjalan sikit terus rasa nak dessert time. Maka kitorang singgahlah ke Hard Rock Cafe Melaka yang terletak berhampiran Christ Church Melaka nie. Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Hard Rock Cafe. Tak berani nak singgah sebelum nie sebab harga dia sangat have-have ya. Harga dia memang agak mahal ya. Takut tengok. 



Habis dessert time, pergi ke Starbucks pulak. Kat Starbucks main game UNO je. Motif habiskan masa dekat kedai-kedai makan ? Nampak tak, bahawasanya kitorang bukan nak pergi melawat sangat pon. Nak habiskan masa bersama je sambil makan-makan. Habis singgah Starbucks, pergi cari tempat untuk makan malam pulak. Makan lagi 😄




Kitorang singgah makan dekat Ikan Bakar Muara Sungai Duyung. Ramai gila yang datang makan dekat sini. Kena beratur sampai ke luar kot untuk tunggu dapat tempat. Masa nie Covid-19 dah reda sikit jadinya masyarakat sudah mula "selesa". Kah ! Sumpah ramai gila. Dan makanan dekat sini sedap sangat-sangat ya. Harga pon berpatutan. Tak hairanlah kenapa ramai orang. Sangat disarankan untuk makan dekat sini. 



So itu jelah yang kitorang buat sepanjang hari di Melaka. Banyak makan je daripada pergi berjalan. Balik rumah sambung main game dan tengok movie. Kalau dah lepak-lepak dengan dorang nie, jangan mimpilah tidur awal. Mesti sampai lewat malam tak tidur-tidur. Siap buat pillow talk lagi.  Entah apalah yang di-pillow talk-kan tu pon tak tahulah. What happened in Melaka, stays in Melaka. Gituhh !


Besok paginya lepas sarapan, pergi mandi-manda dekat swimming pool. Rugilah kalau bayar mahal-mahal tapi tak celup kaki dekat swimming pool, ye dakk ? Tapi ada limit nak mandi dekat swimming pool. Kena ikut SOP. Yelah, peperangan menentang Covid masih belum tamat ya. Jadinya, kenalah ikut.



Jam 12 tengahari dah kena siap-siap untuk check out. Maka tamatlah jelajah peponds dekat Melaka. Jelajah sangat kan. Apapon bestlah dapat luangkan masa bersama walaupun sekejap. Nak tunggu trip seterusnya tengok gaya macam lambat lagi je. Kes Covid naik mendadak. Sampai terpaksa cancel trip ke Pangkor. Lagi 3 hari nak pergi kena PKPB pulak 😖






Sebelum balik, kitorang singgah ambil gambar dekat Encore Melaka dan basahkan tekak dekat Coconut Shake Klebang. Wajib singgah minum coconut shake kalau datang Melaka. Tak singgah ibarat macam tak pergi Melaka lah cerita dia.



Apa-apa pon tak apa, ada hikmahnya. Nanti dah reda kes Covid nie kita datang serang Pangkor okay. Baju semua dah beli untuk melaram dekat sana nanti kan ? Gigih tau beli baju sedondon, tuptup PKPB pulak. Hahahahaa. 


Okay itu je pasal trip Melaka. Nanti kalau ada jalan-jalan lagi aku update okay. Dua bulan kemudian lah tapi. Kah !


5 comments:

  1. Jalan-jalan dengan geng sekufu ni memang syok..

    ReplyDelete
  2. amboi, geng ni dtg Melaka ekk :)
    Melaka best kan? hi hi hi hi...

    ReplyDelete
  3. Berbaloi dengan harganya, puas hati bermalam Atlantis Residences. Cantik!

    ReplyDelete
  4. Bestkan travel ramai2.. tak sabar nak tunggu CMCO habis ni.. nak kena travel untuk relax2kan minda lagi.. Nak try stay kat Atlantis juga la.. cantiknya tempat ni..especially the pool...

    ReplyDelete
  5. wah meriahnya..9 orang pergi best giler...mujur pi ramai2 klo berdua jenuh nk bayar bilik heheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...