Sunday, August 10, 2025

Know Know Arrived Taiwan : DAY 4 (Keelung)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mari kita sambung hari keempat di bumi Taiwan. Hari keempat nie pon agak mencabar juga sebab banyak tempat nak pergi dan pengangkutan utama kami adalah bas awam. Bas berhenti-berhenti tu. Kena peka nombor bas dan stesen mana nak turun.


Seawal jam 6 pagi kami dah bergerak menuju ke train station. Untuk tempat-tempat di hari keempat nie, korang boleh ambil pakej dekat Klook. Tapi sebab aku tak suka ikut travel agent seperti kena cucuk hidung, aku DIY perjalanan untuk hari keempat nie. Kalau korang jenis up for challenges seperti aku, boleh jadikan entri nie sebagai rujukan.


1. Yehliu Geopark

Tak kesah korang menginap dekat mana, pastikan korang naik train dan turun ke Taipei Main Station. Dari Taipei Main Station, jalan kaki sedikit menuju ke Kuo-Kuang Motor Transport. Lepastu naik bas bernombor 1815 dan turun ke Yeliu. Jalan kaki sedikit, sampailah korang dekat Yehliu Geopark. 

Start - Taipei Main Station - Walk to Kuo-Kuang Motor Transport - Naik bas 1815 - Turun di Yeliu - Jalan kaki 11 minit - Yehliu Geopark


Agak malang sekali, sewaktu kami sampai Yehliu Geopark nie ditutup sebab cuaca buruk. Tutup tu dah satu hal, boleh pulak aku tertinggal tripod aku dalam bas. Terus tak ada mood. Not a good thing to start my day. Sayanglah tak dapat nak masuk Yehliu Geopark untuk ambil gambar di kawasan batu yang seakan-seakan menyerupai bentuk seorang permaisuri. 




Nak sampai ke Yehliu Geopark nie sampai sesat-sesat ya. Dah lah hujan renyai-renyai masa nie. Lepastu banyak pula teksi-teksi datang approach. Menyampah aku. Dah cakap tak nak, dorang akan ikut korang. Alang-alang dia ikut tu, kitorang suruh dia ambilkan gambar kitorang berdua sebab tripod dah hilang dalam bas. Nak sangat ikut kitorang kan, sila ambilkan gambar. Hahahaha


2. Heping Island

Korang tak payah beriye sangatlah nak stay lama-lama dekat Geopark tu. Kalau dah ada gambar untuk dicanang di social media untuk tatapan orang kampung, boleh terus memulakan perjalanan untuk ke destinasi seterusnya. Macam kitorang, tak sempat nak buat apa-apa sebab tempat tu tutup, terus gerak ke destinasi seterusnya.


Sumpah masa nie lapar gila sebab tak sempat nak sarapan. Nak beli roti-roti pon tak sempat sebab nak kejar bas. In between tempat tu, singgah kedai serbaneka untuk beli makanan. Ingat lagi masa nie, my friend tunggu dekat bus stop untuk tengok bas, dan aku pergi berlari ke kedai beli makanan. Bas sampai tepat waktu. Kena peka dengan waktu.



Jalan kaki menuju ke Yeliu - Naik bas 1815 - Turun dekat Xingliao Village - Tukar bas 791 - Turun dekat Keelung Bus Station - Tukar bas 101 - Turun dekat Peace Island Park - Jalan kaki sedikit menuju ke Heping Island.



Kalau korang rajin, bacalah sejarah-sejarah dan macam mana batu-batu hitam tu terbentuk dengan semula jadinya. Cantik memang cantik. Tapi begitu sahajalah tempatnya. 

3. Zhengbin Port Color Houses

Masa menuju ke Heping Island tadi, bas korang akan lalu lokasi nie. Jadi, bila nak balik dari Heping Island, bolehlah turun sekejap dekat sini untuk bergambar. Kekerapan bas banyak, jadi jangan risau. 


Dari Peace Island Park - Naik bas 101 - Turun dekat Zhengbin Port

Dalam satu atau dua stop kot bila naik bas 101 tu. Tak ingat sangat tapi memang dekat. Korang kena guna Google Map untuk pastikan korang tak terlepas bus stop.

4. Yin Yang Sea 


Asalnya, kami nak skip Yin Yang Sea dan terus menuju ke destinasi seterusnya. Tapi entah macam mana, kami terlepas bus stop dan dengan tak semena-menanya kami dipertemukan dengan Yin Yang Sea. Sangat-sangat kebetulan !

Zhengbin Port - Naik bas 101 - Turun dekat Erxin Branch - Naik bas 791 - Turun dekat Shuinandong


5. Jiufen Old Street 

Yin Yang Sea tu tak ada apa sangat pon, jadi tak perlu lama-lama dekat situ. Plus, panas hawau. Hahahaha. Kitorang terus tunggu dekat bas station untuk ke destinasi seterusnya iaitu Jiufen Old Street.

Yin Yang Sea Bus Station (Shuinandong) - Naik bas 856 - Jiufen Old Street





Dah sampai sini, korang jangan lupa cuba ice cream kacang yang dijual dekat sini. Halal okay ! Inilah satu-satunya tempat yang korang boleh jumpa makanan Halal untuk dimakan. Memanglah bukan makanan berat, tapi asalkan dapat isi perut. Next baru kita makan berat-berat okay? Yang nie buat isi perut je.



6. Shifen Old Street

Tempat paling penting untuk korang pergi pada hari keempat nie. Tapi sebelum sampai ke Shifen Old Street, korang singgah makan berat dulu dekat satu kedai makan Indonesia. Wajib singgah sebab korang tak jumpa dah kedai makan Halal lepas nie sampailah korang balik ke Taipei City.



Dari Jiufen Old Street, naik bas 1062 - Turun dekat Rueifang Station

Dah sampai station, korang Google Map nama tempat makan nie, dan jalan kaki menuju ke sana sebab tak jauh pon. Cari Toko Indonesia Nur Hidayah. Ayam penyet dekat sini sedap betul ! Korang boleh solat sekali dekat dalam nie. Bukanlah restoran besar ke apa, macam rumah sendiri dijadikan tempat makan. Jadilah nak bantu kita-kita yang nak cari makanan Halal. Terima kasih sangat sebab jual makanan Halal di tempat yang literally out of nowhere. Sangat-sangat bersyukur !



Dari Toko Indonesia Nur hidayah tu, jalan kaki menuju ke Ruifang Train Station - Naik train menuju ke Jingtong - Turun dekat Shifen Station - Jalan kaki sedikit dan sampailah Shifen Old Street 



Dekat sini, korang wajib buat aktiviti Sky Lantern Release. Ya Allah sumpah romantik sangat tempat nie. Kalau datang dengan orang yang tersayang, rasa macam anyonyo sangat. Antara tempat paling romantik aku pernah lawati. Walaupun sekadar lepaskan tanglung, tapi aku rasa romantik sangat masa nie. Maaf kitonyo tak ada pasangan, ada kawan baik je. Jadilah ya. Kita raikan persahabatan yang dah menjangkau hampir 15 tahun nie.




Selesai lepaskan lantern tu, kitorang terus menuju ke jambatan gantung. Korang boleh nampak jambatan gantung dari tempat lepaskan lantern tu. Hari semakin nak gelap, langit jadi semakin cantik sangat masa nie. Ya Allah sangat-sangat cantik. The pictures did not do justice to the beauty of Shifen masa nie.



Sangat tak sangka, kami berjaya lawat semua tempat yang dirancang dalam masa satu hari. Kalau korang ada masa lagi, korang sebenarnya boleh singgah ke Shifen Waterfall. Masa naik train tu, korang akan nampak kawasan air terjun sebelum sampai ke Shifen Station. Kiranya boleh jalan kaki dari Shifen Station menuju ke kawasan waterfall tu.


Tapi oleh kerana langit dah nak semakin gelap, kitorang buat apa yang wajib je dulu iaitu lepaskan lantern. Kitorang lepaskan lantern nie pon kira dah hujung-hujung waktu. Kedai dah nak tutup masa tu. Tak tahulah kenapa kedai dekat sini tutup awal. Mujurlah sempat.


Dari Shifen Station naik train menuju ke Badu - Turun dekat Ruifang Station - Tukar train Tze-Chiang Ltd Express menuju ke Shulin - Turun dekat Taipei Station

Nak balik semula ke Taipei ? Banyak cara dan banyak train yang korang boleh naiki. Ikut mana yang ada masa tu. Nak naik bas pon boleh. Tapi sebab aku malas nak berjaga-jaga dengan bus stop mana untuk berhenti, makanya aku naik je train. Lebih mudah. 


7. Raohe Night Market

Alhamdulillah kitorang berjaya sampai semula Taipei dan malam tu kami jalan-jalan dekat Raohe Night Market. Saja tengok cenderamata apa yang boleh dibeli sebab besok nak balik Malaysia dah. Malam terakhir untuk kami shopping. Raohe Night Market nie kalau tak datang pon tak apa, sebab aku rasa Ximending lebih murah harganya dan tak seserabut dekat sini.




Malam tu, kitorang singgah beli shawarma dekat Ximending. Ya Allah dekat gila dengan hotel kitorang, buka sampai lewat malam. Kenapalah malakm terakhir dekat Taipei baru terjumpa kedai jual Shawarma nie. Kalau dari awal tahu, setiap malam keluar pergi beli. Sangat-sangat dekat dengan tempat kami menginap. Dalam 5 minit jalan kaki je. 



Okay, itu sahajalah pengembaraan kami di hari keempat. Jumpa lagi di entri hari terakhir kami di bumi Taiwan nanti. Terima kasih kerana sudi membaca. Bye!

No comments:

Post a Comment