Assalamualaikum dan salam sejahtera
Setelah sekian lama tidak datang Sabah, aku kembali semula ke sana. Pertama kali aku ke Sabah pada tahun 2017. Lepastu tak datang-datang dah. Jadinya dah sampai masanya aku melawat semula bumi Sabah. BTW, aku pergi Sabah masa nie bertarikh 28 November 2023. Dah masuk tahun 2025, barulah terupdate dalam blog nie ya. Maaflah sebab tersimpan lama dalam draft. Sekarang baru ada mood nak habiskan menulis.
Flight kami ke Sabah pada jam 10.15 AM waktu pagi menaiki Malaysia Airlines. Ya kami, aku tak pergi sorang. Pergi bersama Faries dan kedua ibu bapanya. Dalam 2 jam lebih macam tu, sampailah kami di Kota Kinabalu.
Kereta yang kami sewa pon dah ada dekat airport masa tu, jadinya kami terus ambil kereta sewa dulu untuk memulakan perjalanan. Kereta yang kami ambil ialah Perodua Alza. Check segala apa yang patut, barulah kami mulakan perjalanan menuju ke Kundasang. Not bad jalan menuju ke Kundasang sekarang, better lah kalau nak dibandingkan dengan 5 tahun lepas. Jalan pon dah lebar dan baru di tar. Mungkin sebab kunjungan YDPA jelajah Borneo masa tu, makanya adalah inisiatif dari kerajaan Sabah untuk memperbaiki dan mempercantikan jalan? Tak tahulah. Ramai yang cakap macam tu. Aku tulis semula je. Hahaha
Apa-apapun, jalan di Sabah dah banyak improve. Setelah 2 jam lebih, akhirnya sampai ke Kundasang. Sebelum check in, kitorang singgah makan dulu sebab tak makan lagi. Singgahlah kami ke kedai kepak ayam. Kedai ni jugalah yang aku singgah 5 tahun lepas. Masih beroperasi ya, hebat!
Selesai makan, kami singgah beli buah-buahan pelik tepi jalan. Sebab once dah check in malas nak keluar semula. barulah kami check in. Bilik hotel kami nie memang sangat cantik, luas pon luas dan siap ada balkoni. Cukuplah untuk kami berempat tidur walaupun cuma ambil satu bilik. View dia sangat cantik ya sebab berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Cumanya kesian dekat mak Faries nie sebab lutut dia sakit jadinya susah nak naik turun tangga.
Oleh kerana percutian nie bercuti dengan ibu bapa, jadinya kami tak adalah bercuti sakan nak pergi tempat itu ini. Bercuti santai-santai saja. Kalau cuti berdua tu, pagi-pagi dah keluar hotel menuju ke destinasi yang dah dancang. Kalau bercuti dengan family macam nie, kitorang lebih santai. Bangun pagi, kami disajikan dengan Gunung Kinabalu yang jelas. Sumpah cantik sangatlah. Berbaloi check in dekat hotel nie. Kalau korang datang Kundasang, korang inap dekat D’Shaunn Lodge, Kundasang.
Lepas dah bersarapan, kitorang siap-siap menuju ke Desa Dairy Farm which is sebelah je dengan hotel yang kitorang. Lama gila tak datang sini. Tak ada banyak benda berubah. Cantik tetap cantik. Oleh kerana aku dah pernah sampai sini, tak adalah rasa jakun sangat nak teroka itu ini. Sekadar ambil-ambil gambar dan makan ais krim yang dijual di sini.
Lepastu pergi ke tempat yang ada Alpaca. Hah yang nie first time aku sampai sini. Katanya tempat nie pon baru dibuka. Baru tu means masa aku datang 5 tahun lepas, tempat nie tak wujud lagi. Tiket dia agak mahal. Bukan mahal cuma rasa macam tak berbaloi bayar dengan harga tu untuk experience yang hanya sebegitu. Faham tak ? Adakah aku akan datang ke tempat Alapaca nie kalau ke Sabah lagi ? Jawapannya tidak.
Seterusnya, kita pergi sungai untuk celup-celup kaki. Sungai bukan sembarangan sungai tapi sungai yang banyak ikan sungai datang “gigit-gigit” kaki. Kami pergi ke Bombon Kg. Marakau Ranau. Yang nie berbaloilah bayar admmission fee sebab best dan puas hati. Tak tahulah ini lokasi yang sama aku pergi 5 tahun lepas atupun tidak, tapi lebih kurang samalah. Bagi makan ikan sambil ikan tu berenang-renang dekat dengan kita. Besar-besar tau ikannya dan dorang tak takut dengan kita pon. Apa yang menariknya, sungai nie merupakan sungai mengalir dan tak ada jalan ke apa. Tapi ikan-ikan tu tetap berkumpul dekat situ walaupun ada orang. Dorang makin datang dekat.
Lepastu kitorang singgah sekejap untuk makan tengahari di Sabah Tea Restaurant & Tea Shop. Ambil-ambil gambar sekejap lepastu balik semula ke hotel. Cukuplah ini sahaja tempat untuk dilawati hari ini. Bila dah sampai hotel tu, rasa macam awal lagi untuk rehat. Kitorang berdua keluar semula untuk pergi cari kedai kopi.
Makanya singgahlah kami ke Anooh Kopi yang berada betul-betul di tebing gunung. Serious cantik gila view dekat Anooh Kopi nie. Rasa macam lukisan. Lighting pula on point masa nie, ngam teruk!
Kitorang dekat Kundasang nie cuma 2 hari 1 malam je. Besok paginya kitorang check out dan bertolak menuju ke Kota Kinabalu semula. Tapi sebelum tu, kitorang singgah beberapa tempat sepanjang perjalanan.
Lokasi pertama kami tuju ialah Mesilau Mount Retreat & Farm. Tak ada apa pon dekat sini. Bosan dan consider tak pyah datanag pon tak apa. HAHA! Seterusnya kami pergi ke Spring Garden Kundasang. Dekat sini banyaklah tanaman pokok-pokok bunga yang mekar dan berwarna-warni. Cantik sangat. Nak masuk sini harga tiket masuk ialah RM10/dewasa. Korang berjalan kaki sikit kedalam, akan jumpa dengan air sungai. Boleh kalau nak mandi, tapi kami datang sekadar ambil-ambil gambar.
Then terus menuju ke Kota Kinabalu. Singgah sekejap dekat Jambatan Tamparuli. Sini just ambik-ambik gambar je. Lepastu singgah solat dekat Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan check in hotel.
Seusai check in, kami berdua pergi ke jeti untuk tempah pakej island hopping besok. Satu pengalaman yang buruk ya dengan agent Island Hopping nie. Sumpah cakap macam sial gila. Jumpa agent nie dekat tiktok. Nampak video review okay je. Aku pon telefon la dia nie, semua okay je. Settle tempah, kami balik semula ke hotel untuk pick up mak ayah Faries untuk makan malam.
Malam tu, kami singgah makan seafood dekat tempat makan berhampiran Pasar Filipina. Parents si Faries nie agak cerewet sedikit bab makan, jadi tak naklah bawa ke tempat yang ekstrem sangat. Takut nanti tak termakan pulak dorang tu. Alhamdulillah dorang berselera makan malam tu. Lega sikit hati.
Jadi masalahnya tu pada hari kejadian. Kami sampai jeti mengikut waktu yang ditetapkan. Tapi malang sekali lama gila tunggu tapi tak bertolak-tolak. Agent kami nie batang hidung pon tak nampak lagi. Malah dia boleh bangun lambat pulak pagi tu. Ko ghase ?
Dah lah lambat, lepastu bila dia datang, kami masih tak bertolak-tolak. Dia kata keadaan cuaca tak mengizinkan. Masalahnya group lain okay je bertolak pergi island hopping. Dia nie je yang tak bertolak-tolak. Aku keep on text dia dekat whatsapp dan sampai satu tahap tu dia mungkin annoying. Dia marah aku weyhh. Sampai kata dia nak pulangkan duit aku.
Amboii. Kalau dari pagi tadi kau bagi tahu kau nak cukupkan kuota dalam boat tu, aku memang mintak duit aku balik. Tapi nie dah jam berapa, boat dah banyak pergi, baru kau cakap nak refund duit aku. Sial!
Korang yang pergi Sabah dan nak ambil pakej island hopping tu, JANGAN AMBIL PAKEJ DARI D'Island Tour and Travel. Ingat nama nie, jangan ambil pakej dari dia. Macam sial je tunggu kuota boat penuh sampai kitorang kena sidai satu jam. Janji jam 8 pagi bertolak, jam 9 pagi baru dapat naik boat. Kalau aku travel berdua dengan kawan aku je, gagahlah lagi. Aku bawa orang tua. Datang ikut waktu yang ditetapkan siap tak pergi breakfast, sudahnya kena sidai.
Alhamdulillah selesai ber-island hopping walaupun pengalaman tidak manis sangat. Balik hotel, rehat dan tidur. Malam baru kami keluar semula untuk makan malam. Lepastu balik semula ke hotel dan sambung rehat. Aku dengan Faries je berdua keluar malam-malam tengok suasana malam. Jalan kaki je sebab hoel kitorang dekat tengah-tengah bandar.
Hari terakhir kami di Sabah, kami habiskan waktu melawat ke tempat-tempat bosan. Tempat-tempat yang diminati oleh warga-warga emas iaitu muzium-muzium. Untuk pengetahuan korang, bapa Faries nie suka datang muzium. Dia suka membaca segala yang tertulis dan dipamerkan. So kami bawalah pergi ke Muzium Negeri Sabah.
Hari terakhir nie kami agak chill-chill saja. Tak rush pergi ke mana-mana. Tak ada itinerary sangat pon. Sekadar melawat tempat mana yang sempat. Tapi fokusnya adalah untuk shopping barang-barang untuk bawa balik semenanjung. Makanya kami singgah ke Jamilah Handicraft. Weyhh banyak betul barang-barang djual dalam nie. Dah macam one stop center. Semua benda ada.
Seterusnya kitorang singgah makan dekat Anjung Selera dekat area mana entah, dah tak ingat. Lokasi nie bersebelahan pantai, jadinya angin pantai sepoi-sepoi bahasa bertiup sambil menikmati makanan. Jenis open concept jadi dapatlah rasa angin pantai tu.
Sebelum ke destinasi seterusnya, kitorang singgah solat jamak dekat Masjid Negeri Sabah. Setiap kali datang Sabbah, aku akan singgah masjid nie. Dia punya cakap setiap kali datang tu, macam dah banyak kali. Padahal nie baru kali kedua jejakkan kaki ke Sabah.
Sementara masih ada masa lagi, kami singgah ber-OOTD di satu kawasan tanah tinggi yang diberi nama Kokol Elf. Bayaran masuk untuk dewasa RM10. Korang tak payahlah datang dan membair duit korng dekat sini. Baik duit tu korang beli makanan. Sumpah takberbaloi. Dah lah tak cantik pon. Parents yang jenis duduk sahaja pon kena bayar tiket masuk. So kesimpulannya tak payah datang. Tak cantik pon. Siap kena tambah duit extra kalau nak pergi ke bahagian "tangan". Memang betul-betul buat duit. Tapi tempat ala kadar.
Hari semakin petang, kami tak tahu nak uat apa lagi. Nak berjalan, kaki mak si Faries dah sakit-sakit. Jadinya kitorang habiskan masa dekat kafe minum-minum kopi. Kitorang minum kopi dekat Daily Coffee. Time nak parking untuk ke kafe nie, kitoranng ternampak hotel yang kitorang inap masa tahun 2017 dulu. Surprisingly ak boleh ingat the ambience walaupun tak perlu cek dalam blog, hotel apa yang ktiorang inap. Menggamit kenangan silam. Tibahh.
The dessert tu sangat nice tapi tobat lahum manis dia. Tak boleh makan banyak sangat. Sakit kepala. Kopi dia best dan sedap. Cafe dia pon cantik dan aesthetic. Recommended untuk korang habiskan waktu sementara tunggu waktu untuk boarding. Nak pergi airport rasa macam membazir buang masa dekat situ, baik kita kafe hunting.
Makan malam, kami singgah dekat Grill Fish. Astagha ramai gila manusia datanng makan dekat sini. Restoran nie salah satu yang disarankan untuk singgah makan dan menjadi tumpuan buat ngunjung yang datang ke Sabah. Korang tengok jelah crowd dia ramai macam mana. Harga not bad. Mampu milik. Portion besar dan sedap!
Flight kami jam 4 pagi. Jadinya kami check in dulu sekejap untuk bersiap-siap dan rehatkan badan. Bawa orang tua nie, korang kena fikir kudrat dorang juga bila berjalan. Ikutkan aku yang muda nie, aku akan lepak dekat airport je sementara tunggu waktu boarding sebab tak nak membazir duit. Tapi berjalan dengan warga emas, kitorang pon check in. Kitorang check in dekat Grapevine Garden. Hotel yang terdapatnya ladang tanaman anggur.
Tapi kitorang dapat dekat tingkat dua. Dah kena angkut luggage dan mak si Faries nak kena menapak tangga tu. Agak tinggi ya tangga dorang. Tak mesr wargaa emas hotel nie. Tapi tak apalah, sekejap je dan harga pon tak mahal. Tapi disebabkan kitorang cuma dekat situ untuk beberapa jam, jadinya kami rasa mahal sebab kena bayar untuk full one day. Tak kira per hour.
Setelah beberapa jam berehat, kami check out dalam jam 2 pagi macam tu dan terus bertolak ke airport. Lokasi Grapevine Garden dengan airport sangatlah dekat. So kami grab untuk ke airport. Mujur ada grab jam 2 pagi masa tu.
Settle check in luggage, tunggu sekejap then terus boarding. Tak ingat jam berapa kami berlepas tapi rasa dalam jam 4 pagi macam tu. Ingatkan nak tidur dalam flight, laaaa pramugari hidang sarapan pulak. Lupa naik full service airlines. So dapatlah makanan sekali.
Dekat jam 8 pagi, kami pn selamat mendarat di KLIA. Alhamddulillah. Selesailah percutian kami di bumi Sabah dan beryukur dapats iapkan juga entri nie walaupun sudah di tahun 2025. Hahahaa. Terima kasih sudi membaca !
No comments:
Post a Comment