Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sudah tiba masanya aku menceritakan pengalaman kami pergi ke Taiwan. Pergi Taiwan nie pon dikira Know Know Arrived juga sebabnya kitorang beli tiket 10 hari sebelum tarikh pergi. The moment tiket flight booked, terus kami buat persiapan dari segi rancang perjalanan, tempah hotel dan juga tips-tips bercuti ke Taiwan.
Untuk trip kali ini dirancang sepenuhnya oleh aku. Biasanya kawan aku yang buat itinerary, tapi kali nie aku yang buat. Agak mencabar tapi actually aku dah biasa pon merancang perjalanan percutian. Cumanya kawan aku nie rajin dia terlebih, jadinya kebanyakkan trip kitorang dia yang buat itinerary. Nak tunggu aku, kau kena ketuk banyak kali barulah aku buat. Hahahaha.
Trip ke Taiwan kali nie kami akan naik Batik Air sebab harga flight return murah gila, dalam RM400+ macam tu. Tapi tak ada luggage lah. Tak kesah pon sebab kami pilih konsep backapcking untuk kali nie. Walaupun puas memikir outfit yang boleh dimuatkan dalam backpack untuk trip 5 hari 4 malam. Walaupun backpacking tapi outfit tetap kena vass ya. Bukan sekadar tshirt bodoh biasa. Gituhh.
Dah rancang baik punya, maka tibalah hari kejadiannya. Kami sepatutnya bertolak jam 1.30 pagi, 2 Oktober 2024 dan sampai Taiwan waktu Subuh. Konon macam nak surprise-kan kawan-kawan blogger dan kawan-kawan tempat kerja, nak upload lah IG story tetibe pagi tu dah sampai Taiwan. Tapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Flight kami dibatalkan malam tu. Rasa betul-betul terduduk. Tulah, nak riak lagi. Allah tegur sikit je.
Ini merupakan kali pertama aku mengalami flight dibatalkan. Jadinya aku tak tahu what to expect next. Aku ingat, dia akan masukkan kitorang dekat the next available flight. Rupanya, kalau flight cancelled nie, korang kena standby beli tiket baru daa. Astagha. Sangat innocent ya aku berfikiran sebegitu.
Kitorang tersadai dekat KLIA Terminal 1 selama satu malam ya. Buntu tak tahu nak buat apa. Semua flight ke Taiwan kena cancelled sebab ada typhoon. Aku sebenarnya tak tahulah bahaya macam mana typhoon nie. Aku berfikiran ianya sekadar angin yang kuat je.Jadinya aku nak jugak pergi. Tapi nampak gaya macam tak ada rezeki untuk pergi ke Taiwan sebab banyak flight ke Taiwan kena cancelled.
Masa nie parents kitorang dah balik sebab tak nak dorang tunggu kitorang. Dan aku masih letak pengharapan akan ada keajaiban berlaku. Jadinya, kitorang pilih untuk stay dekat airport tu. Banyak kali aku pergi ke kaunter Batik Air tu untuk what is the next step for us. Dia suruh email customer care sahaja. Gila ? Malam tu sahaja, beberapa flight Batik Air cancelled. Bukan sahaja flight ke Taiwan, flight ke Indonesia pon ada yang cancelled. The fuck gila lah Batik Air. Sampai ada foreigner mengamuk-ngamuk dekat kaunter.
Dapat pulak member jenis tak putus asa. Aku dah cakap, mungkin tak ada rezeki untuk pergi Taiwan kali nie. Kita rancang waktu lain. Member dah apply cuti, otak semua fikir nak enjoy je. Malam tu juga dia dok cari flight ticket masuk Taiwan weyhh. Ada few airlines masih buat penerbangan ke Taiwan. Air China, Air Asia dan few others. Tapi masyaAllah, tiket Air China tu sehala sampai seribu lebih weyhh. Memang tidak lah. Tapi Air Asia dalam RM500+ sehala.
- Flight Batik Air Return : RM 474.00
- Flight Air Asia sehala (on the spot beli) : RM 561.00
Nanti aku ceritakan dekat entri khas bab nak claim insurance. Banyak drama bab claim nie. Kau sabar jap.
Akhirnya kitorang putuskan untuk beli juga tiket Air Asia tu. Kalau kena cancel juga disebabkan typhoon tu, maksudnya memang tak ada rezeki. At least kitorang dah usahakan untuk sampai ke Taiwan. Naik ERL jam 4.30 pagi menuju ke KLIA Terminal 2. Pasrah sangat kalau flight kali nie pon kena cancelled. Tapi, macam dalam mimpi sebab flight tu diteruskan.
Sampaikan dah masuk dalam kapal terbang pon masih lagi tertanya-tanya, is this really happening?
Muka memang barai habis sebab tak cukup tidur. Bayangkanlah, sepatutnya jam 1.30 pagi bertolak ke Taiwan, tiba-tiba flight cancelled. Dan malam tu jugak call Batik Air, called Traveloka (sebab kitorang book tiket flight dari Traveloka) macam mana nak claim and what not. Boleh dikatakan malam tu sekadar tidur-tidur ayam dan tak tahu apa akan jadi the next day, sampailah kitorang book flight ticket baru. Itupon masih takut-takut.
Dan tahu-tahu, kami sampai ke Taiwan dengan selamat. Alhamdulillah ! Boleh dikatakan nasib kami sangat baik sebabnya, that is among the last flight yang boleh masuk ke Taiwan. Lepas dari flight kitorang nie, terus ruang udara Taiwan tutup sebab typhoon semakin mengganas.
Bila sampai tu, mood tourist onzz! Terus buat apa yang patut seperti yang telah dirancang walaupun kitorang sampai Taiwan dalam jam 2-3 petang macam tu. Kitorang dah membazir setengah hari. Jadi semua tempat yang dirancang untuk hari pertama, kena tolak pada hari-hari berikutnya. Untuk hari pertama nie, kitorang buat apa yang boleh je. Memang tak banyak tapi tak apa, asalkan dah sampai.
Terus beli tiket train return untuk kembali semula ke airport. Beli melalui Klook je.
- Airport Transfer Return : RM36.85
Pertama, dekat keretapi stesen utama Taiwan, kitorang settle kan dulu Taiwan High Speed Rail Pass. Kitorang beli 3 day pass. Dengan pass nie , korang boleh naik keretapi laju sebanyak mana yang korang nak within 3 hari. Jadinya, rancanglah perjalanan percutian korang supaya korang fully utilize 3 days pass nie. Kalau tak, membazir lah sebabnya harga dia agak mahal ya.
Lepastu singgah mana-mana convenience store, untuk beli Easycard. Easycard nie function dia sama macam kad TnG untuk kita naik public transport. Macam-macam bentuk dan design ada. Korang belilah design mana yang berkenan di hati. Aku pilih design Crayon Shin Chan sebab comel sangat. Dah beli nie, teruslah korang topup duit dalam tu supaya senang nak kemana-mana.
Currency during that time : 100 New Taiwan Dollar (NTD) = RM14.37
- Easycard + topup : 1000 + 120 NTD (Topup dan juga harga kad, 1000 NTD nie cukup untuk perjalanan kami selama 4 hari dekat Taiwan naik train).
- High Speed Rail : RM273.15 (Beli melalui Klook dan tebus dekat Taipei Train Station)
By the time kami sampai, kitorang dah boleh terus check in hotel sebab dah lebih jam 3 petang. Terus menuju ke lokasi hostel kami. Sangat dekat ya dari Ximending Train Station. Sangat convenience dan dekat dengan semua tempat. Malam-malam keluar pon best je sebab kehidupan malam dekat Taipei nie hidup.
Konsep penginapan kitorang untuk trip kali ini adalah hostel. Nama hostel nie ialah TW-Taipei City Hostel dekat dengan area Ximending. Walking distance je untuk ke Ximending Train Station dan few other station yang lain. Bilik air dan juga common space lain berkongsi dengan pelancong lain. Bilik air not bad, agak bersih cuma tempat untuk yeyak agak kelakar ya sebab tak ada bidet. Maaf sangat sebab aku tak ambil gambar hostel kitorang langsung. Cuma ambil gambar bilik je.
TW-Taipei City Hostel
No. 41, Sec. 2, Hankou Street, Taipei Taiwan, 108.
4 malam = RM610.31 (RM152.58 satu malam)
Double room with AC
Semua kemudahan cukup, iron ada, payung ada, water heater, hot shower, microwave, hair dryer dan semua kelengkapan tersedia cuma sharing bathroom jelah. Bahagian reception dengan hostel nie dekat tempat berbeza. Nanti masa check in, dorang akan tunjuk laluan ke hostel. Hostel nie dua tingkat. Simple but comfortable untuk kami berdua. Soal shared bathroom tu tak kesah sangat. Kalau perempuan Muslim mungkin ada masalah sikitlah.
Lepas dah check in, kitorang terus keluar mencari makan dan jalan-jalan sikit sebab satu hari kitorang dah membazir disebabkan masalah flight tadi. Jadi untuk masa yang ada nie, kita penuhkan untuk pergi beberapa tempat yang boleh. Tapi malang sekali, kebanyakkan tempat tutup dan dah lewat sangat untuk melawat sebab hari dah gelap.
Kami singgah makan terlebih dahulu sebabnya lapar sangat. Dah senaraikan tempat-tempat makanan Halal dekat Taiwan nie, so kita tinggal pilih je nak ke mana dulu. Makan malam kami pada hari tersebut ialah Fried Chicken Master.
Banyak sangat tempat tutup dan waktu pon tak mengizinkan, maka kami jalan-jalan Ximending jelah malam tu. Oleh kerana tengah typhoon, jadinya hujan renyai-renyai dan tak ramai orang. Mulanya aku rasa macam bagusnya Taipei nie, walaupun ibu negara tapi tak ramai orang. Little did i know, semua orang mengurungkan diri dalam rumah ketika musim typhoon. Nak keluar pon buat apa sebabnya banyak kedai tutup. Sebabtu tak ramai orang keluar.
Hanya mereka yang tak tahu seperti kami berlegar-legar di luar. Kalau ikutkan, bahaya tau sebab takut ada benda-benda terpelanting bertiup disebabkan angin taufan tu. But we dont know that and to be honest, we dont care. Hahahaha
Sampaikan dekat laluan rainbow nie pon boleh kosong dan kau boleh bergambar dengan aman. Kalau ikutkan, memang akan ramai gila manusia dekat sini nak ambil gambar dan gambar kau akan terganggu sebab ramai gila orang lalu lalang. Tapi masa kami pergi nie, lengang dan kau boleh bergambar selama mana kau nak tanpa perlu rasa bersalah.
Sebelum balik semula ke hotel, kitorang pergi beli Xin Fu Tang yang cukup terkenal dekat Taiwan nie. Dulu air boba Xin Fu Tang sempat terkenal dekat Malaysia untuk seketika. Tapi sekarang, nak nampak pon dah susah sekarang nie. Xin Fu Tang wujud lagi ke dekat Malaysia ?
Walaupun tengah typhoon, tetap ramai ya yang beratur beli. Tak dinafikan memang sedap. Pengunjung boleh saksikan sendiri cara pembuatan air nie depan mata sebab dorang letak gelas kaca. Seronok tengok cara dorang masak bubble tea dan caramelize-kan gula dekat on top of the drink.
Sedap sangat !! Korang wajib cuba dan beli. Agak berbeza rasa dia dengan yang dekat Malaysia. Cuma kalau beli tu, boleh share sebab agak memuakkan bila dah lama-lama. Bagi akulah, sebab aku tak suka minum manis dan berkrim sangat. Korang boleh pilih tahap kemanisan tu tapi still manis bagi aku. But it was worth trying !
Itu sahajalah untuk cerita hari pertama kami di bumi Taiwan. Penuh cabaran dan dugaan tapi kami tak sabar nak tempuh hari kedua pulak. Tunggu entri hari kedua yang bakal menyusul tak tahu bila. Hahahah.
No comments:
Post a Comment