Monday, September 10, 2018

Unit Kediaman DK Impian @ Damansara West Memenuhi Keperluan Segenap Dimensi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bila umur semakin meningkat, aku dah kena mula fikir untuk beli hartanah. Sebabnya, nilai hartanah semakin lama semakin meningkat. Ia tidak seperti harga sebuah kereta, yang mana semakin lama semakin menurun. Sebab itu orang kata, pelaburan hartanah adalah satu pelaburan yang bijak.


Baru-baru ini aku berkesempatan berkunjung ke DK Impian Sales Gallery yang terletak di Damansara West untuk melihat projeknya yang terbaru. DK Impian merupakan satu projek yang memenuhi setiap keperluan anak muda masa kini. Boleh dikatakan, kemudahan dan keperluan yang diperlukan sangat mencukupi dan dipenuhi.


Terdapat beberapa jenis rumah di DK Impian tapi hanya terdapat 3 jenis plan sahaja yang ditunjukkan di sales gallery di sini. Di era yang semakin kurangnya privasi, DK Impian pasti menjadi pilihan untuk anda kerana plan rumahnya sangat memenuhi privasi dan boleh dikatakan unik kerana ini merupakan kali pertama aku melihat plan rumah sedemikian rupa.


Kalau sekali imbas, nampak seperti sebuah studio apartment tapi bukan. Ia merupakan sebuah rumah yang mempunyai dua bilik. Dan setiap bilik mempunyai dapurnya sendiri dan bilik airnya sendiri. Ibarat dua buah studio apartment di dalam satu rumah. Boleh bayangkan tak ? Ke dah pening 😁

TYPE 1B : Bilik 1 (Semua katil di sales gallery ini adalah jenis yang boleh dilipat bagi menjimatkan ruang)

Lihat sahaja susun atur bilik 1 di plan TYPE 1B ini. Ia merupakan sebuah bilik yang lengkap dengan beranda, bilik air dan dapur (Dapur tidak kelihatan di dalam gambar, ia berada dekat dengan pintu masuk bilik). Unik bukan ?

TYPE 1B : Bilik 2

Ini pula bilik kedua. Maaf terlupa nak ambil semua bahagian di bilik kedua ini. Rujuk plan di atas.


TYPE 1D berkonsepkan yang sama dengan TYPE 1B. Cuma ruang rumah TYPE 1D lebih besar sedikit berbanding ruang TYPE 1B. Dan bagi pendapat aku, ianya lebih selesa lah kerana tidak terlampau sempit.

TYPE 1D : Bilik 1

TYPE 1D : Bilik 2 (Pandangan daripada beranda)

Kalau korang perhatikan, ruangan di setiap jenis plan rumah di sini agak terhad. Jadinya kena pandai memilih perabut dan bijak menyusun atur perabot. Kalau korang pening sangat memikirkan susun atur dan susah untuk mencari perabot yang sesuai dengan ruangan seperti ini, korang boleh je request untuk membeli unit di sini beserta dengan perabotnya sekali. Untuk unit rumah yang fully furnished seperti ini, korang hanya perlu tambah RM50k daripada harga rumah tersebut. Setiap plan rumah harga berbeza ya, kena rujuk pada ejen hartanah di sini.

TYPE 1D : Bilik 2 (Pandangan dari pintu masuk. Jumpa dapur dahulu. Sama seperti plan TYPE 1B)

Agak menarik konsep dua plan rumah ini. Setiap penghuni mempunyai privasinya yang tersendiri. Berkongsikan satu pintu rumah tetapi masing-masing mempunyai ruangnya sendiri. Sangat sesuai untuk mereka yang hendak menyewa bilik tetapi tak nak bergaul dengan housemate. Yelah, ada manusia jenis yang tak berapa pandai sangat nak bergaul dan kekok berkongsi satu ruang dengan orang baru. Jadi, konsep rumah sebegini, sangat bagus untuk mereka-mereka yang tak ramah/tak pandai bergaul dengan ahli satu rumah. Sebab literally masing-masing buat hal sendiri.


Walaubagaimanapun, DK Impian tetap mengekalkan konsep rumah seperti biasa. Yang mana terdapatnya ruang tamu dan dapur untuk dikongsi bersama ahli rumah. Untuk plan rumah sebegini, memang kita biasa lihat di mana-mana plan projek perumahan yang dibangunkan.

Ruang tamu dan dapur

TYPE 2B : Bilik 1

TYPE 2B : Bilik 2

Menarik bukan ? Ini baru 3 plan sahaja, belum lagi tunjuk plan-plan rumah yang lain. Kalau korang nak tengok plan lain, korang kenalah datang sendiri ke sales gallery di sini. Terdapat 11 tapak plan rumah kesemuanya dan setiap plan berbeza dari segi keluasan dan susun aturnya. Jadi bolehlah pilih mengikut citarasa dan keperluan yang diperlukan.


DK Impian juga menawarkan kemudahan yang serba-serbi lengkap. Ada kolam renang yang besar, jacuzzi, gym, surau, tempat permainan kanak-kanak, tadika, dapur awam dan banyak lagi. Manakala di tingkat atas sekali terdapatnya taman yang indah yang dilengkapi dengan ruang untuk majlis kecil-kecilan, ruang untuk BBQ, tempat untuk bermain dan banyak lagi. Sangat lengkap dengan pelbagai kemudahan. Tak perlu untuk keluar kawasan untuk mendapatkan semua ini. Semuanya ada di dalam kawasan DK Impian.


Kepada mereka yang mencari hertanah yang dekat dengan pelbagai kemudahan seperti lebuhraya, shopping complex dan sebagainya, DK Impian lah yang anda cari. Tambahan pula ia berada berdekatan dengan beberapa buah universiti swasta. Sudah pasti ramai pelajar di universiti berkenaan akan mencari rumah atau bilik untuk disewa. Ini merupakan satu peluang untuk anda menambahkan pendapatan sampingan dengan membeli unit kediaman di sini dan menyewakannya kepada pelajar-pelajar di universiti berkenaan.


Harga rumah bermula RM320k dan keatas. Pada pendapat aku, harga yang berpatutan dengan kemudahan yang ditawarkan. Mari datang sendiri ke Sales Gallery di sini untuk melihat sendiri plan-plan rumah yang ada dan berunding dengan ejen-ejen hartanah di sini. Mereka akan menerangkan dengan lebih terperinci mengenai projek ini. Jom !

PANTAI BERKAT SDN BHD
No 25-G, Jalan Uranus AG U5/AG, Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5,
40150 Shah Alam, Selangor.

Waze : DK IMPIAN SALES GALLERY

Tel : 017-200 2322 / 017-200 6662


21 comments:

  1. Betul tu, hartanah ni lagi penting drp kereta. Kereta turun harga, rumah lagi naik. Btw, ada typo "kereta" kat perenggan pertama :D

    ReplyDelete
  2. Yup betul..time2 mudalah memang patut pikir masa depan, maksud sis pikir beli rumah dan kumpul duit dahulu..gf2 ni kemudian. Dah ada semua barulh pikir khawin pulak.
    Rumah mcm ni bagus jugak..harga pun masih berpatutan, susah nk cr rumah dgn harga mcm ni kat kl dengan segala kemudahan mcm ni

    ReplyDelete
  3. Ruangan rumah dia agak kecil kan. Kalau family kecil dalam 1 2 anak mungkin ok. Tapi kalau keluarga besar, tak sesuai rasanya. Ke ada design rumah DK yang lebih besar lagi dari ni tapi dieorang tak tunjuk?

    ReplyDelete
  4. Sejak dah mula tak bekerja ni, cita-cita saya nak beli hartanah sendiri pun terkubur. Btw, rumah dua bilik ala studio apartment tu memang sesuai untuk yang single. Buat pelaburan pun elok..

    ReplyDelete
  5. Doakan SK boleh miliki tanah sendiri juga suaru hari nanti.Cepat atau lambat semoga impian kita nak miliki tanah sendiri tercapai.SK doakan Zarif sama . Perkongsian yang sangat bagus ni zarif.

    ReplyDelete
  6. satu pelaburan yang sangat bagus untuk jangka masa panjang.boleh cuci mata dekat Dk ni.kalau tengok rumah yang cantik2 dekat luar sana memang teringin sangat.semoga Allah makbulkan doa kita semua.

    ReplyDelete
  7. Betul,semua orang nak miliki hartanah sendiri.Doakan IP dapat memiliki hartanah sendiri jugak ye.Dah penat menyewa.Nak rasa duk umah sendiri pulak lepas ni.

    ReplyDelete
  8. Betul sekali, siapapun orang pasti memiliki rasa untuk ingin membeli tanah apalagi rumah yang diimpi-impikan mereka. Gallery ini sangat suka aku, karena banyak sekali mode mode rumah yang minimalis. Semoga aja taun depan bisa ku beli . aamiin :D

    ReplyDelete
  9. Serious, umur makin meningkat ni memang kita dengan sendirinya akan mula duk fikir pasal nak beli rumah segala bagai. Yela, benda2 mcm tu aset kot, nilai makin lama makin tinggi. Sampai bila je nk duduk menyewa atau tinggal dgn family kan. Tp tu la, kena survey betul2 dulu and tanya pendapat org2 yg terer bab hartanah bagai ni.

    ReplyDelete
  10. Bagus beli utk ubat investment..buat sewa ke sbb agak kecik saiznya..tp yg best dkt dgn kawasan byk kemudahan asas..harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  11. dua bilik ada dua bilik air dah biasa, yang ni dua bilik dua dapur tu yang unik..hehe..harga best, dekat dgn tumpuan tu yg buatkan lagi best..

    ReplyDelete
  12. Harga rumah mula dengan harga RM320K, berpatutan tu. Boleh ajak adik pergi tengok ni. Terima kasih atas info yang diberi.

    ReplyDelete
  13. Teringin juga hendak beli rumah. Tapi tu la belum jumpa yang sesuai dengan Ika lagi. Ika pentingkan rumah di area bandar. Byk kemudahan.

    ReplyDelete
  14. Bagusnya zharif.. memuda lagi dah pikir pasal pembelian hartanah.. Tak sangka mmg unik pelan rumah DK impian niee.. AM pun nak simpan duit gak la.. beli rumah.. terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  15. Those that want to own their first house either for investment or staying purpose can consider DK Impian. Strategic location and transportation easy to get.

    ReplyDelete
  16. Kalau nak beli kediaman pertama dan kediaman idaman, matlamat pelaburan tak sama. Pilih yang ikut kemampuan dan jika jadi apa apa pada pekerjaan dan kesihatan. Masih mampu bayar

    ReplyDelete
  17. Sekarang semua kena ada hartanah sendiri seperti rumah. Nak beli rumah pun kena tengok harga jugak. Sesuai tak dengan bajet kita. cari rumah yang bersesuaian dengan kehendak kita. anyway lawa lah rumah2 ni semua.

    ReplyDelete
  18. Orang muda memang eloklah buat pelaburan hartanah macam ni kan. Nanti dah ada komitemen lain yang besar susah

    ReplyDelete
  19. Kinah memang ada buat simpanan nak beli hartanah. Maklumlah, paling tidak ada tempat untuk berlindung masa hujan kan

    ReplyDelete
  20. Membeli hartanah pertama adalah satu perkara besar dalam hidup seseorang. masakan tidak, hutang saja nak di selesaikan makan 30 tahun. azab

    ReplyDelete
  21. tanah dan rumah sendiri . mesti ada 2 ni sebelum umur 60 tahun supaya bila dah tua untuk kesenangan hidup .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...