Thursday, September 6, 2018

PROTON - Ace The Space Challenge

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada bulan July yang lalu, aku telah menyertai satu cabaran yang dianjurkan oleh Proton Malaysia, iaitu cabaran memuatkan seramai manusia dalam satu kereta Proton Ertiga. Proton menjelajah satu Malaysia untuk mencari pasukan yang dapat menyumbat seberapa ramai orang dalam satu kereta Ertiga.


Nama cabaran ini ialah Ace The Space Challenge. Mari aku bawakan korang detik-detik semasa kami di pusingan penyingkiran yang telah berlangsung pada 7 July yang lalu. Seramai 35 orang ahli pasukan tiba di Proton Centre Of Excellence. Nama kumpulan kami ialah Geng Kaki Lari atau nama singkatannya GKL.


Kami berazam untuk memuatkan semua ahli dalam satu kereta Proton Ertiga. Rekod tertinggi ketika itu ialah seramai 33 orang. Jadi kami berasa yakin, sekiranya berjaya menyumbat 35 orang dalam kereta Proton Ertiga ini, kami akan layak ke pusingan akhir. Alhamdulillah, kami berjaya menyumbat kesemua 35 ahli dalam kereta.


Walaupun keputusan akhir kami tidak pasti, sama ada kami layak ke pusingan akhir ataupun tidak, tapi kami cukup gembira kerana apa yang kami target, tercapai. Setiap daripada kami membawa pulang voucher Aeon sebanyak RM50 dan voucher Proton sebanyak RM 500.


Dan pihak Proton telah memaklumkan kepada ketua kumpulan kami, bahawasanya kumpulan kami layak ke pusingan akhir. Terdapat 35 pasukan menyertai cabaran ini dan hanya 4 kumpulan teratas sahaja yang layak ke final. Kami antara 4 kumpulan yang layak itu. Dan kami satu-satunya wakil lelaki yang layak ke final. 3 kumpulan lain semuanya wanita.


Untuk pusingan akhir, kami perlu menyumbat seberapai ramai ahli kedalam sebuah kereta Proton Exora. Itu bermaksud, kapasiti lebih besar dan lebih ramai ahli diperlukan. Ahli kami seramai 60 orang tiba di Proton Centre Of Excellence dan agak berasa sedikit tergugat menyaksikan kumpulan-kumpulan wanita kerana mereka bersaiz kecil dan kurus.


Lebih kecil bermaksud lebih ramai manusia dapat dimuatkan dalam kereta dan lebih besar peluang untuk memenangi cabaran ini. Sangkaan kami tepat. 3 kumpulan wanita tersebut memuatkan lebih daripada 50 orang ahli dalam satu kereta. Dan kami hanya mampu memuatkan seramai 45 orang ahli sahaja. Oleh itu, kami tewas dan mendapat kedudukan keempat di dalam cabaran ini. Kumpulan pertama berjaya memuatkan seramai 55 orang ahli. Manakala kumpulan kedua dan ketiga berjaya memuatkan seramai 52 orang ahli.


Boleh saksikan video semasa kami sedang sumbat-menyumbat ketika di pusingan akhir.
Video kredit kepada Murni kerana membantu kami merakam detik-detik sumbat ini. Terima kasih !


Walaubagaimanapun, kami tidak pulang dengan tangan kosong. Setiap daripada kami membawa pulang sebuah telefon pintar daripada YES dan voucher proton sebanyak RM 1000 dan voucher AEON sebanyak RM 100 kot. Voucher Aeon nie kami belum terima lagi. Kami juga akan dijemput untuk menghadiri ke pelancaran kereta SUV pertama Proton pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak serta dapat menonton wayang VIP.


PROTON, WE HAVE ACED THE SPACE !

Sedikit sedutan semasa kami di pusingan penyingkiran. Sorakan kumpulan kami.


5 comments:

  1. Tahniah diucapkan. Apa-apa pun hadiahnya menarik... Terbaik lah...

    ReplyDelete
  2. Tahniah diucapkan kerana berjaya layak ke peringkat akhir.

    ReplyDelete
  3. Universiti Tarot yang menang ni, UniMAP...HAHAHAHAH tak sangka saudara join jugak

    ReplyDelete
  4. Murahlah rezeki kau Zharif. Menang sana sini :D

    ReplyDelete
  5. peergh rare sungguh pertandingan macam ni. and 35 people adalah sangat ramai cayalah korang..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...