Wednesday, September 12, 2018

Kekal Aktif & Lincah Bersama Anlene

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk turut serta menyahut kempen Anlene supaya kekal cergas dan aktif. Untuk kekal aktif dan cergas, mestilah kita perlukan tulang yang kuat dan tenaga yang tinggi. Betul tak ? Sebab tu kita dinasihatkan untuk sentiasa minum susu Anlene setiap hari.


Sekiranya korang belum maklum, Anlene kini tampil dengan 50% lebih nutrisi di dalam setiap kotak susunya. Susu Anlene UHT yang diperkaya dengan kolagen, protein dan kalsium yang tinggi membantu menguatkan tulang, sendi-sendi dan otot-otot kita. Tambah-tambah umur kian meningkat, jadi kita perlukan makanan tambahan untuk membantu dalam penghasilan nutrisi-nutrisi yang semakin berkurang. Barulah boleh kekal lincah dan aktif.

Melompat lebih tinggi dengan susu Anlene UHT

Bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk meminum susu setiap hari, Anlene telah membuka satu booth kecik di stesen-stesen keretapi terpilih dan membekalkan pek sarapan yang mengandungi satu kotak Anlene UHT beserta dengan sebungkus roti croissant yang sudah pastinya dapat mengalas perut setiap mereka yang menikmatinya.


Seperti kita sudah sedia maklum, warga kota sangat sibuk dan sering terkejar-kejar untuk ke tempat kerja. Jadinya, sarapan pagi sering diabaikan sedangkan sarapan merupakan satu benda yang sangat penting sebelum kita memulakan aktiviti harian. Dengan adanya booth ini, warga kota dapat membeli sarapan dengan pantas dan mudah.

Harganya hanya RM 1 sahaja

Selain booth di stesen keretapi terpilih, Anlene juga menyediakan truck di tempat-tempat terpilih supaya lebih ramai lagi dapat menikmati susu Anlene UHT ini. Truck ini pergi ke kawasan Shah Alam, Subang Jaya, Bukit Bintang, Rawang dan juga Puchong. Korang sempat grab tak, susu kotak Anlene di truck Anlene ?


Aku berkesempatan untuk grab beberapa kotak susu Anlene semasa truck ini berada di kawasan Bukit Bintang. Malah ketika ini, Stacy Anam selaku duta Anlene juga turut hadir dan memeriahkan suasana. Memang meriah katanya ketika Stacy berada di sini. Siap buat cabaran lompat-melompat lagi bersama peminat-peminat.


Aku juga tak nak terlepas untuk menyahut cabaran Anlene dengan melakukan cabaran "Stay Active Stay Agile". Maka aku dan juga kawan baikku lompat si katak lompat semasa kami mengunjungi truck Anlene yang berada di Bukit Bintang tempoh hari. Boleh saksikan video kami melompat di bawah ini.


Kami sangat enjoy melompat-lompat di situ. Lagi enjoy kalau buat beramai-ramai. Penat jugaklah sebabnya dah lama tak bersukan. Sebab tu pentingnya untuk kita minum susu setiap hari supaya ia dapat membekalkan tenaga kepada diri dan menguatkan otot dan tulang kita. Lepas nie tak boleh skip dari minum susu Anlene UHT.


Mari kekal lincah dan kekal aktifi bersama susu Anlene UHT. 50% lebih nutiren dan yang pasti ia lebih daripada sekadar susu. Jom dapatkan sekarang !


20 comments:

  1. wowo pantasnya naik entri..mmg kita kena amalkan pengambilan ssu setiap hari bgi memastikan pengambilan nutrien itu cukup untuh badan..badan sihat kekal bertenaga..itu yang kita mahukan

    ReplyDelete
  2. Sana sini bercerita tentang kebaikan susu anlene ni. Sebelum ni tak pernah lagi minum susu ni.
    Nampak gaya kena cari juga ni untuk kekuatan tulang dan kesihatan.

    ReplyDelete
  3. Saya memang suka susu anlene ni. Tapi saya lagi prefer yang perisa coklat. Jenis kotak punya tak pernah jumpa lagi yang coklat punya. Ada ke?

    ReplyDelete
  4. Minum susu itu bagus dan mesti jadi kewajipan, supaya badan kita cukup kalsium dan tulang kita kuat. Jadikan amalan

    ReplyDelete
  5. susu Anlene ni memang bagus untuk kekalkan tulang2 sendi semua dalam keadaan sihat, lagi2 untuk geng2 yang dah lanjut usia. yang ada masalah sendi pun bagus juga minum Anlene ni.

    ReplyDelete
  6. wow I like your jump pics!
    yeah I also like to drink Anlene. I like the flavour of coklat and vanilla both also sedap!!

    ReplyDelete
  7. Tu dia... Bukan main aktif dan lincah melompat. Kalah Stacy tu.. hehe.. Susu memang bagus untuk tulang. Especially untuk orang yang makin bertambah usia nya.

    ReplyDelete
  8. Mama kurang sikit minum susu coklat sebab gula lebih, manis. lagipun waktu sarapan mama suka makan makanan berindeks glisemik rendah untuk tenaga sepanjang hari

    ReplyDelete
  9. Wow gambar last tu. Tingginya lompat! Haha.. Bella memang minum Anlene sekarang and boleh rasa perubahan pada diri

    ReplyDelete
  10. Susu Anlene ni memang dipercayai ramai. Aku percaya khasiat dia lagi2 nenek aku yang berusia 90 thn pun turut minum susu ni..cucu dia je jarang minum susu haha

    ReplyDelete
  11. Wahhh tingginya ko melompat dik. Bagus la anlene yang baru ni sebab 50%lebih nutrisi. Bagus untuk mereka yang sibuk dan tak sempat nak bersarapan. Sarapan yang ringkas dan sihat

    ReplyDelete
  12. wah terbaikla lompatan zharif!!! ohsem!
    aida kalau kena lompat gitu, sure brape inci aje tapak kaki ni dari bumi ha ha ha ha...
    bukan malu, tapi tak mampuuuuu...
    aida kerap jugak num anlene. maklumlah, pompuan bila dah berumur kan terdedah kpd osteoprosis.
    so, kena cegah sebelum parah... bermula dari awal.

    ReplyDelete
  13. Nampak betul2 aktif Zarif ya..sebab minum susu Anlene ekk??..hehehe
    Sis minum gak Anlene sb tulang temulang ni dah rapuh dah...tu yang kena amalkan susu ni bagi kuat balik tulang2 ni. Mmg bagus

    ReplyDelete
  14. Amboi tingginya dia lompat kalah stacy heheheh tak apa mentang-mentang kurus boleh lompat tinggi kita pun nak lompat tak boleh gegar satu kawasan wakakaka... Tapi kita suka susu Anlene Coklat kegemaran kita.....

    ReplyDelete
  15. Happening betul zharif ni.. kak liez dh xmampu nak lompat gituw... anlene mmg susu fav kak liez sbb ada flavour.. so mmg xkan skip minum susu.. sedap pulak tu

    ReplyDelete
  16. Dah lama dengar kempen pemasaran anlene, tapi kami tetap setia minum susu kambing untuk bekalan kalsium harian

    ReplyDelete
  17. Bagus amalan kehidupan yang aktif dan sihat. Teruskan usaha anda. Sy pun minum susu Anlene jugak!

    ReplyDelete
  18. Baguslah inisiatif anlene ini sbb ia menggalakkan masyrakat malaysia utk kekal hidup sihat dgn makan makanan yg sihat dan berkhasiat!! Syabas..

    ReplyDelete
  19. haha! i like ur jumping shot gif! really show your semangat and aktiveness.. good job!

    ReplyDelete
  20. wah semangat! tinggi betul lompat. Nak try la anlene UHT , belum sempat try lagi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini