Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru ini aku menghadiri satu lagi majlis pratonton perkahwinan Wedding Studio Sdn Bhd di Summit Hotel USJ. Ya, kali ini Wedding Studio bekerjasama dengan Summit Hotel USJ pula sebagai salah sebuah lokasi majlis perkahwinan untuk pelanggan-pelanggannya yang mengambil pakej perkahwinan daripada mereka.
Seperti yang korang sudah sedia maklum, Wedding Studio menyediakan pakej-pakej perkahwinan yang sangat berpatutan. Pakej yang disediakan oleh Wedding Studio sangat lengkap. Dan sekarang, aku nak cerita pakej perkahwinan di Summit Hotel USJ, bersama Wedding Studio.
Dewan bersanding di Summit Hotel USJ ini mampu memuatkan lebih dari 1000 orang dalam satu masa. Dekorasinya yang cantik, penataan cahaya yang mempesonakan, ruangnya yang luas, berpenghawa dingin, pasti memberikan keselesaan buat tetamu yang akan datang ke majlis perkahwinan anda.
Pakej yang disediakan oleh Wedding Studio ini termasuklah :
PAKEJ TERMASUK
|
Sewaan Dewan Ballroom, 80 meja
tetamu, 800 kerusi banquet bersarung riben, 4 dome VIP, Pelamin moden, 1
pasang baju untuk pengantin lelaki dan pengantin perempuan, PA System, Emcee,
Kompang, Meja beradab, RAW Photography + CD dan RAW Videography + CD, 1
projector + screen, Holding room, 3 VIP parking, Bilik Suite Summit Hotel
(Bermalam)
|
MENU
YANG DISAJIKAN
|
Nasi beriani dan nasi putih, Ayam
berlada, Daging rempah, Dalca sayur, Acar timun, Papadom, Buah tembikai dan
buah oren, Air sunquick oren + air mineral + teh tarik, Kuih karipap dan kuih
seri muka (150 biji setiap kuih), Kek pengantin 3 tingkat
Menu
tambahan untuk meja pengantin :
Udang panjat dan Ikan siakap masak masam
manis
|
Menarik bukan ? Dan harga untuk pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut
500pax : RM 28 000
1000pax : RM 33 000
Setiap pakej yang ditawarkan oleh Wedding Studio, pakej tersebut termasuklah pakaian pengantin kedua-dua mempelai. Oleh itu, malam tersebut juga, Wedding Studio memperagakan sekali pakaian-pakaian pengantin yang ditawarkan.
Dah kenapa semua model lelaki tutup mata nie. Lulz |
Pasangan boleh memilih untuk menggayakan pakaian pengantin tradisional ataupun pakaian pengantin moden. Kedua-dua jenis busana ini disediakan oleh pihak Wedding Studio Sdn Bhd. Jadi pasangan mempelai boleh emmilih baju pengantin mengikut tema dan citarasa masing-masing.
Memang menarik sekali pakaian-pakaian pengantin yang diperagakan. Kesemuanya bercirikan terkini dan moden. Perincian setiap baju pengantin sangat cantik dan yang pasti, akan nampak cantik dipakai oleh kedua-dua mempelai. Pilihan warna juga sangat pelbagai. Jadi tak perlu risau. Boleh pilih warna apa yang kalian mahukan.
Malam pratonton dewan dan sajian tersebut juga diserikan dengan kedatangan dua penyanyi jemputan yang menghiburkan kami pada malam tersebut dengan dua buah lagu mereka yang popular. Persembahan pembukaan oleh Ara Johari. Siapa yang tak kenal Ara, penyanyi yang mempunyai suara husky yang sangat lunak.
Persembahan pertama
Persembahan kedua
Memang mantap sungguh suara Ara. Terpukau aku dibuatnya. Seterusnya, kami dihiburkan oleh Hael Hussaini. Siapa yang tak kenal penyanyi yang bernama Hael ini. Selepas memenangi Anugerah Juara Lagu tahun lalu, namanya kian melonjak naik. Beliau sempat menyumbangkan dua buah lagunya yang cukup popular.
Persembahan pertama
Persembahan kedua
Memang cukup terhibur kami pada malam tersebut. Jadi korang semua, apa tunggu lagi. Pada mereka yang rancang nak kahwin tahun nie atau tahun depan tu, cepat-cepat tempah dengan Wedding Studio Sdn Bhd. Pasti tidak mengecewakan. Hubungi di talian berikut :
Adam : 012 - 4292806
Habibah : 012 - 4978827
Amirah : 017 - 2377449
Instagram : http://www.instagram.com/wedding_studio_sdn_bhd/
Ruginya tak join hari tu, kalau tak leh tengok persembahan Heal Hussaini, memang suka dengar lagu2 dia. Event pun meriah and gilang gemilang sungguh.Bertuah betul pasangan pengantin kalau ambik pakej dengan wedding studio ni, cecantik betul baju dan deco yg di buat.
ReplyDeletefirst akak suka sebab dewan dia bersih dan parking da punbanyak kat bawah. dan paling best harga pakej yang ditawarkan sangat berpatutan. Untuk zaman sekarang nak bebrbelanja apa kenalah bijak.
ReplyDeleteWahhh..menarik sangat ni. Bagi yang merancang perkahwinan boleh la tengok-tengok pakej yg disediakan di sini kan? Memang menarik..hehe tak lama dah nak masuk musim kenduri..memang wajib rikki sini
ReplyDeleteseronoknya dapat jumpa hael dengan ara. airah memang suka design baju pengantin dia nampak cantik rasa nak je sanding lagi sekali haha
ReplyDeletewow nice place to have wedding ceremony. Shall let my friend know she just had her wedding photoshoot now looking for wedding package.
ReplyDeleteBoleh tahan besar dewan dia. Dekorasi pun cantik. Harga dia bagi saya dah mampu milik sangat tu. Nasib baik dah kawen hahahaha.
ReplyDeleteNak kahwin senang ambil pakej saja sebab semua dah termasuk. Tak perlu banyak cuti berkejar ke sana sini dan berurusan dengan banyak pihak. Senang
ReplyDeleteSenang nak pergi sini kan sebab sebelah tu highway kesas. tak payah nak pening cari jalan. Lokasi strategik, pakej pun berpatutan
ReplyDeleteDah macam artis dah tengok cikgu ni hehehehe makin glamor dengan dunia seni ni hehehe kita tak sabar nak pergi wedding cikgu jer mesti gempak dan meriah kat hotel dan ada artis buat persembahan bestnya...
ReplyDeleteThis is great for those who are planning for a grand wedding, the venue looks really classy and price is also resonable.
ReplyDeletedua penyanyi kegemaran aida tu. ara & hael.
ReplyDeletedua ni suara nyer mantop sgt.
bagus gini. para pengantin & parents pengantin ada choice yg menarik.
all in one place. tempat pun sgt cantik & ekslusif, zharif.
especially pelamin nyer tu. sgt terkini. mesti pilih ni. bajet pun ok ok tu. affordable utk raja sehari.
tapi tu la, aida ni niat di hati, kiranya anak2 dpt jodoh yg sesuai, memang nak buat kat rumah.
nak tukar rumah luar dan dlm jadi cantik dgn deko yg bersesuaian.
perancangan ajer tu :)
Syoknyerrr dapat jumpa hael husaini..jeles akk dik. Baguslah nti dah zharif dah tau nak pilih pakej perkahwinn. X payah pening2 sediakan duit jerkk
ReplyDeleteDewan dia spacious kan...senang la bakal2 pengantin nak setting mcm mana kan...tpi lagi senang amik ja pakej2 ikut bajet sdri kan..zaman sekarang orang nk mudah...cepat n praktikal ja
ReplyDeleteAmboih.. bergambar sebelah Hael Husaini nampak..heee.. TB suka tengok susunatur dan dekorasi dewan ni.. nampak tersusun dan bersih je.. nampak lyas dan buat orang tertarik tengok..
ReplyDeleteBesar dan cantik tempatnya..memang nampak selesa..dekorasi pun wah sangat..boleh sesiapa nak buat majlis dekat sini kan..senang..harga pun not bad
ReplyDeleteTengok gambar pun dah terpegun cantiknya . Memang patut recommended dekat kawan-kawan yang bakal langsungkan perkahwinan untuk abadikan kenangan mereka kat sini.
ReplyDeleteWah! cantik nyer the wedding decor. Everything is so luxury and you get to take photo with Hael.
ReplyDeleteCantiknya semua baju2 dia.Rasa nak bersanding sekali lg.hehehe.Tapi pakej wedding studio ni semua affordable dengan servis kan.
ReplyDelete