Wednesday, September 19, 2018

Pengalaman Menyertai 2nd National Churros Eating Championship by Street Churros

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Seperti semua sudah sedia maklum, aku telah menyertai satu pertandingan yang diadakan oleh Street Churros. Jadi entry kali ini, aku nak menceritakan pengalaman sepanjang menyertai pertandingan tersebut.


Kami telah masuk pusingan penyingkiran di Street Churros untuk cawangan MyTOWN. Untuk mereka yang baru pertama kali dengar mengenai pertandingan ini, National Churros Eating Championship ini merupakan satu pertandingan memakan churros terbanyak. Kumpulan mana yang dapat makan churros terbanyak, akan layak ke pusingan akhir. Terdapat 4 pusingan penyingkiran dan kami memasuki pusingan penyingkiran di Street Churros cawangan MyTOWN.


15 September lalu, pertandingan tersebut berlangsung. Nama kumpulan kami ialah Diva Churros. Ramai tanya kenapa letak nama Diva ? Sebabnya kami bertiga memang diva. Kedivaan kami, kalah Diva AA uols !

Terdapat 3 kumpulan berentap untuk ke pusingan akhir. Untuk cawangan MyTOWN, antara team yang bertanding adalah Diva Churros, The Kings dan Churros Sado. Antara 3 kumpulan nie, korang rasa siapa yang menang ?



Churros yang disediakan adalah sebanyak 25 churros. Kami kena makan sebanyak churros yang boleh dalam masa 10 minit. Sekiranya churros yang disediakan habis, mereka akan tambah. Nampak macam mudah kan ? Alaaa makan jelah, bukan susah pon. Tapi sebenarnya susah gila.


Kenapa kami kata susah ? Sebab churros dari Street Churros nie sangatlah gemuk dan tak dinafikan sangat sedap ! Ini merupakan kali pertama makan Street Churros. Serious sedap gila. Masa wisel ditiup, kami pon mulakan makan. Gigitan pertama, ya Allah nikmatnya ! Sampai lupa yang kami nie sedang bertanding.


Lupakan pasal nikmat, kami terus makan dan makan tanpa henti. Serius rasa nak muntah makan churros banyak-banyak. Mula-mula tu memang sedap. Lama-lama rasa muak dan rasa nak muntah. Don't get me wrong, churros dari Street Churros nie sedap. Serious sedap cumanya bila makan dalam kuantiti yang banyak, ia jadi muak dan rasa nak muntah. Plus, churros perisa salted egg sangatlah tak sedap. Sebabkan termakan churros perisa tulah buatkan aku rasa nak muntah. Yang perisa cinnamon dan coklat okay je.


Kemenangan tidak berpihak pada kami. Kami dapat tempat kedua. Pemenang pertama ialah kumpulan Churros Sado. Mereka berjaya makan sebanyak 19 churros. Manakala kumpulan kami hanya dapat makan 18 churros. Beza 1 churros je dengan kumpulan Churros Sado. Kumpulan The Kings ditempat ketiga dan mereka hanya berjaya makan 10 churros sahaja. 10 je ? Lulz.



Walauapapon, kami sangat enjoy dengan pertandingan tersebut. Semua sudah buat yang terbaik. Menang dan kalah adat pertandingan. Tahniah buat kumpulan Churros Sado kerana melayakkan diri ke pusingan akhir bulan 12 nanti. Buat yang terbaik di final ! Kami support dari jauh.


Untuk pusingan penyingkiran nie, berikut adalah hadiah-hadiah yang yang ditawarkan
  • Tempat pertama : Voucher Street Churros sebanyak RM 300 + Hadiah daripadah Cornery + Sijil penghargaan
  • Tempat kedua : Voucher Street Churros sebanyak RM 150 + Hadiah daripada Cornery + Sijil penghargaan
  • Tempat ketiga : Voucher Street Churros sebanyak RM 60 + Hadiah daripada Cornery + Sijil penghargaan

Okaylah dapat tempat kedua. Dapat voucher churros sebanyak RM150. Tapi serious cakap, lepas habis je pertandingan nie, aku tak nak pandang dan bau langsung churros-churros nie. Serious rasa nak termuntah. Rasa nak cepat-cepat je beredar daripada situ. At that time, i said to myself "I had enough churros and no churros for the rest of the year".

Also me, next few days, beli churros lagi kat Street Churros. Lulz !


Anyway, nak ucapkan terima kasih buat penyokong-penyokong Diva Churros pada hari kejadian. Murni, Asyraff, Acap, Dboy, Achik dan Kak Ana. Terima kasih datang dan memberikan sokongan pada kami. Tak lupa juga yang mengucapkan good luck dan mendoakan kejayaan kami. Terima kasih sangat-sangat. Sayang korang semua ketat-ketat, sendat-sendat dan melekat-lekat.

23 comments:

  1. Yeahhh... Diva Churros memang terbaeeekkk.. Walaupun tak dapat datang menonton kerana kekangan, leya tetap menyokong kalian.

    ReplyDelete
  2. Wow! Got national contest like that a... interesting... Churros is very yummy! Can eat as much! Nice...Congrats on the winning!

    ReplyDelete
  3. Ya Allah zharif. Saya makan seketui je churros tu pun dah tak mampu nak telan dah lepas tu tau. Ni pulak kena makan banyak banyak gitu hahaha. Tapi salute la korang. No 2 pundah kira hebat tau

    ReplyDelete
  4. fuyoo..banyak gak korang makan churros dlm masa 10mn..tengok badan, masing2 berat ideal je..tp makan power..haha

    ReplyDelete
  5. Menarik nama Diva tu kan. Sikit lagi nak menang cuma beza satu churros je. Tak pe kita cuba lagi tahun depan mana tahu menang.HEHEHE

    ReplyDelete
  6. hahahha.weh serius nak muntah kalau makan byk2 dalam satu masa.tapi street churros ni memang sedap gila taw hehe

    ReplyDelete
  7. wow so many to eat, sure an experience cannot be forget. Long time no eat churros, shall visit their outlet soon.

    ReplyDelete
  8. Tahniah boleh makan churros sedap dengan banyak hehe. saya pun suka street churros ni. kalau lepak selalu jugak beli churros kat sini. kenyang, kadang2 simpan dalam bag bawa masuk panggung hehe

    ReplyDelete
  9. Tak dapat bayangkan makan churros banyak macam tu T^T

    ReplyDelete
  10. Yeszaaa memang churros ni sedap. tapi kalau dah kena telan banyak-banyak dalam masa 10 minit memang muak.. aritu pi Churros beli satu pun amik masa 2 jam nak abiskan sebab makan sambil buat keja.. haha

    ReplyDelete
  11. Wahhh tahniah guys!! Tempat kedua pun ada hadiah kan. Hebat korang ehh. Seronok sgt la tu, blk dr pertandingan, siap leh parodi dalam kereta lagi hahahha..

    ReplyDelete
  12. Tu la, ingat senang ke makan je..haha..nad makan churros yang sikit pun dh muak..ni makan banyak2..hehee..ok la dapat tempat kedua..lepas ni makan lagi..hahaa

    ReplyDelete
  13. Wahhh dapat tempat ke 2 pun dah kira terbaik sangat tu, beza 1 churros je pun, tahniah tahniah ya! Sis pun walau peminat Churros..tapi kalau makan terlampau banyak...memang serupalah..x nak pandang churros utk sehari..kihkihkih

    ReplyDelete
  14. Churros ni kalau di ikutkan senang je nak buat. bahan dia sangat simple, tepung gandum, air hangat dan garam. Lepas tu goreng je.

    ReplyDelete
  15. Fuhhh Tak pandai dengan badan halus.hahahaa tahniah semua Pemenang puas eh dapat makan churros banyak2

    ReplyDelete
  16. Walaupun dapat tempat kedus tetap menangkan. Tahniaj Zharif dan geng. Banyak jugak tuh 18 churros berjaya dimakan

    ReplyDelete
  17. Siap ada pertandingan makan curus ya. Hehe. Mama suka juga makan curus ni. luar rangup, bau kayu manis. sos coklat

    ReplyDelete
  18. Wakil makan curos dari negeri mana ni tuan, lama tak makan curos. Sedap juga makan time hujan ni

    ReplyDelete
  19. Lepas ni setahun tak makan churros dah korang agaknya, muak makan banyak2 haha. Churros ni makan sikit sedap la, makan banyak2 boleh tahan muak.

    ReplyDelete
  20. Terbukti Churros Sado tu mmg sado kan! Ahahaha takpelah ada juga rezeki dapat tempat kedua kan!

    ReplyDelete
  21. Memang suka makan churros tapi kalau sumbat banyak2 tak mampu. Kalau lelaki mesti boleh. Lia x leh join makan churos banyak2 ni boleh muntah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...