Saturday, September 29, 2018

Makan Makanan Minang Asli Di Natrabu Xpress Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku berkesempatan mencuba sendiri makanan asli orang minang di Putrajaya. Ya, Putrajaya. Korang tak salah baca dan aku tak salah taip. Sungguh korang boleh menikmati makanan asli minang di Putrajaya.


Hal ini kerana, Natrabu Xpress yang menyajikan makanan Minang telah melebarkan sayapnya ke Putrajaya. Ini merupakan cawangannya yang ketiga di Malaysia. Alangkah gembiranya masyarakat setempat yang duduk berhampiran kerana tidak perlu susah-susah pergi ke Indonesia mahupun Negeri Sembilan untuk merasai makanan asli orang Minang.


Orang Minang ialah salah satu suku bangsa yang cukup popular di Indonesia. Pada abad ke-14, ramai orang Minang tiba di Negeri Sembilan. Maka wujudlah petempatan orang Minang di Malaysia. Jadinya, makanan asli Minang boleh didapati di Indonesia dan juga di Negeri Sembilan. Secara umumnya, masakan Minang nie semuanya pedas-pedas. Biasa kita dengar orang kata, "Takleh kahwin dengan orang nogori sombilan kalau tak makan pedas"

Sampai begitu sekali jolokan makanan orang Minang yang diklasifikasikan oleh masyarakat. Persoalannya, betul ke masakan orang Minang nie semuanya pedas-pedas ?


Ya, menurut mereka. Benar masakan orang minang kebanyakkannya pedas-pedas. Lagi pedas lagi sedap dan terangkat. Sebagai seorang yang mencintai makanan pedas, ini adalah satu berita gembira. Hihi.

Tapi secara umumnya, kepedasan makanan Minang di sini tidaklah pedas seperti yang disangka. Hal ini kerana rasa itu perlu disesuaikan dengan masyarakat sekeliling yang mana mungkin tidak makan makanan pedas. Oleh itu, rasa pedas itu boleh dikawal dan diubah mengikut citarasa masing-masing.


Mari aku sajikan sajian-sajian enak yang telah diberikan pada kami untuk dicuba ketika di Majlis Pelancaran tempoh hari. Melihat gambarnya aja udah mahu ngences ya. Eh tumben, bahasa Indonesia nya kok keluar 😅


Nasi Putih beserta keropok & bawang goreng : RM 3.00

Ayam Gulai : RM 25.00

Untuk lauk-pauk yang disajikan, aku sangat berpuas hati dengan rasa dan saiz hidangannya. Harganya juga masih ditahap mampu ditelan oleh masyarakat. Cukup sedap dan mengenyangkan. Aku agak sedikit terkejut ya bila merasai Daging Dendeng Belado di sini. Kerana teksturnya sangat rangup dan rapuh di mulut. Ibarat seperti makan keropok. Hirisan daging yang cukup halus yang digoreng sebelum digaulkan bersama sambal berlada. Sangat disarankan untuk dicuba !

Ayam Goreng Rempah : RM 23.00

Dendeng Balado Cabe Merah Kering : RM 8.00

Sambal Hijau di sini juga menarik perhatian aku. Aku agak tidak suka sambal terlampau pedas dan kepedasannya itu membuatkan aku berhenti makan. Tapi Sambal Hijau di Natrabu Xpress ini, sangat best. Pedas pon pedas tapi masih nak makan lagi. Malu nak mengaku tapi satu mangkuk tu aku yang habiskan sorang 🙈

Bergedil : RM 3.00
Sambal Hijau : RM 4.00

Gulai Sayur Daun Singkong : RM 6.00

Singkong merupakan sayur kangkung dalam bahasa Indonesia. Aku pasti, bila dengar perkataan singkong saja, pasti teringat akan sebuah lagu yang cukup popular itu, "Aku suka singkong, kau suka keju". Hahahaha

Sambal Udang Kentang Petai : RM 15.00

Bagi aku, winning dish yang aku rasa di Natrabu Xpress ini ialah Sambal Udang Kentang Petai. Sangat terbaik ! Sedap sangat rasa dia. Sebagai seorang yang amat mencintai hidangan udang, tolonglah bagi dua atau tiga mangkuk untuk hidangan ini. Sebab satu mangkuk sangat tidak cukup buat diriku. Hahahaha


Secara umumnya, aku sangat berpuas hati dengan hidangan yang disajikan di sini. Sangat sesuai untuk dimakan ketika waktu makan tengahari mahupun waktu makan malam. Jom pakat ramai-ramai datang ke cawangan terbaru Natrabu Xpress yang terletak di Putrajaya.

NATRABU XPRESS PUTRAJAYA
G, 66, 12012, Nadi 15, Jalan Perak P15, Presint 15, 62000 WP Putrajaya, Malaysia 
Waktu beroperasi : 12PM – 10PM


Atau anda juga boleh ke cawangan-cawangan Natrabu berhampiran dengan tempat tinggal anda,

NATRABU XPRESS ECOSKY 
Lot G-15, 188, Jalan Kuching, Taman Tasik Indah, 51200 Kuala Lumpur 
Waktu beroperasi : 11AM – 10PM 

NATRABU FINE DINING
182, Jalan Maarof, 5900 Bangsar, Kuala Lumpur
Waktu beroperasi : 11AM – 10PM (Tutup sebentar 3PM – 5PM)

Sebarang Tempahan :
016-654 2401 (Whatsapp), 010-378 1343 (Putrajaya), 03-2201 4498 (Bangsar), 03-6242 2420 (EcoSky)



Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan selamat di atas pembukaan cawangan terbarunya di Putrajaya. Perniagaan yang asalnya hanyalah sebuah travel agensi kini berkembang menjadi sebuah perniagaan restoran.

Menurut anaknya, Natrabu merupakan singkatan kepada National Travel Bureau. Mereka merupakan satu agensi yang menyediakan tiket-tiket pengangkutan perjalanan. Melihat ramai orang menunggu untuk mendapatkan tiket perjalanan, lantas tercetusnya idea untuk membuat mini restoran menghidangkan makanan buat mereka yang sedang menunggu. Kiranya, sambil menunggu sambil makan.


Nahh, ideanya itu sangat bijak dan lihatlah, kini Natrabu sudah mempunyai 8 buah restoran di Indonesia dan Malaysia. 5 di Indonesia dan 3 di Malaysia. Menurutnya lagi, mereka akan membuka lebih banyak cawangan lagi di masa akan datang. Wahhh, semoga terus sukses ya !

21 comments:

  1. Dekat gila dengan rumah Rawlins. Makanya, next boleh la Rawlins ajak kengkawan try. Yang nasi dia memang nampak lazat dan sayur lemak tu kegemaran!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pon salah sorang dari kengkawan kan, so jangan lupa ajak akak sekali tau

      Delete
  2. lots to eat and try there. Shall put on need to go list as I am hungry and this weekend looking place to dine. Maybe can go there to dine with family!

    ReplyDelete
  3. Hari tu kita tengok cikgu makan tak ingat dunia hehehe tak pandang kiri kanan dah kalau nampak makanan walaupun kita depan mata hehehe. Tapi makanan sini semua sedapkan memenuhi selera kita cuma mereka kurangkan pedas sikit betul tu...

    ReplyDelete
  4. Wah menarik yer , dekat putrajaya pun ada restoren ni. Terliur tengok semua menu2. Pandai zharif amik gambar, cantik! Udang sambal tu nampak menarik sgt. Nk try la dtg makan kt sini.

    ReplyDelete
  5. Suka juga makan masakan minang.heee. Pedas tak masakan dari Natrabu ni? Dendeng balado tu nampak mcm menyelerakan. Alamak tiba2 rasa lapar pula. Thanks share ni Zharif. Nak kene try ni bawak family.

    ReplyDelete
  6. Wow makanan Minang! Teringat masa pergi Bandung beberapa tahun lepas. Menangis jugak la masa makan sambal Minang dekat situ. Woohoo! Sekarang boleh merasa makan makanan Minang area Putrajaya. Harga pun not bad. InshaaAllah nanti SR try food hunting kat sini pulak. Meh follow blog SR okay!

    www.syazaredzuu.com

    Salam kenal!

    ReplyDelete
  7. Yes, ni makanan harian akak, al maklumlah keturunan minang.. arwah nenek berhijrah dari Minang ke Singapura. Arwah meniaga Nasi Padang kat Geylang Serai, kedai nya di tepi tangga jejantas, orang lama tau lah tempat makan tu.
    Sometime I think, I should carry on the legacy of Kedai Nasi Padang ni kan. Anyway I should try this new Minang restaurant.
    Thanks for sharing Zharif
    Macam Mana Nak Dapat Duit Dari Blog Tanpa Perlu Menjual

    ReplyDelete
  8. baru lepas makan nasi lemak.tak pernah cuba masakan minang ni.boleh cuba la lepas ni zarif.nampak menyelerakan semuanya.

    ReplyDelete
  9. wow! first time heard of restaurant minang here.. the food looks great and yummy! must be very nice... enjoy the food to the maximum!

    ReplyDelete
  10. Boleh kata ramai orang terima orang minang pandai masak. dan lauk pauk mereka sedap sedap. Kawan Ibu, dapat bibik orang sana, seronok sebab pandai betul masak

    ReplyDelete
  11. Bila pergi ke tempat yang menghidangkan menu buffet yang lazat ni, satu yang paling mama risaukan ialah berat badan mesti naik. Takutnyaaaa

    ReplyDelete
  12. ke semua hidangan di sini nampak sedap-sedap. pernah masakan masakan minang masa pergi bali satu masa dulu..memang sedap..ala..ni yang teringin nak makan masakan minang huhu

    ReplyDelete
  13. Bestnye masakan Minang ni kesukaan mak I. Dia kat KL sekarang boleh la bawak pegi try tempat ni. Dekat dengan rumah pulak tu. I first time makan masakan camni masa pergi Padang.

    ReplyDelete
  14. Makanan minang memang sedap..suka kalau pedas-pedas tu. Tahniah atas pembukaan restoran baru..Dekat kl ni kene terjah la gamaknya..hehe..Nampak sedap semuanya..

    ReplyDelete
  15. Memang sedap makanan dia. Rasa nak repeat lagi, kalau x dpt kesana nk cuba yg kat kl pulak. Masih teringat2 lagi gulai ayam n daging dendeng..sedap yg amat

    ReplyDelete
  16. Sekali sekala pekena nasi minang ni best jugak. Dulu pernah pergi ke Padang, Indonesia dan dapat rasa masakan minang ni. La ni senang la, kalau nak makan boleh pi Putrajaya je. Diorang masih jual tiket ke kat Putrajaya tu?? or just restoran je??

    ReplyDelete
  17. Wahhh sedapnye tengok menu2 tu. Yess makann pedas pun kegemaran saya. Mesti puas hati kalau datang makan kat sini

    ReplyDelete
  18. Nice review, I'll love to pay this place a visit, I've never tried makanan minang and they look really delicious, I ajak ajak kawan kawan to try it out.

    ReplyDelete
  19. Eh, bagusjnya deorang buka restoran di Putrajaya. Kat situ dahla susah nak jumpa makanan rare. Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  20. Memang terbaik! I love all their dishes and sambal also. I will definitely go back again maybe the outlet in Bangsar is nearer to my place.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...