Friday, September 14, 2018

Menjelajah Klang Bandar DiRaja Bersama Tourism Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebagai seorang yang lahir, membesar dan tinggal di Selangor, sudah pastinya aku sangat bangga menjadi warga selangor. Tapi sayang, pada usia yang sudah menjangkau 25 tahun, tahun ini, ada lagi beberapa tempat yang aku tak pergi dan cakna lagi. Jadi, baru-baru ini aku berkesempatan mengikuti fam trip yang dianjurkan oleh Tourism Selangor dengan kerjasama KTM Holidays untuk jelajah Klang Bandar Di Raja.


Perjalanan kami bermula di KL Sentral dengan menaiki KTM menuju ke stesen Klang. Ramai yang tidak tahu, sebenarnya, KTM ini bukan sahaja pengangkutan utama dari satu tempat ke satu tempat sahaja. Malah, menurut KTM Holidays, kita juga boleh mengadakan pelbagai acara dan majlis di dalam keretapi bergerak ini. Nak adakan majlis harijadi ke, hari keluarga ke, bahkan nak melangsungkan perkahwinan dalam keretapi pon boleh. Hanya perlu menghubungi pihak KTM Holidays dan berbincang mengenainya, insyaAllah mereka cuba untuk tunaikan.


Bandar Klang terletak kira-kira 30km dari bandaraya Kuala Lumpur. Sebuah bandar yang eprnah menjadi ibu negeri Selangor suatu ketika dahulu, kini menjadi destinasi pelancongan terpenting di Selangor. Malah, terdapat banyak sejarah mengenai penubuhan bandar diraja ini. Ia merupakan sebuah bandar diraja kerana keluarga diraja Selangor menetap di Klang. Oleh itu Royal Klang Town Heritage Walk dipelihara sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor melalui Tourism Selangor dan Majlis Perbandaran Klang.


Dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad setiap minggu dan pemandu pelancong professional juga disediakan secara PERCUMA untuk semua pengunjung yang berhasrat ingin mengetahui kisah dan sejarah kesultanan negeri Selangor. Penggemar sejarah pasti suka untuk mengikuti penjelajahan ini. Penjelajahan yang mengambil masa sekitar 2-3 jam ini akan sarat dengan info-info mengenai asal-usul, salasilah dan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di sini. Mari ikuti tempat-tempat yang kami sempat pergi pada hari kejadian.

1. Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz


Galeri ini menempatkan pelbagai koleksi peribadi keluarga Diraja Selangor, salasilah keluarga dan juga cerita-cerita mengenai keluarga baginda Sultan. Aku sangat tertarik dengan cerita-cerita atau peristiwa-peristiwa yang diberitahu oleh pemandu pelancong kami mengenai keluarga Diraja ini.


Amat menarik sekali kisah mengenai Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Baru aku tahu sepanjang hayat Almarhum telah mengahwini 5 orang isteri. Almarhum juga memerintah negeri Selangor selama 41 tahun dan mangkat pada tahun kedua Almarhum menyandang sebagai Yang Di Pertuan Agong Malaysia iaitu pada tahun 2001. Isteri terakhirnya ialah Permaisuri Siti Aishah. Banyak lagi kisah menarik sejarah kesultanan negeri Selangor ini. Aku pasti korang akan berasa kagum.

2. Bangunan Peninggalan Chartered Bank


Dulu bangunan nie merupakan sebuah bank namun kini ia merupakan sebuah gedung saree yang sangat besar dan menjual pelbagai jenis saree dan barangan daripada negara India. Kepada mereka yang hendak mencari saree yang cantik-cantik, boleh datang sini. Mereka akan bantu pelanggan mencari saree yang sesuai dengan warna kulit mereka.

3. Royal Club Selangor


Kelab Diraja Selangor ini ditubuhkan pada tahun 1901. Kelab ini merupakan kelab rekreasi dan kelab bersosial untuk sosialit Eropah dan British. Namun setelah negara mencapai kemerdekaan, warganegara Malaysia boleh turut serta menjadi ahli kelab ini. Menariknya senireka dalaman kelab ini berkonsepkan sebuah kapal dagang lama. Ia dapat dilihat di bar dan juga restoran yang terdapat di dalam kelab ini.


4. Istana Alam Shah

Istana Alam Shah merupakan tempat di mana keluarga Diraja Negeri Selangor bersemayam. Di sinilah singgahsana Sultan Selangor dan ahli keluarganya. Istana ini tidak boleh dimasuki sembarangan. Hanya orang tertentu dengan prosedur tertentu sahaja boleh memasuki ke perkarangan Istana Alam Shah.


Cerita menarik yang diberitahu oleh pemandu pelancong kami ketika di sini ialah Sultan boleh mengampunkan satu banduan yang berada dalam stage terakhir sebelum di tali gantung. Mereka hanya memiliki peluang sekali sahaja. Sekiranya Sultan tidak mengampunkan, maka banduan terbabit tidak boleh membuat rayuan lagi dan akan terus ke tali gantung. Menarik fakta ini pada pengamatan aku.

5. Tengku Kelana Street (Little India)


Tengku Kelana Street nie ibarat little India di Malaysia. Sepanjang jalan ini, semua bentuk perniagaan dijalankan oleh kaum India. Memang meriah sangat dengan muziknya yang seolah-olah memanggil kita untuk turut sama menari ala-ala dalam filem Bollywood. Terus fefeeling macam Rani Mukherje kat situ.

6. Masjid India Muslim Tengku Klana


Masjid ini dibina bersempena masyarakat India Muslim yang bertempat di sini. Pada awalnya, masjid ini hanyalah sebuah bangunan kayu sahaja. Setelah melalui 4 peringkat pengubahsuaian, maka terhasillah masjid yang indah di tengah-tengah "Little India" di Klang ini. Dahulunya nama masjid nie ialah Masjid India Selatan Klang, tapi sudah ditukar kepada Masjid India Muslim Tengku Kelana Klang.

7. Balai Bomba Klang

Balai Bomba Dan Penyelamat Kota Raja ini dibina ketika zaman penjajahan British di negara kita. Ia bertujuan untuk mengawal kebakaran sekiranya berlakunya kebakaran yang tidak diduga. Apa yang menariknya ialah, senireka bangunan ini bercirikan gaya Victorian dan struktur bangunan ini sentiasa dibaikpulih dan dijaga bagi mengekalkan nilai estetikanya.


Juga terdapat galeri yang menempatkan pelbagai koleksi dan cerita disebalik penubuhan balai bomba ini. Pengunjung boleh masuk ke sini tanpa dikenakan apa-apa bayaran.


--------------------------------------------------------

Sebenarnya terdapat 11 lokasi untuk sesi penjelajahan Royal Klang Town Heritage Walk nie. Tapi aku hanya nyatakan 7 lokasi sahaja. Lagi 4 lokasi ialah Church of Our Lady of Lourdes, Klang Convent School, Sri Nagara Thendayuthapani Temple dan juga Gedung Raja Abdullah. Jadi, korang boleh teroka sendiri semasa sesi penjelajahan nanti ya.

Kalau korang berkelapangan dan ingin mengetahui sejarah disebalik keindahan Klang Bandar DiRaja nie, bolehlah datang ke sini pada hari Sabtu dan Ahad untuk sesi penjelajahan. Boleh daftar di Galeri Sultan Abdul Aziz bermula seawal 8.30 pagi. Pemandu pelancong akan turut disediakan. Penjelajahan ini adalah PERCUMA.


Sebaik sahaja tamat sesi penjelajahan, kami semua dijamu dengan makanan tradisi yang sangat sinonim dengan masyarakat Selangor iaitu Nasi Ambeng. Selalu aku jumpa Nasi Ambeng nie time kenduri-kendara, time doa selamat dan juga tahlil. Ia berkonsepkan makanan di dalam talam sebenarnya. Seekor ayam dilonggokkan di atas timbunan nasi, ikan kering (orang jawa panggil gereh), serunding, mee goreng dan macam-macam lagi.

Enak dimakan beramai-ramai. Memang meriah !


Tak lupa juga pencuci mulut yang maha enak ini iaitu bahulu kemboja dan wadai kepeng. Memang sedap sangat terutama sekali Wadai Kepeng tu. kedua-duanya rasa manis cumanya bahulu kemboja tu terlebih extra manisnya.


Not even the sun can stop me from exploring Klang Bandar DiRaja.
Jom kenali bandar Klang !

Satu pengalaman yang berharga dapat mengenali dan meneroka bandar Klang. Banyak benda aku pelajari sepanjang penjelajahan selama 3 jam ini. Sangat berterima kasih pada pemandu pelancong kami, Julie, kerana banyak memberikan kami informasi-informasi mengenai setiap tempat di sepanjang Royal Klang Town Heritage Walk nie.


Website Tourism Selangor : http://www.tourismselangor.my/
Website KTM Holidays : http://www.ktmb.com.my/Escape.html

21 comments:

  1. Rawlins dah melawat galeri dan Istana tu - siap dapat bersantap dengan keluarga diraja masa tu. Hehe. Yang lain tak explore lagi. Bila agaknya nak pergi ek?

    ReplyDelete
  2. Sangat menarik... LeYa yang dah lama stay Selangor ni pun, tak pernah pergi lagi tempat2 ni...

    ReplyDelete
  3. Haven't been to Klang for ages so it's kinda nice to see some familiar places. Also, since when gerabak KTM looks this nice?! Rasa macam katak bawah tempurung pula T^T

    ReplyDelete
  4. Klang memang banyak jugak tempat tempat best nak pergi. Tapi even dah lama duduk dekat shah alam ni, sekangkang kera je dengan Klang, still tak ada masa nak pergi ke sana. Huhuhuh

    ReplyDelete
  5. Hehe akak yang tinggal kat klang ni 10 tahun pun lom lepas banyak tempat hahaha..menarik sebenarnya nak teroka bandar bandar lama cam bandar klang ni

    ReplyDelete
  6. Kiteorg pernah join trail ni Dua taun lepas time tu siap main explorace lagi. Memang gempak. Benda cmni patut diadakan selalu supaya young generations more alert

    ReplyDelete
  7. A nice place to explore. Will bring my children to all your recommended locations to learn something new.

    ReplyDelete
  8. Ibu ni hari hari lalu klang. Dah tinggal klang. Tak teringin pulak nak singgah semua tempat ni. Haha. Orang kampung sendiri dah lali dengan semua tempat ni

    ReplyDelete
  9. Mama yang sejak lahir duduk klang ni pun tak pernah lagi banyak tempat ni. Haha. Entah kenapa rasa tak teringin nak pergi

    ReplyDelete
  10. Suami amni orang klang hahaha.tapi tanya dia tang mana istana dia cakap tak tahu hahaha.nak ketuk kepala dia satgi.

    ReplyDelete
  11. Pastinya rasa lebih bangga bila dapat explore negeri kelahiran sendirikan. Banyak rupanya tempat menarik di Klang, dan mungkin ada yang tak tahu ada lipatan sejarah di Klang macam Masjid kat little india dan balai bomba kota raja.

    ReplyDelete
  12. Tempat India tu dulu selalu lalu..ehhee..memang klang ni sebanrnya banyak tempat..kampung nad ni..hehee..ada banyak juga yang tak pergi ni..hehe

    ReplyDelete
  13. Tak pernah berkunjung kat klang lama-lama. Lalu adalah. Nampaknya banyak tempat yang boleh diterokai kan? :D

    ReplyDelete
  14. Byknya tempat utk dilawat dkt Klang.. kak liez peegi Klang xpernah nak singgah mn2 sbb fikir nothing special di Klang. Nnt boleh la pergi semua tempat ni bila ke sana nnt

    ReplyDelete
  15. wah. lama sudah tak jejak Klang, zharif.
    dulu kakak dok sana. agak lama la. dari aida SPM hingga la aida da abis belajar Uni.
    di andalas. tmn sentosa. biasa sgt naik komuter / bas ke sana. rinduuuuu plak eh....
    tapi tak byk benda selain dari tu aida explore. byk rupanya ekk.

    ReplyDelete
  16. tak terfikir pulak anda tempat best macam ni di klang. ingatkan ada shopping mall dengan port klang je. hehe. berbaloi kalau dapat singgah nanti

    ReplyDelete
  17. Selalu kalau i pg Klang pun pg visit relatives kt sana. tk pernah nk explore tmpt kat sana. mcm mcm jugak ada eh. nnt i'll b sure to check it out. thanks for sharing!

    ReplyDelete
  18. Banyak juga tempat menarik Dan bersejarah di Klang ni .Kalau ada kesempatan nak juga jalan-jalan kat sana. Nak tahu sendiri tempat orang .

    ReplyDelete
  19. Amboi sampai ke Balai bomba cikgu pergi hehehe tapi tak pernah terfikir nak pergi Klang untuk bercuti heheheh tapi kat sini ok juga ada tempat tak tahu ada kat Klang ni...

    ReplyDelete
  20. Pernah juga berkesempatan menjelajah bumi klang. Memang sangat menarik sebab banyak sejarah dan bangunna lama. Hope one day tourism dapat naikkannlagi value Klang ni supaya ianya lebih terkenal untuk industri pelancongan ni.

    ReplyDelete
  21. Rajin orang muda zaman sekarang jalan jalan ya. Bagus untuk bina jati diri dan mengenal ilahi. Banyak tanda kebesaran Allah untuk mereka yang berfikir

    ReplyDelete