Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada 4 September yang lalu, aku telah menghadiri satu event pelancaran memperkenalkan ayam kampung organik daripada AQINA group. Ayam kampung organik ini terbukti mempunyai isi yang lebih padat, sihat dan mempunyai peratusan lemak yang lebih rendah berbanding ayam konvensional yang lain.
Kalau korang perhatikan, era kini masyarakat lebih peka dengan apa yang mereka makan. Contoh nutrisi sesuatu makanan tu, cara penyediaan dan di mana datangnya sesuatu produk tu. Oleh itu, ramai lah yang mengambil peluang ini untuk menyediakan produk makanan "organik" bagi memenuhi permintaan orang ramai.
Permintaan terhadap ayam kampung organik adalah tinggi dan sering menjadi pilihan oleh banyak keluarga kerana ia bebas daripada ancaman toksin hormon, malah menjadikan masakan lebih enak. Ramai yang tak suka makanan yang mengandungi racun, namun tahukah anda semua bahawa ayam yang diternak secara komersial sering menggunakan hormon, antibiotik dan macam-macam lagi "makanan tambahan" untuk ayam-ayam ini membesar dan matang.
Sedikit informasi mengenai AQINA Group. Ia ditubuhkan sejak tahun 1994 yang mengpelopori penternakan ayam sekitar Malaysia dan Singapura. Ia merupakan pengeluar utama ayam organik di Malaysia dan diproses secara HALAL. Lokasi pemprosesannya yang terletak di Ulu Choh, Pekan Nenas Johor merupakan pusat sembelihan halal yang disahkan. Jadi tak perlu khuatir akan status halal berkenaan ayam ini. Dengan kapasiti 6000 ekor ayam sejam, AQINA Group yakin ia akan memenuhi permintaan setiap lapisan masyarakat.
Menurut salah satu wakil AQINA Farm, ayam kampung organik yang diternak di sana mengambil masa lebih lama untuk matang berbanding dengan ayam yang diternak secara komersial iaitu 81 hari untuk capai berat pasaran.
Dan ayam-ayam yang diternak di sana diberi makan nenas MD2, yang juga merupakan salah satu produk pertanian yang diusahakan oleh AQINA Group. Pemakanan yang sangat dijaga rapi oleh petani-petani AQINA menjadikan ayam kampung tadi lebih sihat, dan lembut untuk dimakan.
Tahniah buat AQINA Farm kerana telah mencipta sejarah apabila diiktiraf sebagai syarikat pertama dan satu-satunya di Malaysia yang menerima dua skim pensijilan iaitu Skim Pensijilan Organik Malaysia (myOrganic) dan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) oleh Jabatan Perkhidmatan Vaterinar (DVS).
ayam organik harusla lebih sihat =D
ReplyDeleteAyam kampung organik ni memang disukai ramai. Dan dapat memberipenjagaan kesihatan kepada semua dalam memilih pemakanan secara sihat.
ReplyDeleteTak sangka AM.. rupanya AM diberi makan nanas MD2.. tue rupanya nak hasilkan daging ayam yg organik dan padat.. terimakasih ya atas perkongsian!!
ReplyDeleteAym organik baik tuk kesihtan. Bgus ada yg keluarkan produk sebeginj
ReplyDeleteAyam organik pastu kat kampung pulak. Memang menyihatkan lah. Kalau masak akak prefer ayam kampung atau ayam organik sebab ayam bandar ni banyak cucuk je nak bagi gemuk.
ReplyDeleteayam kampung semestinya sedap sangat . nak pulak yang ayam kampung organik . memamg sesuai dengan citarasa rakyat malaysia
ReplyDeletehttps://besttipsforblog2u.blogspot.com/
Dulu arwah ayah ada bela ayam kampung. Memang orang suka cari ayam kampung. Bagus la dah ada yg menjual ayam kampung.
ReplyDeleteniceeeee id love to try this
ReplyDeleteAyam organik pun pilihan Lia dalam penyediaan makanan di rumah . Memang kita tahu ayam dijaga rapi dan bebas bahan toksin Yang bahayakan kesihatan .
ReplyDeleteAyam kampung memang berkhasiat satu lagi. Tidak di di suntik. Walaupun isi liat namun lebih bagus dari ayam biasa kan.
ReplyDeleteDah makin byk ayam organik dipasaran. Sekurang kurangya ada pilihan untuk yg xnak mkn ayam biasa ni.. kak liez beli ayam organik untuk anak2 mkn
ReplyDeleteada juga ya ayam kampung organik yang di pasarkan di pasaraya macam ni. ayam kampung memang lebih sihat sebab tak suntuk
ReplyDeleteEh ayam pun makan nenas eh? Baca ni baru emi tahu. Sebab selama ni tak pernH terfikir nak bagi ayam makan nenas pun, hehe
ReplyDeleteBaguslah dah Ada ayam organic yg halal Dan orang ramai tidak risau nk Beli Ayam Yang betul2 halal Dan tahniah buat Aqina group atas usaha uni.
ReplyDeleteAyu mmg suka mkm aym hampung, goreng pun sodap..tp x pasti aym kmpg organik ni cmne bezanya dgn aym kmpg ori
ReplyDeletebagusla kalau ada ayam organik mcm ni sebab lebih bersih. patut ada lebih banyak company yg jual ayam organik
ReplyDeleteRasanya semua ayam kampung memang jenis organik kan. Hehe. Ayam kampung kan bebas cari makan apa yang ada
ReplyDeleteTak sangka ayam kampung pun boleh di ternak secara komersil sekarang ni kan. Sebab dulu ayam ni hidup macam tu je.Rebab pun sempoi
ReplyDeleteZaman sekarang banyak sangat ayam suntik-suntik. Bila ada produk macam ni, saya pun nak sokong, Halal pula tu.
ReplyDeleteAyam organik memang bagus untuk kesihatan. Ramai yg tercari cari tapi tak tahu tempatnya di mana. Sekarang boleh war war kan.. bagitau kat mana ada.. cik en sendiri kerja di vet. Tau sgt kualiti ayam ni.
ReplyDeleteAyam kampung tiada dua rasa ayamnya. Semua orang suka sebab banyak gizi dan higienis sehingga sangat bagus untuk kesehatan.
ReplyDeleteHarga ayam organik ni macamana ? mesti lebih mahal dari ayam biasa kan? tak pernah lagi rasa ayam organik ni. memang baguslahkan untuk kesihatan
ReplyDeleteRasa macam first time tahu ayam pun ada ayam organik. Selama ni tahu sayur je yang organik.
ReplyDelete