Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru ini aku berkesempatan berkunjung ke salah sebuah kafe yang berkonsepkan makan di dalam taman. Nama kafe tersebut ialah H Garden Cafe. Senang sangat untuk menjumpai lokasi kafe nie, buka je Waze pasti jumpa.
Dahulunya, lokasi H Garden Cafe nie merupakan sebuah tapak kelab malam. Namun sekarang tidak lagi. Ia telah diubahsuai menjadi sebuah kafe yang berkonsepkan taman. Sangat sesuai untuk dijadikan lokasi candle light dinner, bahkan kalau nak jadikan lokasi perkahwinan pon boleh sebabnya ia bekerjasama dengan Wedding Studio Sdn Bhd.
Nama Wedding Studio Sdn Bhd sudah tidak asing lagi dalam menawarkan servis perkahwinan yang dijamin memberikan servis yang terbaik dan puas hati. Tak perlu gusar dan risau, syarikat ini telah beroperasi semenjak tahun 2009 lagi.
Bukan setakat di H Garden Cafe sahaja pasangan mempelai boleh pilih, malah terdapat banyak lagi lokasi-lokasi lain yang ditawarkan oleh Wedding Studio Sdn Bhd kerana mereka berkolaborasi dengan pelbagai lokasi. Jadi tinggal pilih sahaja lokasi idaman anda untuk menjadi lokasi penyatuan anda dan pasangan. Gitueee !
H Garden Cafe ini sangat sesuai dijadikan lokasi untuk majlis-majlis kerana ruang parkingnya yang banyak, terutama sekali pada belah malam. Parkir kereta banyak dan percuma. Jadi sesuailah untuk dijadikan lokasi sambut majlis harijadi ke, pelancaran produk ke, family gathering atau apa-apa majlis sekalipun.
Dekorasi kafe ini agak romantis ya. Hal ini kerana, lampu-lampu yang lip-lap lip-lap seperti tirai langsir, penataan cahaya yang agak malap dan hiasan daun-daun di dinding iabarat seperti berada di sebuah taman, pasti akan memberikan suasana romantis itu.
Dari segi hidangan makanan, H Garden Kafe menawarkan makanan-makanan pada harga yang sangat mampu milik. Purata harga makanan sekitar RM 12 hingga RM 20. Nampak macam sebuah kafe yang eksklusif tapi harga makanan masih lagi pada harga mampu bayar tanpa rasa ingin menangis. Hahahaha.
Dan kalau bercadang nak buat majlis perkahwinan di sini, boleh ambil terus pakej yang ditawarkan oleh Wedding Studio Sdn Bhd. Terdapat pelbagai menu yang ditawarkan. Tinggal pilih je mana yang berkenan dengan hati dan isi wallet.
Semasa aku ke preview pakej perkahwinan di H Garden Cafe tempoh hari, kami disajikan dengan makanan ala-ala kampung. Bukan masakan kampung je ada, korang juga boleh pilih kalau nak disajikan menu barat. Kot-kot lah time kahwin nanti tak nak makan sambal belacan, ye dakk ? Jadi, tak perlu risau, soal pilihan jenis makanan memang banyak.
Nak kambing golek pon boleh dikk |
Pakej perkahwinan serendah RM21K (All-inclusive) untuk 500 orang tetamu. Pakej ini termasuk :
- 25 meja, 250 kerusi
- 4 Dome VIP
- Baju sanding lelaki & perempuan
- Makeup
- PA System
- Persembahan kompang
- Tema pelamin
- Jurugambar + juruvideo (CD)
- Kek 3 tingkat
- 10 orang penanggar
- Bilik hotel untuk bermalam
- Boleh tambah khemah
Menarik kan pakej yang ditawarkan ? Kalau korang buat tempahan sebelum 31 Oktober 2018, korang akan dapat dua ekor kambing golek percuma atau 2 piece live band performance. Untuk tempahan atau maklumat lanjut mengenai pakej perkahwinan ini, korang boleh rujuk butiran berikut :
WEDDING STUDIO SDN BHD
Lot HG88A, Ground Floor, Plaza Jelutong, Persiaran Gerbang Utama,
Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam
Tel : 012-4292806 / 012-4978827 / 012-2844827
Waktu operasi : Selasa hingga Ahad (12 PM - 9 PM)
Manakala, kalau korang just nak datang untuk emncuba menu-menu di H Garden Cafe nie, bolehlah lakukan sedemikian. Butiran mengenai H Garden Cafe rujuk di bawah nie :
H GARDEN CAFE
Lot 682, Esperance Lifestyle Building, Off, Jalan Metro Pudu,
Fraser Business Park, 55200 Kuala Lumpur
Waktu operasi : Dibuka setiap hari kecuali hari Ahad (10 AM - 10 PM)
Menarik konsep cafe ni. Cantik dan betul-betul romantis. Best jugak ni suprise kan husband birthday die bulan 11 ni..hehehe..
ReplyDeleteLepas ni pasangan pengantin tak payah fikir panjang nak cari lokasi perkahwinan & pakej buffet. Terus datang H garden semua dah ada ,pakej lengkap .
ReplyDeletehai . wow . bestnya tempat yang awak pergi ni . makanan pun sedap2 dan best . hehe . nanti boleh recommend kat kawan2
ReplyDeletecafe berkonsepkn dlm taman menarik tu...harga pn kira average la tu...ada juga bole buat utk sebarang event tu bgs juga...tq share info ni
ReplyDeleteMenarik juga tempatnya cuma lokasi yang agak jauh dari rumah ajer. Kalau waktu cuti boleh la bertandang ke sini.
ReplyDeleteKalau in real life memang cantik kalau tempat wedding romantik lampu lip plap macam ni. Tapi kesian dekat photographer nak kena cari angle cantik untuk dapatkan gambar yang betul betul menonjol dan cantik
ReplyDeleteSenang kan semua ada bwh 1 bumbung, sedara mara pun bleh dtg cuci kki, cuxi tangan. Cuma pengantin kena keluar modal la...but ok what drp nk fkr byk hal kan
ReplyDeleteLepas ni kalau ada pengantin nak buat konsep dalam taman dah ada cafe yang sesuai untuk majlis. Tak payah pening fikir pasal lain sebab pakej semua lengkap
ReplyDeletecantik juga dekorasi dia makanan pun nampak best dan sedap. senang la pasangan bakal kahwin nanti semua pakej dah siap
ReplyDeleteMenarik ye makanan dan tatahias dalamannya. Sekarang dah makin banyak dah lokasi perkahwinan sebegini - memudahkan bakal pengantin untuk membuat pilihan.
ReplyDeletethe cafe look so grand. I like the food look so delicious wish to go there one day ah
ReplyDeleteCafe konsep dalam taman? Wowww bolehlah cuba makan kat sini. Nampak macam sedap je. Nak buat kenduri kahwin lokasinya memang sesuai sangat buat kerja kahwin ni. Siap ada pakej lagi. Rasanya tempat lain takde lagi buat macam ni
ReplyDeletemacam best je zarif.lepas ni boleh usha sini pulak.boleh rekemen dekat client2 makeup kitorang hehehe
ReplyDeleteMenarik cafe ni..tempat cantik, makanan nampak sedap dan harga pun mampu milik..kena war-warkan kepada bakal pengantin ni
ReplyDeleteBest makanan kat sini kan. Kalau nak buat
ReplyDeleteMajlis mmg sesuai sabgat. Konsep dekorasi dia pun sangat cantek
Ala cikgu beersanding seorang ker mana pasangan hehehehe tapi tempat ni menarik untuk perkahwinan terbuka dan juga diterangi cahaya bulan dan bintang sangat sesuai best lah tu makanan semua sedap-sedap..
ReplyDeleteWow! I love the interior design and the outlook super cun! Can also do parties here not bad! Thanks for sharing this hidden gem
ReplyDeleteMakanan di kelilingi pokok dan haiwan dengan kehijauan yang mendamaikan. Ibu memang suka sangat suasana macam ni
ReplyDeleteKonsep restoran macam ni dah lama di luar negara, malaysia pun dah ikut sama sekarang ni. Mana yang elok kita ikut
ReplyDeleteLove their concept wish I knew about this earlier would have plan my wedding here price also very affordable.
ReplyDelete