Saturday, September 22, 2018

Cukup Lengkap & Berpatutan Pakej Sanding Wedding Studio di Summit Hotel USJ

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku menghadiri satu lagi majlis pratonton perkahwinan Wedding Studio Sdn Bhd di Summit Hotel USJ. Ya, kali ini Wedding Studio bekerjasama dengan Summit Hotel USJ pula sebagai salah sebuah lokasi majlis perkahwinan untuk pelanggan-pelanggannya yang mengambil pakej perkahwinan daripada mereka.


Seperti yang korang sudah sedia maklum, Wedding Studio menyediakan pakej-pakej perkahwinan yang sangat berpatutan. Pakej yang disediakan oleh Wedding Studio sangat lengkap. Dan sekarang, aku nak cerita pakej perkahwinan di Summit Hotel USJ, bersama Wedding Studio.

Dewan bersanding di Summit Hotel USJ ini mampu memuatkan lebih dari 1000 orang dalam satu masa. Dekorasinya yang cantik, penataan cahaya yang mempesonakan, ruangnya yang luas, berpenghawa dingin, pasti memberikan keselesaan buat tetamu yang akan datang ke majlis perkahwinan anda.


Pakej yang disediakan oleh Wedding Studio ini termasuklah :

PAKEJ TERMASUK
Sewaan Dewan Ballroom, 80 meja tetamu, 800 kerusi banquet bersarung riben, 4 dome VIP, Pelamin moden, 1 pasang baju untuk pengantin lelaki dan pengantin perempuan, PA System, Emcee, Kompang, Meja beradab, RAW Photography + CD dan RAW Videography + CD, 1 projector + screen, Holding room, 3 VIP parking, Bilik Suite Summit Hotel (Bermalam)

MENU YANG DISAJIKAN
Nasi beriani dan nasi putih, Ayam berlada, Daging rempah, Dalca sayur, Acar timun, Papadom, Buah tembikai dan buah oren, Air sunquick oren + air mineral + teh tarik, Kuih karipap dan kuih seri muka (150 biji setiap kuih), Kek pengantin 3 tingkat

Menu tambahan untuk meja pengantin :
Udang panjat dan Ikan siakap masak masam manis


Menarik bukan ? Dan harga untuk pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut

500pax : RM 28 000
1000pax : RM 33 000

Setiap pakej yang ditawarkan oleh Wedding Studio, pakej tersebut termasuklah pakaian pengantin kedua-dua mempelai. Oleh itu, malam tersebut juga, Wedding Studio memperagakan sekali pakaian-pakaian pengantin yang ditawarkan.


Dah kenapa semua model lelaki tutup mata nie. Lulz

Pasangan boleh memilih untuk menggayakan pakaian pengantin tradisional ataupun pakaian pengantin moden. Kedua-dua jenis busana ini disediakan oleh pihak Wedding Studio Sdn Bhd. Jadi pasangan mempelai boleh emmilih baju pengantin mengikut tema dan citarasa masing-masing.


Memang menarik sekali pakaian-pakaian pengantin yang diperagakan. Kesemuanya bercirikan terkini dan moden. Perincian setiap baju pengantin sangat cantik dan yang pasti, akan nampak cantik dipakai oleh kedua-dua mempelai. Pilihan warna juga sangat pelbagai. Jadi tak perlu risau. Boleh pilih warna apa yang kalian mahukan.


Malam pratonton dewan dan sajian tersebut juga diserikan dengan kedatangan dua penyanyi jemputan yang menghiburkan kami pada malam tersebut dengan dua buah lagu mereka yang popular. Persembahan pembukaan oleh Ara Johari. Siapa yang tak kenal Ara, penyanyi yang mempunyai suara husky yang sangat lunak.


Persembahan pertama


Persembahan kedua


Memang mantap sungguh suara Ara. Terpukau aku dibuatnya. Seterusnya, kami dihiburkan oleh Hael Hussaini. Siapa yang tak kenal penyanyi yang bernama Hael ini. Selepas memenangi Anugerah Juara Lagu tahun lalu, namanya kian melonjak naik. Beliau sempat menyumbangkan dua buah lagunya yang cukup popular.


Persembahan pertama


Persembahan kedua



Memang cukup terhibur kami pada malam tersebut. Jadi korang semua, apa tunggu lagi. Pada mereka yang rancang nak kahwin tahun nie atau tahun depan tu, cepat-cepat tempah dengan Wedding Studio Sdn Bhd. Pasti tidak mengecewakan. Hubungi di talian berikut :

Adam : 012 - 4292806
Habibah : 012 - 4978827
Amirah : 017 - 2377449


18 comments:

  1. Ruginya tak join hari tu, kalau tak leh tengok persembahan Heal Hussaini, memang suka dengar lagu2 dia. Event pun meriah and gilang gemilang sungguh.Bertuah betul pasangan pengantin kalau ambik pakej dengan wedding studio ni, cecantik betul baju dan deco yg di buat.

    ReplyDelete
  2. first akak suka sebab dewan dia bersih dan parking da punbanyak kat bawah. dan paling best harga pakej yang ditawarkan sangat berpatutan. Untuk zaman sekarang nak bebrbelanja apa kenalah bijak.

    ReplyDelete
  3. Wahhh..menarik sangat ni. Bagi yang merancang perkahwinan boleh la tengok-tengok pakej yg disediakan di sini kan? Memang menarik..hehe tak lama dah nak masuk musim kenduri..memang wajib rikki sini

    ReplyDelete
  4. seronoknya dapat jumpa hael dengan ara. airah memang suka design baju pengantin dia nampak cantik rasa nak je sanding lagi sekali haha

    ReplyDelete
  5. wow nice place to have wedding ceremony. Shall let my friend know she just had her wedding photoshoot now looking for wedding package.

    ReplyDelete
  6. Boleh tahan besar dewan dia. Dekorasi pun cantik. Harga dia bagi saya dah mampu milik sangat tu. Nasib baik dah kawen hahahaha.

    ReplyDelete
  7. Nak kahwin senang ambil pakej saja sebab semua dah termasuk. Tak perlu banyak cuti berkejar ke sana sini dan berurusan dengan banyak pihak. Senang

    ReplyDelete
  8. Senang nak pergi sini kan sebab sebelah tu highway kesas. tak payah nak pening cari jalan. Lokasi strategik, pakej pun berpatutan

    ReplyDelete
  9. Dah macam artis dah tengok cikgu ni hehehehe makin glamor dengan dunia seni ni hehehe kita tak sabar nak pergi wedding cikgu jer mesti gempak dan meriah kat hotel dan ada artis buat persembahan bestnya...

    ReplyDelete
  10. This is great for those who are planning for a grand wedding, the venue looks really classy and price is also resonable.

    ReplyDelete
  11. dua penyanyi kegemaran aida tu. ara & hael.
    dua ni suara nyer mantop sgt.
    bagus gini. para pengantin & parents pengantin ada choice yg menarik.
    all in one place. tempat pun sgt cantik & ekslusif, zharif.
    especially pelamin nyer tu. sgt terkini. mesti pilih ni. bajet pun ok ok tu. affordable utk raja sehari.
    tapi tu la, aida ni niat di hati, kiranya anak2 dpt jodoh yg sesuai, memang nak buat kat rumah.
    nak tukar rumah luar dan dlm jadi cantik dgn deko yg bersesuaian.
    perancangan ajer tu :)

    ReplyDelete
  12. Syoknyerrr dapat jumpa hael husaini..jeles akk dik. Baguslah nti dah zharif dah tau nak pilih pakej perkahwinn. X payah pening2 sediakan duit jerkk

    ReplyDelete
  13. Dewan dia spacious kan...senang la bakal2 pengantin nak setting mcm mana kan...tpi lagi senang amik ja pakej2 ikut bajet sdri kan..zaman sekarang orang nk mudah...cepat n praktikal ja

    ReplyDelete
  14. Amboih.. bergambar sebelah Hael Husaini nampak..heee.. TB suka tengok susunatur dan dekorasi dewan ni.. nampak tersusun dan bersih je.. nampak lyas dan buat orang tertarik tengok..

    ReplyDelete
  15. Besar dan cantik tempatnya..memang nampak selesa..dekorasi pun wah sangat..boleh sesiapa nak buat majlis dekat sini kan..senang..harga pun not bad

    ReplyDelete
  16. Tengok gambar pun dah terpegun cantiknya . Memang patut recommended dekat kawan-kawan yang bakal langsungkan perkahwinan untuk abadikan kenangan mereka kat sini.

    ReplyDelete
  17. Wah! cantik nyer the wedding decor. Everything is so luxury and you get to take photo with Hael.

    ReplyDelete
  18. Cantiknya semua baju2 dia.Rasa nak bersanding sekali lg.hehehe.Tapi pakej wedding studio ni semua affordable dengan servis kan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...