Tuesday, October 24, 2023

Queendom Fest - Festival Muzik Wanita Pertama di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Penyanyi rap wanita terkenal dan pendukung hip-hop Malaysia, Zamaera nekad untuk mencipta sejarah dengan muncul dengan jenama “Queendom Fest” iaitu merupakan sebuah festival muzik wanita yang pertama dipersembahkan buat khalayak. Berlandaskan matlamat Zamaera sendiri iaitu untuk mewakili landskap seni yang diwakilinya dalam scene tempatan, Queendom Fest merupakan usahanya sendiri untuk mencipta sejarah.


Pada terasnya, Queendom Fest dapat meningkatkan kredibiliti seorang wanita dan mengeratkan hubungan komuniti seni melalui satu pentas platform yang berkongsi berlainan kreativiti. Penonton bakal menyaksikan anak seni wanita tempatan berlainan genre berkongsi di satu pentas dan juga ajan jadi satu hub perniagaan untuk 40 vendor tempatan yang dimiliki oleh wanita. Queendom Fest dijadualkan berlangsung pada 16 Disember 2023 di LaLaport BBCC's Central Rooftop Garden di tengah-tengah Pusat Bandar Kuala Lumpur.


Festival ini akan ditunjangi oleh Zamaera dan disokong oleh barisan wanita hebat iaitu DOLLA, Hullera, Jovynn, Yunohoo, Lil Asian Thiccie, Meliha, The Impatient Sisters, MJ dan SYA. Queendom Fest berdiri sebagai bukti sebenar kepada semangat dan potensi tanpa had landskap muzik tempatan semasa, dan menandakan babak penting dalam legasi Zamaera yang kekal sebagai Ratu Hip-Hop Malaysia.


Konsep awal Queendom Fest mula dihasilkan hampir 2 tahun lalu, sewaktu Zamaera menganjurkan jelajah Pop-Upnya sendiri yang merentasi Pulau Pinang, Kuching, Ipoh dan Kuala Lumpur. Bekerjasama rapat bersama Avinash Retnam dari Kaia Collab, ini adalah cara beliau memahami peminat tempatannya serta menilai impak dan pada asasnya menguji kuasa pasar untuk “Queendom Fest”.


Apabila melihat mimpi Queendom Fest menjadi kenyataan, Zamaera merasakan sebagai salah seorang daripada segelintir penyanyi rap wanita yang berpeluang membuat persembahan di pentas besar seperti Good Vibes Festival, Round Fest dan Baybeats, beliau dapati perwakilan artis wanita di festival muzik tempatan dan showcase sentiasa dikalahkan oleh rakan lelaki dalam industri. Pada tahun lepas sahaja daripada lebih 14 festival dan showcase, 84% daripada penghibur adalah lelaki. Senario muzik semakin berkembang dan kami melihat semakin ramai artis wanita yang muncul. Zamaera merasakan itu harus mencerminkan peluang yang disediakan kepada wanita dalam industri kreatif. Atas nama keterangkuman, kesaksamaan dan cinta yang tulen terhadap seni & budaya, beliau mahu melihat masa depan yang lebih cerah untuk tenaga kreatif wanita negara ini.


Berharap anak seni wanita tempatan dapat membuat persembahan di festival muzik dan untuk wanita melangkah keluar dari norma gender masyarakat dalam industri yang didominasi lelaki. Namun begitu, walaupun barisan artis merupakan wanita secara keseluruhan, Queendom Fest juga bekerjasama dengan ramai tenaga profesional lelaki dalam industri yang menyokong idea untuk mendorong wanita ke hadapan dengan memberikan kepakaran dan pengetahuan mereka, seperti penganjur bersama dari TONGTONG Asia, Old Head Jin (FKA Jin Hackman).

Queendom Fest disokong sepenuhnya oleh Kementerian Komunikasi dan Digital melalui My Creative Ventures, sebagai sebahagian daripada usaha mereka di seluruh negara untuk meningkatkan industri kreatif Malaysia melalui Dana Kandungan Digital Persembahan Muzik 2023.


Tiket akan terdiri daripada 4 kategori. Early-bird RM118, GA RM138, Go Kart Bundle RM178 dan Door RM 188 (semua harga tiket adalah tertakluk kepada yuran tiket sebanyak 3%) yang boleh didapati untuk pembelian di laman web rasmi mulai Isnin, 23 Oktober 2023. Sertai mereka di Queendom Fest pada 16 Disember 2023. Untuk maklumat lanjut, kemas kini dan butiran tiket, sila lawati www.queendomfest.info

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...