Saturday, November 25, 2023

Kedai Baiki Telefon Murah Kota Warisan - MRFIX

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Buat warga Kota Warisan dan kawasan sekitar yang mencari-cari kedai baiki telefon bimbit murah dan dipercayai, bolehlah datang ke MRFIX Kota Warisan yang baru sahaja dibuka kepada umumbermula November 2023. Ikuti butirannya !


Aku percaya, ramai di antara kita mempunyai jangka hayat telefon melebih 3-5 tahun. Selagi boleh pakai dan berfungsi dengan baik, memang tak ada rasa nak beli phone baru. Ada pula tu, dah beli phone barupun masih lagi simpan phone lama sebab ada sentimental value. Kerosakkan paling biasa untuk phone yang jangka hayat dia panjang nie antaranya ialah lagging, battery cepat habis, dan crack screen.


Kerosakkan seperti ini biasanya dikategorikan sebagai kerosakkan minor. Kadang nak betulkan tu pon rasa berkira-kira sebab kerosakkan minor. Tak nak keluarkan duit mahal-mahal untuk betulkan. Tapi sebenarnya,kalau jumpa kedai baiki telefon yang betul, kerosakkan minor nie sebenarnya tak adalah mahal sangat untuk dibaiki.

Sebagai contoh kalau hantar betulkan telefon di MRFIX. Setakat hari nie, memang kalau bab telefon rosak, aku akan hantar dekat MRFIX. Sebuah kedai telefon yang sangat dipercayai kerana hanya menggunakan alat peranti gantian yang ori dan berkualiti. Bukan itu sahaja, malah harganya juga sangat berpatutan dan murah berbanding dengan kedai membaiki telefon yang lain.


Bahkan sekiranya kerosakkan handphone korang itu minor dan alat ganti mempunyai stok, korang boleh saksikan sendiri depan mata bagaimana mereka menggantikan komponen yang rosak tersebut. Di samping itu korang boleh lihatlah, bagaimana isi dalam telefon korang tu. Agak menarik bila dapat saksikan sendiri bahagian dalam telefon kita dan bagaimana sesuatu peranti itu diganti.


Nampak macam mudah tapi sebenarnya memerlukan kepakaran dan pengalaman dalam bidang pembaikian telefon bimbit. Nak nak pula terdapat pelbagai jenis handphone di pasaran sekarang. Jadinya, pengetahuan untuk membaiki seusatu telefon itu perlu ada. Tak perlu risau kerana di MRFIX, staff mereka merupakan staff yang cukup berpengalaman dan pakar dalam bidang tersebut. Cakap sahaja rosak apa, dorang boleh baiki. Tak perlu bagitahu rosak apa pun, dorang cek sahaja dah boleh kesan kerosakkan peranti kroang. Hebat bukan ?


Jadinya, bolehlah korang hantar dekat MRFIX yang baru sahaja membuka cawangannya di Kota Warisan. Tak perlu risau, konsultansi kerosakkan handphone adalah percuma sahaja. Bagus untuk korang tahu apa kerosakkan phone koran. Di samping itu, korang boleh survey-survey harga pembaikian. Percayalah, korang akan dapati kos pembaikian di MRFIX jauh lebih murah daripada kedai baiki telefon yang lain.


Ouh ya, MRFIX juga tidak terhad kepada pembaikian telefon bimbit. Malah untuk membaiki laptop atau Macbook pon mereka boleh buat. 



Kedai MRFIX cawangan Kota Warisan ini terletak di dalam Al Ikhlas Gadget. Kalau nak betulkan telefon kroang boleh ke kaunter MRFIX yang terdapat dalam premis Al Ikhlas Gadget nie. Sambil-sambil korang tunggu phone korang dibetulkan, bolehlah cuci mata tengok aksesori-aksesori yang dijual di Al Ikhlas Gadget nie. Butiran alamat, boleh dapatkan di bawah :

MRFIX Kota Warisan
21-G Arena Warisan Puteri, Jalan Arena Kota Warisan,43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan
Landmark : Al Ikhlas Gadget
Tel : 012 - 540 0531
Waktu operasi : Isnin - Ahad 
Masa : 10.00 am - 9.00 pm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...