Saturday, November 25, 2023

Kedai Baiki Telefon Sri Serdang - Gila Gadgets

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kalaulah dulu dorang buka awal-awal cawangan Gila Gadgets dekat Sri Serdang masa aku belajar dekat UPM, kan senang. Tak perlu jauh-jauh merantau cari kedai baiki telefon sampai ke Kuala Lumpur. Aku dah habis belajar lah baru nak buka cawangan dekat sini ya ? Hahaha. Buat pelajar-pelajar yang belajar dekat UPM tu, tak perlu cari jauh-jauh kedai baiki telefon, dekat Sri Serdang nie ada. Betul-betul berhadapan medan selera Sri Serdang a.k.a padang. Pelajar-pelajar UPM confirm tahu padang nie dekat mana. 


Gila Gadgets merupakan sebuah kedai baiki telefon bimbit dan laptop dengan tawaran harga pembaikian yang cukup berpatutan dan hanya menggunakan alat gantian yang original dan berkualiti. Sesuai sangatlah buka cawangan dekat Sri Serdang nie yang mana keliling ada universiti. Baguslah buka cawangan Gila Gadgets dekat sini, senang pelajar-pelajar nak datang betulkan telefon. Bergelar seorang pelajar nie korang faham-faham sendiri lah, duit pon cukup-cukup makan. Bila bab-bab barangan peribadi macam nie, kalau boleh tak nak susahkan mak ayah. Ye dakk ?

Kenapa aku suka bila Gila Gadgets membuka cawangan di Sri Serdang ?

1. Baiki phone secara berhadapan (Face to face)


Korang boleh tengok ketelusan mereka baiki telefon dan betapa telitinya mereka dalam kerja mereka. Aku yakin pasti setiap orang teringin nak tahu dan tengok keadaan dalam telefon korang tu. Hah korang boleh tengok sendiri isi dalam phone korang tu. Selama hari ni reti guna je kan ? Hahaha.

Kalau kerosakan korang tu minor dan alat gantian peranti tu ada, bolehlah siap dalam masa 30 minit. Tapi kalau kerosakan major, biasa ambil masa sedikit. Kenalah tinggalkan telefon korang tu dekat kedai untuk beberapa hari. Untuk kerosakkan minor, bolehlah korang saksikan bagaimana mereka baiki telefon bimbit korang tu. 

2. Pemeriksaan telefon PERCUMA


Kita nie kadang bertangguh-tangguh nak hantar telefon pergi betulkan sebab takut kos pembaikian tu mahal sangat. Apa yang bestnya dekat sini, korang boleh datang terlebih dahulu untuk mengetahui kerosakkan yang dialami dan apa yang perlu diganti. Dari situ, staff mereka akan memberitahu anggaran kos dan sekiranya korang bersetuju, boleh teruskan. Kalau masih nak survey-survey dulu atau bajet belum ada, boleh hantar kemudian. Yang penting,kita dah diagnos apa yang rosak. Konsultansi kerosakkan telefon nie percuma sahaja tau. Tak perlu bayar pon. Jadi jangan malu-malu datang bawa telefon korang okay ?

3. Alat gantian yang berkualiti dan original


Alat peranti yang mereka guna juga berkualiti dan original. Ini bagi memastikan peranti berfungsi dengan baik selepas dibaiki. Tambah-tambah untuk mereka yang menggunakan Iphone, bila phone rosak je mesti kita jadi gelabah dan terbayang-bayang berapalah agaknya duit nak kena keluarkan untuk baiki. Jangan risau, mereka boleh betulkan Iphone dengan alat gantian berkualiti tinggi dan original. Bukan Gred AA atau copy ori ya. Yang penting, jimat kos pembaikian.

4. Pelbagai aksesori dijual di sini



Ya, bukan sekadar kedai membaiki telefon bimbit. Tapi juga menjual pelbagai jenis aksesori. Ini termasuklah aksesori telefon, aksesori laptop dan macam-macam lagi. Speaker, headphone, casing, tempered glass, wayar USB dan macam-macam lagi.Korang bagi tahu je nak apa, semuanya ada. Dah macam one stop centre dah kedai Gila Gadgets Sri Serdang nie. Macam-macam ada dijual. Rambang mata weyhh bila masuk.


GILA GADGETS SRI SERDANG
No. 3274, Jalan 18/36, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Landmark : Medan Selera Sri Serdang a.k.a padang
Waktu Operasi : Isnin - Ahad (10.00 AM - 9.00 PM)
Tel : 013 - 650 0531

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...