Sunday, November 19, 2023

Know Know Arrived Korea - Day 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ayuh kita sambung cerita percutian Know Know Arrived Korea aku untuk hari yang ketiga. Untuk mereka yang baru mengikuti cerita percutian aku nie, bolehlah jenguk entri Day 1 dan Day 2 dulu ya. Okay sekarang, kita teruskan dengan Day 3. Ikuti butirannya !


1 Oktober 2023

Macam biasa, seawal jam 6 pagi kami dah bangun untuk mulakan perjalanan. Satu lagi hari yang cukup panjang sebab kami nak jelajah banyak tempat hari nie. Macam biasa, kami pergi ke train station untuk menuju ke destinasi pertama kami iaitu K Star Road. Dekat sini korang boleh saksikan terdapat banyak Gangnam Doll untuk kumpulan idol kegemaran korang. 

K Star Road


Untuk diri aku, sudah semestinya aku cari SNSD punya Gangnam Doll dulu. Hihi. Selain SNSD, Gangnam Doll lain seperti EXO, BTS, Miss A, AOA dan banyak lagilah. Sepanjang jalan tu ada, carilah sampai korang jumpa doll group idol kegemaran korang.

Source : LINK


Habis je tawaf satu Gangnam Road dan dah jumpa Gangnam Doll yang kami suka, terus pergi menuju ke Coex Mall. Sumpah lapar gila masa nie sebab malam sebelum tu cuma makan ramen noodles segera je. Cari convenience store berhampiran nak beli roti atau apa-apa yang boleh buat alas perut. Lepas dah isi perut, barulah kami masuk Coex Library.

Coex Library



Coex Library nie terletak dalam Coex Mall. Coex Library nie memang cukup terkenal kerana aestetiknya. Kitorang datang bukan nak beli buku mahupun baca buku, tidak. Datang sekadar nak bergambar sahaja. Sebagai seorang pelancong yang gemar akan benda-benda aestetik nie, wajiblah datang singgah ambil gambar satu dua beserta video untuk dipertontonkan oleh khalayak di instagram tanda sudah hadir. Gituhh !


Selesai bergambar semua, kitorang singgah % Arabica Coffee yang terdapat di dalam Coex Library ini. Dekat Malaysia pon ada % Arabica nie tapi tak pernah pon singgah minum. Dah sampai Korea nie barulah tergedik nak singgah beli sebab aestetik sekali cafe dorang. Konsepnya asalkan aestetik, kita masuk dan bergambar.


Gangnam Statue

Ouh ya, dekat luar Coex Mall ada Gangnam Statue yang cukup besar. Gangnam Statue dijadikan statue atau landmark dekat bandar Seoul kerana lagu PSY yakni Gangnam Style menjadi cukup polular sekitar tahun 2012 yang lalu di seluruh dunia. Oleh itu, mereka abadikan simbolik tarian lagu Gangnam Style dan jadikan ia satu statue. Menariknya, pengunjung boleh menari lagu Gangnam Style di statue ini kerana lagu tersebut dimainkan 24 jam. Cuma malu tak malu jelah nak menari depan ramai orang. Hahaha


Olympic Park

Seterusnya kami menuju ke Olympic Park untuk menyaksikan taman bunga. Orang kata, waktu musim luruh merupakan musim yang cantik untuk melihat daun luruh dan juga pokok bunga bunga berwarna-warni. Kitorang aim nak cari pink grass. Katanya ada dekat Olympic Park. Tapi cari punya cari tak jumpa.



Satu Olympic Park nie kami berjalan tau. Serius penat gila sebab park nie besar. By the time kitorang habis melawat Olympic Park, tenaga semua dah tak ada. Rasa macam nak balik bilik hotel and tidur. Hahahaha


Masa untuk kami makan, jadi destinasi seterusnya ialah bandar Itaewon.

Orang kata, bandar Itaewon senang nak cari makanan Halal sebab dekat sini populasinya ramai Muslim. Serius bila sampai je kawasan sini, memang bersepah makanan Halal. Pilih je nak masuk kedai mana. Rasa seronok gila.Kami aim nak makan dekat satu tempat nie, tapi malang sekali tempat tu tutup. Jadinya kami singgah je restoran mana-mana yang berkenan.



Kami pon singgahlah makan dekat Restoran Eid sebab warna dia menarik perhatian. Tun M dan Tun Siti Hasmah pernah singgah makan dekat sini tau. Hebat tak hebat ? Apa yang aku boleh katakan, cukup puas hati dengan menu dekat sini. Pricewise okay, tastewise pon okay. Sangat kenyang dan puas hati.



Seoul Central Mosque

Kami singgah Bandar Itaewon nie sebab satu hal je. Kami nak singgah Masjid terkenal dekat Korea nie. Sebagai seorang Muslim, haruslah datang sini. Rasa bangga sebab ada masjid dekat negara non Muslim country yang cukup besar dan komuniti Muslim berjaya dibentuk di sini.


Itaewon Class Guesthouse

Dah alang-alang dekat sini, singgahlah dekat satu hostel yang pernah dijadikan lokasi penggambaran sebuah Kdrama yang cukup terkenal iaitu Itaewon Class. Secara jujurnya, aku tidak pernah menonton atau menyaksikan drama ini. Tapi sebab kawan aku nie gila Kdrama, jadinya kita datanglah abadikan kenangan dengan bergambar di sini tanda sudah hadir.


Sebelum keluar dari bandar Itaewon, kami beli shawarma banyak-banyak untuk makan malam dan sarapan besok pagi. Sebab nanti bila dah balik ke hostel atau ke bandar Seoul, susah nak jumpa makanan Halal lagi. Jadinya kami beli siap-siap. Tambahan pula, lokasi kami lepas nie ialah nak melihat pertunjukkan lampu air. Jadinya boleh kami tonton sambil makan dekat situ nanti.

Lightshow at Banpo Bridge


Alhamdulillah kami sampai dekat Banpo Bridge nie sebelum jam 7 malam. Sampai-sampai je, sudah ramai manusia sudah bersedia dan bentang tikar untuk menyaksikan lightshow yang bakap dipertunjukkan. Kitorang duduk dekat anak tangga je, mudah. Tak payah bawa tikar bagai. Silap-silap haribulan kalau tiba-tiba hujan, tak ke gelabah kelam kelibut nak berlari. Mujur tak hujanlah.Cuaca cukup baik. Sejuk dan berangin je.



Kitorang stay sampai penhujung pertunjukkan. Lebih kurang sejam jugaklah pertunjukkan lightshow nie. Memang menariklah tapi tak ada apa sangat pon. Hanya pertunjukkan lampu gituh je. Terpulanglah nak stay lama atau sekejap. Kitorang stay lama sebab nak rehatkan kaki penat berjalan satu hari. Hahahaa.

Hongdae Street


Tak padan kaki sakit penat berjalan, sambung lagi berjalan-jalan dekat Hongdae Street. Korang boleh saksikan kehidupan malam di kawasan Hongdae Street ini. Apa yang aku boleh kata, kawasan nie lebih kepada anak-anak remaja yang sedang meningkat naik. Susah nak nampak ahjussi-ahjussi dekat sini. Rata-rata semua budak-budak muda. Baju-baju yang dijual di kawasan Hongdae Street juga lebih kepada gaya ala-ala Kpop idol. Stylish dan modern. Cantik-cantik tapi harga dia menangis sikitlah.


Kitorang sekadar berjalan-jalan dan cuci mata sahaja. Tak adalah nak shopping apa sangat. Tapi serius memang menarik baju-baju yang dijual di Hongdae nie. Sangat kena dengan citarasa aku yang sukakan keunikan akan sesuatu pakaian itu.


Kat Hongdae nie, kami sempat singgah beli cofee dekat Mohssen's Sweets. Kitorang beli Pistachio Coffee. Serius cakap, ini merupakan coffe paling sedap sepanjang travel kami di bumi Korea nie. Kalau korang jumpa Mohssen's Sweets dekat mana-mana,korang jangan lupa cuba Pistachio Coffee dorang. Sedap sangat !


Lepastu kami terus pulang semula ke hostel kami. Penat sangat satu hari berjalan tapi hari nie kasut aku selesa sedikit jadinya kaki tak berapa nak sakit. Satu lagi hari yang sarat dengan kunjungan ke pelbagai lokasi yang kami rancang dalam itinerary. Alhamdulillah dipermudahkan dan semuanya berjalan lancar.

Jumpa lagi di hari keempat pula nanti. Bye !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...