Sunday, August 28, 2011

Shopping raya last minute

Assalamualaikum

26 Ogos haritu, aku pergi shopping raya bersama kawan-kawan di Kuala Lumpur. Shopping raya kali nie boleh dikatakan agak tiba-tiba juga sebab memang tak rancang apa pon. Walaupun persiapan raya aku sudah hampir cukup, tapi ikut jugaklah sebab ada beberapa persiapan yang belum cukup.


Ini semua gara-gara Faries datang secara tiba-tiba ke Banting pada 25 Ogos hari tu. Tak sangka dia datang siap bermalam. Dia bermalam dekat rumah Rashid selama 2 malam. Dorang bertiga datang rumah aku secara mengejut malam tu untuk ajak aku tidur sekali. Maka aku pon ikutlah bermalam di rumah Rashid.

26 Ogos 2011


Besok paginya kami bertolak ke Kuala Lumpur untuk shopping raya. Banyak tempatlah kami pergi dan sempat juga bergambar di water fountain depan Pavilion. Ini merupakan kali pertama aku jejakkan kaki di Pavillion tau. Selalu nampak budak-budak baru nak up lepak sini. Adakah aku juga dikira sebagai budak-budak baru nak up ?


Ini merupakan kali pertama aku bersua-muka dengan Faries. Selama hari ni hanya berhubungan dan komen-komen dekat Facebook sahaja. Kenal sejak bulan Februari. Akhirnya dapat juga jumpa. It was nice finally meeting you in person.


Lepastu cepat-cepat kitorang balik ke Banting sebab nak buka puasa dengan kawan-kawan di Shabu Shabu Celup King. Restoran nie betul-betul berada di atas Pakli Kopitiam Banting a.k.a tempat kerja lama aku. Oleh kerana buka puasa lambat lagi, kami singgah sekejap ke Morib. Saja habiskan waktu dekat sini sementara nak tunggu waktu berbuka. 


Dekat nak maghrib macam tu, kami terus ke Shabu Shabu Celup King. Ini merupakan kali pertama aku makan dekat sini. Restoran nie merupakan restoran baru. Masa aku kerja dekat Pakli Kopitiam, restoran nie tak ada pon lagi. Harga buffet dekat sini ialah RM24 satu kepala. Boleh tahan jugak harga dia. Tapi okaylah, konsep makan eat all you can.


Memang kenyang betul makan dekat sini. Rasa nak meletup perut nie. Lepasnie bolehlah singgah makan lagi. Sesuai untuk dijadikan tempat gathering sebab boleh muatkan ramai orang dalam satu table.

27 Ogos 2011

Esok harinya a.k.a hari terakhir Faries dekat Banting, kami berempat sambung lagi shopping. Tapi dekat Klang je. Apa bendalah yang dibelinya sampai hari-hari keluar shopping. Lepastu kitorang berbuka puasa sama lagi dekat restoran kopitiam sebelum berpisah membawa haluan masing-masing.


Itu sahaja kisah shopping raya last minute aku yang tidak dirancang. So aku nak ucapkan selamat hari raya buat semua. Hati-hati main mercun dan hati-hati memandu pulang ke kampung.

Post edited : July 2021

15 comments:

  1. wow, shuping raye, nasib kau faham auntie tu... senang tangkap monolog dia, jangan ambik ati =p

    ReplyDelete
  2. hahaa . xd shopping ouhh . just tgok2 je =P

    ReplyDelete
  3. untungla boleh membeli belah .

    ehhhh hensemnye dia :')

    ReplyDelete
  4. elehh , hencek haikal pon bole outing kan ?

    hencek haikal lag hensem ouhh =P

    ReplyDelete
  5. bestnya shopping....mesti raya tahun nih mengalahkan anak dara nih...rambut terpacak!!cicak jatuh pengsan wooo....heehee....student matrik yew?

    ReplyDelete
  6. xd shopping pon . duit xd kot . hahahaa . yupp student matrik . student matrik jugak k ?

    ReplyDelete
  7. Zharif>>>> org batak nak comment sikit boleh??? sape yg ambil gambar kat bus stop tu??? kah kah kah.. rambut baru pun smart.. misai pun dah bercambah dengan suburnye... awek je tak nmpk2 lagi nie.. tak kan nak tunggu puteri gunung ledang turun kot?

    ReplyDelete
  8. drive mood =) after 2 seconds , dia snap gamba lahh . hahahaa .

    misai hahhaa kelakar kot . nak tunggu oprah winfrey datang meminang =) amboi x ? hahahahaa

    ReplyDelete
  9. Erk... Ape???? Hahahaha x sanggup laaa.. Tgk dia.. Ingat Beyonce!!! Bila nak balik raya?

    ReplyDelete
  10. Hahahaha... Tak sanggup laaa tgknye.. Klu beyonce x pe gak.. Ooo mcm tu ropenye.. Nasib la endon sebelah tuuu.. :)

    ReplyDelete
  11. siapakah anda di sebalik anon ?
    balik raya 19 ogos nie =)

    ReplyDelete
  12. huhuhu..bestnyerr shopping2..lagi2 dkt nk raya ni

    ReplyDelete
  13. kann =D best kalao ad duit lahh . hahaha

    ReplyDelete
  14. dialog auntie tuu. auntie tu cakap or zharif yang cakap? HAHA

    ReplyDelete