Wednesday, December 28, 2011

Cuti krismas

Assalamualaikum

Cuti krismas kali ini, aku banyak meluangkan masa bersama keluarga dan sanak saudara aku. Banyaklah aktiviti yang aku lakukan sepanjang cuti krismas. Jom ikuti aktiviti yang aku buat !


Sabtu hari tu, aku dan adik-beradik aku keluar pergi ke Jusco Bukit Tinggi. Maka pagi-pagi lagi kami pergi ke stesen bas untuk ke sana. Gigih ya nak pergi Juusco naik bas. Perjalanan dari Banting untuk ke Bukit Tinggi ambil masa dalam 50 minit. Makanya sempatlah aku tertidur dalam bas. 


Tak ada buat apa pon dekat Jusco. Sekadar keluar makan da berjalan-jalan tawaf satu kompleks tu. Jusco nie jelah lokasi beli-belah yang paling dekat dengan rumah aku. Boleh dikatakan macam-macam jugalah ada dekat sini.





Lepas makan, aku naik bas lagi untuk pergi ke Klang Sentral. Aku nak kena beli tiket balik ke KMPP. Aku pergi sorang je, adik-beradik aku yang lain sambung berjalan-jalan dekat dalam Jusco tu sementara menunggu aku balik dari Klang Sentral. Lama jugaklah dorang tunggu aku. Yelah, naik bas dari Jusco Bukit Tinggi nak ke Klang Sentral tu bukannya dekat. Dua jam jugaklah orang kena tunggu aku.





Sampai je aku dekat Jusco tu semula, kitorang tengok jualan-jualan yang ada sempena hari krismas nie. Banyak jugaklah promosi. Tapi kitorang bukan nak membeli sangat pon. Sekadar nak berjalan je luangkan masa lima-beradik. Lepas je waktu maghrib, ayah ambil kitorang semua dekat sini. Dan malam tu jugak, Faries sampai dekat Banting. 



Hari Ahad tu pulak, sedara-mara aku ada buat bacaan tahlil kenduri arwah dekat rumah sedara aku yang terletak dekat Labuhan Dagang. Keluarga aku semua dah datang sana sejak pagi lagi. Aku datang sana waktu maghrib dengan Faries dan ayah aku. Segan nak masuk dalam sebab majlis dah bermula. Aku pulak dengan Faries masa tu cuma berpakaian biasa je, makin bertambah-tambahlah segan nak masuk.





Bukan selalu dapat kumpul sedara-mara. Kalau berkumpul pon cuma waktu raya je. Hari-hari biasa memang tak lah. Ramai juga sedara-mara aku yang datang masa nie. Walaupun tak semua, tapi kira ramai jugaklah. 




Sekarang nie, aku dah pon sampai dekat Matrik jam 9.30 malam tadi. Kali nie aku balik sorang diri tanpa si Ummi. Ummi balik hari Isnin, aku balik hari Selasa. Saja tambah cuti. Kah ! Susah sikit kalau balik sorang-sorang nie. Masa aku sampai tu, bas terakhir untuk ke KMPP dah terlepas. Tapi Alhamdulillah, pakcik yang selalu hantarkan aku ke stesen bas boleh ambil aku malam tu. Maka terselamatlah aku. 


Post edited : July 2021

8 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini