Wednesday, December 14, 2011

Mandi-manda di Port Dickson

Assalamualaikum

Dah lama merancang nak mandi-manda dekat Port Dickson nie, tapi asyik tak kena waktu je. Kali nie, aku buat sampai jadi walaupun ada je halangan dan gangguan nak buat aktiviti mandi-mandi nie.


Pergi ke Port Dickson nie bertiga. Aku, Faries dan juga Rahmat. Yangg lain sibuk tak dapat nak ikut. Aku pergi ke sini dengan memandu kereta. Ini merupakan kali pertama aku memandu atas lebuhraya tau. Siap bayar tol lagi. Rasa jakun sekejap. Ingat nak pergi dengan keluarga aku, tapi keluarga aku balik Pahang sebab  ada kenduri kesyukuran. Aku malas nak ikut balik. Jadi, aku teruskan juga perancangan nak mandi-manda nie.


Jauh jugak Port Dickson nie daripada tempat aku. Hampir 2 jam jugak memandu. Dahlah pagi-pagi lagi dah bertolak. Tak sempat nak bersarapan lagi. Sampai sana je terus cari kedai makan. Sumpah lapar gila. Lepas dah habis makan barulah ada mood nak mandi. Terus pergi tukar baju dan mandi. 


Dekat 3 jam juga kami mandi-manda. Tak padan dengan matahari tegak atas kepala. Mujur awal-awal dah letak sunblock jenis waterproof. Kalau tak, mahu sunburn kulit kitorang. 

Kitorang ada cuba juga naik banana boat. Rasa teruja sangat nak cuba. Agak takut juga sebenarnya sebab di penghujun tu dorang akan :jatuh: kan penumpang yang ada atas pelampung banana tu. Masa kitorang naik tu, ada akak nie tak padan mengandung, ikut jugak naik. Dalam hati aku, seriuslah akak nie. Tak takut ke terjadi apa-apa dalam akndungan tu. Dahlah masa jatuh tu, badan dia landing dekat kepala aku. Berdengung otak aku masa tu. Tapi akak tu steady je. Okaylah tu kot.


Okay, masa untuk pulang. Cukuplah hampir seharian kita berjemur mandi laut. Baliknya tu, kitorang singgah KFC dulu untuk makan. Dah main-main air, perut automatik jadi lapar. Ini jelah aktiviti yang aku buat sepanjang cuti balik rumah haritu. Aku sepatutnya balik hari Ahad, tapi slumber badak aku extend sampai hari Isnin. Isnin baru aku balik semula kat matrik. Sakan kau erk bercuti Zharif.

Post edited : July 2021

12 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini