Tuesday, December 6, 2011

Keputusan PSPM semester 1

Assalamualaikum

Hari nie merupakan detik penentuan di mana keputusan PSPM semester 1 keluar. Aku ingatkan keputusan keluar dalam bentuk slip. Rupa-rupanya dorang pi tampal keputusan dekat papan kenyataan sebesar-besar alam. Maka berebut-rebutlah pelajar KMPP untuk melihat keputusan masing-masing. Ada yang gembira dan ada yang menangis.

Yang menangis tu, akulah tu. Hahahaa


Memang agak sedih bila melihat tu, tapi memang dah jangka keputusan aku sebegitu. Jadi tak adalah terkejut sangat. Semua salah diri aku sebab leka dan tidak belajar bersungguh-sungguh. Tapi Alhamdulllah, aku masih kekal dalam program satu tahun. Namun begitu, aku tetap bersedih. Terus aku call ibu aku. Menangis-nangis aku dibuatnya dan minta dorang ambil aku bawa balik. Serius aku rasa macam nak berhenti marik masa tu. Tak sanggup nak teruskan lagi.

Aku stress, aku tak gembira, aku rasa sunyi walaupun aku ada classmates dan roommates. Semuanya serba tak kena dekat matrik nie pada aku. Aku memang rasa tak boleh nak teruskan dah. Sumpah aku tak faham apa yang aku belajar. Hanya sekadar datang dan balik kelas.

Apa-apa pon, ibu aku pujuk supaya aku teruskan sebab aku dah separuh jalan. Rugilah kalau berhenti. Ada betulnya juga cakap ibu aku. Separuh je lagi nak kena hadap. Lepastu habislah. Untuk semester 2 nie, aku kena lebih gigih dan jangan main-main lagi. Buat semua pelajar matrikulasi yang lain, tahniah pada yang cemerlang dan jangan putus asa pada yang senasib dengan diri aku. 

Post edited : July 2021

7 comments:

  1. zarep , congrats kekal pst :) buat yang terbaik untuk sem dua yeee :)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah , thanx haikal =)
    tahbiah , result mesti gempak an

    ReplyDelete
  3. Ada hikmah disebalik kejadian bro... ape ape pun usaha lagi... mesti ada silap tang mane tuuu... lebih baik cari kelemahan dan memperbaiki semula... itu lah cara yang terbaik... tak baik salahkan org lain.. manusia mmg mcm tu.. usaha dan berdoa jangan lupa insyaallah ALLAH tolong :)

    ReplyDelete
  4. HAHA! gambaq cubaan bunuh diri tu lawak gila..tak larat gelak xD papon terbaik ! all the best lah zharif..blogging2 jugak, plajaran jgn lupa :D

    ReplyDelete
  5. aswad , ermm betol jugak tu . terima kaseh nasehat =)

    kimy , ahhaa tu kan gambar dri zaman myspace lagi . hikhik =P

    ReplyDelete
  6. hahaha.. hebat ape .dlm nk bunuh diri dh ada dip in psikology. wahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila masa pulak aku ada diploma psikologi nie anon ?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini