Saturday, November 19, 2011

Cuti semester : Part 3

Assalamualaikum

Ada lagi ke yang mengikuti aktiviti harian aku sepanjang cuti semester nie ? Kalau ada, baguslah sebab aku nak sambung part 3 pulak. Ini merupakan part terakhir untuk aktiviti cuti semester aku. Jom mulakan !

16 November 2011

Ibu ayyah aku tak ada dekat rumah amsa nie. Ayah pergi kerja, ibu pula ada meeting dekat Kuala Lumpur. Tinggallah aku dan adik-beradik aku dekat rumah. Oleh kerana tak ada sesiapa yang masak, kitorang pon cadang nak pergi keluar makan dekat KFC. 


Tapi kereta tak ada, yang ada cuma motor dan satu topi keledar. Kitorang pergi juga KFC. Sorang naik maotor, yang lain jalan kaki. Gigih tak, jalan kakai dari lokasi mula ada polis sehingga ke KFC ? Jauh kot.




Penat memang penat tapi puas hati dapat makan KFC sama-sama. Tak cukup korum sebab sorang lagi ada dekat asrama masa nie. Jadilah, dapat keluar berempat je pon.

17 November 2011

Tarikh balik ke matrik semakin hampir, assignment bio aku tak buat-buat pon lagi. Jadii, aku luangkan masa satu hari nie untuk siapkan assignment. Aku tak faham betul dengan pensyarah aku nie, masa tengah cuti semester nie boleh pulak dia bagi assignment suruh siapkan. Tak boleh langsung tengok pelajar nak rehat sikit dekat rumah.


Petangnya tu, Faries datang ke rumah aku lagi. Haishhh dia nie, tak padan nak SPM. Boleh pulak datang lagi ke sini. 

18 November 2011

Hari nie merupakan hari terakhir aku di rumah. Cuti semester dah tamat. Aku kena balik ke matrik semula. Pagi-pagi keluar sarapan dekat McD. Lepastu ingat nak jumpa kawan-kawan kitorang, tapi semuanya sibuk. Maklumlah, nak SPM dah masa nie. Semua sibuk ulangkaji.


Lepas solat Juumaat, terus cepat-cepat makan tengahari sebabnya nak kena hantar Faries ke stesen bas. Aku dah kena balik matrik jam 4 petang tu. Saja ambil bbas lewat-lewat. Malas nak balik matrik awal sangat. 


Aku sampai Butterworth jam 9.30 malam. Lepastu, tak ada siapa nak ambil aku dan kawan a ku, Ummi, dekat stsesen bas nie. Mujur pakcik yang selalu hantar kitorang ke stsesen bas sudi ambil kitorang berdua. Kalau tak, mereputlah dekat stesen bas tu. 

19 November 2011

Pagi-pagi dah kene bangun untuk bersiap-siap ke bilik peperiksaan. Mujurulah roommate aku kejutkan masa nie. Kalau tak, memang tak terbangun. Alhamdulillah, selesai menjawab semua paper MUET. Jawab dalam keadaan yang mengantuk dan penat. Tak kesahlah, yang penting dah selesai.


Tapi sempat kemas-kemas bilik malam tadi masa sampai. Lepastu tertidur masa tengah menghadap laptop. Tak padan penat, nak jugak buka laptop. But anyway, i am glad that everything is over now cuma tak dapat terima hakikat cuti semester aku dah tamat. 


Walaupun hari nie dan esok masih lagi dikira sebagai cuti semester, tapi disebabkan ujian MUET tu, semua pelajar kena balik matrik awal. Dan bila dah balik matrik, itu tandanya cuti semester dah tamat bagi aku. Masa untuk siapkan mental dan emosi untuk menempuh semester baharu Isnin nie. Uwaaaa !

Post edited : July 2021

8 comments:

  1. muhammad noh : selipar lahh , terima kaseh =)

    zyashh : kadang2 je baek . hikhik ^^

    ReplyDelete
  2. yg aku nk tau: btul ke adek2 kau tu jln kaki. xtremely curious* hahha
    jwpannya 2 je: YA atau TIDAK.

    ReplyDelete
  3. ya ! dari rumah sampai ke perumahan org cina aku bwak naek motor . dah mcm indon bwak 4 org sekali satu motor .

    lepastu dorang jalan kaki sampai ke KFC . tamatt . faham adil ?

    ReplyDelete