Wednesday, November 9, 2011

Cuti semester : Part 1

Assalamualaikum

Cuti semester seorang Zhaif sudahpon bermula pada 4 November yang lalu. Jadi entri kali ini, aku nak ceritakan perjalanan cuti semester aku. 


4 November 2011

Sampai rumah jam 12.30 pagi terus packing baju untuk pergi ke rumah kawan aku di Negeri Sembilan besok. Walaupun badan masih penat dan tak cukup rehat, jam 9 pagi dah bersiap dan terpacak dekat stesen komuter Nilai Negeri Sembilan.  Tiba di Negeri Sembilan dekat waktu nak solat Jumaat. Nie semua gara-gara salah naik bas. Tak ada buat apa sepanjang satu hari nie, cuma singgah makan Char Kuey teow je belah malam. Lepastu terbongkang tidur sebab penat sangat.

5 November 2011

Selesai je saraapan pagi, kitorang berdua terus tunggu bas depan rumah. Tak sampai 10 minit, bas sampai. Laju jugak bas dekat kawasan rumah Faries nie. Tak perlu tunggu lama. Ingatkan nak beraya dekat sini je terus tapi tak jadi. Maka baliklah aku ke Selangor semula. Bermalam satu hari je dekat rumah Faries. Dah lah inio merupakan kali pertama aku datang ke rumah dia. 


Kitorang balik naik bas je kali ini. Dari rumah Faries untuk ke rumah aku mengambil masa yang agak lama sekiranya menaiki bas. Kena tukar 5 bas kot untuk sampai. Keluar pagi-pagi tapi sampai rumah jam 5 petang. Bila dah sampai Baning tu, teruus singgah KFC untuk isi perut. Lapar sangat. Lama gila kitorang dalam bas.



Dari Banting, naik teksi ke kampung aku. Lepastu sambung jalan kaki 2km. Barulah sampai ke rumah. Penat betul wyhh. Bertolak pagi, tapi sampai rumah jam 5 petang. Panjang gila perjalanan. 5 bas, 1 teksi dan 2km jalan kaki.


Patut rehat je dekat rumah sebab satu hari perjalanan, boleh pulak malam keluar lepak dengan kawan-kawan dekat McDonalds. Dekat tengah malam baru reti nak balik rumah. Walhal besok nak kena bangun pagi solat raya.  

6 November 2011


Guess what ? Tak sempat pon nak pergi solat raya. Bangun lewat sangat, terlepas solat raya tahun ni. Apa-apapun, selamat hari raya aidiladha buat semua. Sambut tak ada beriya pon. Biasanya waktu-waktu macam nie, aku balik Pahang. Tapi tahun nie tak balik Pahang. Sambut kat rumah je. Lepastu tengok lembu kena sembelih. Banyak jugak dapat daging korban tahun nie. 


7 November 2011

Ingat hari nie cuma nak duduk rumah je, tapi kawan sekolah aku ajak keluar pergi ambill angin dekat Morib. Kitorang tak ada mandi pon, cuma celup-celup kaki. Jadilah weyhh, nak mandi aku geli sebab air laut dekat Pantai Morib nie agak keruh ya. Hahahaa



Malam tu aku dengan Faries cari satay keliling kampung, tapi malang sekali semua warung tutup. Cuti rayalah katakan. Kempunan nak makan satay. Tak tahu kenapa rasa nak sangat makan satay masa tu.

8 November 2011

Masa untuk hantar Faries balik ke rumah. Punyalah aku memanndu selama hampir satu jam ke Stesen Komuter Nilai, diia boleh pulak tak nak balik. Sia-sia je aku memandu. Ya Allah sabor jelah. Dia kata dia boleh stay lagi satu malam. Masalahnya kau tu dah nak SPM woiii. Haishhhh terpaksalah bawa balik ke rumah semula.


Malam tu cari jugak satay dan Alhamdulillah kitorang jumpa. Akhirnya !

9 November 2011

Kali nie betul-betul kene hantar balik sebab SPM dah dekat sangat dah. Saja beli kek nak ucap semoga berjaya menjawab paper SPM yang akan datang tak lama lagi. Jawab peperiksaan elok-elok !


Hari nie jugak bang TM datang rumah tukar modem internet. Alhamdulillah kelajuan internet di rumah aku semakin membaik. Lepas nie bolehlah aku update blog dengan lebih laju lagi. Hihii


Itu je nak cerita, tunggu sambungan part 2 pula untuk aktiviti sepanjang cuti semester aku. Bye !

Post edited : July 2021

9 comments:

  1. dh mcm kpl dah dibah tgk korg dua ni. haha. xpe. kawan bahagia :)

    ReplyDelete
  2. =) bukan senang bdak facebook bole jad kwan baek . hikhik

    ReplyDelete
  3. comel je dua-dua . hahaha
    best nye korang :)
    takpe , haikal pun kalah gak contest tu . kecewa oh
    tapi sokay , haha
    arol pulak yang dapat . jeles ohh ! XD

    ReplyDelete
  4. heyya~! can't wait to meet you guys tomorrow :)

    ReplyDelete
  5. Gee, I just get what you have said. It's true! LoL. Alhamdulillah x)

    ReplyDelete
  6. hahax~~cam scandal jerh..itsowkey..join la contest shah plak...cube nasib..

    ReplyDelete
  7. wan : alhamdulillah apa nie ? x paham

    shah : skandal apa nie ==' contest apa ?

    ReplyDelete