Monday, April 25, 2011

Pesta Buku sangat bosan

Assalamualaikum

Kali nie nak cerita aku dan kawan-kawan pergi ke pesta buku di PWTC Kuala Lumpur. Pergi bertiga je, sebab yang lain sibuk sedang bekerja. Jam 6.30 pagi kitorang bertolak dari rumah Syazwan untuk ke stesen keretapi. Mak Syazwan yang hantar kitorang ke stesen pagi tu. Boleh pulak nak pergi nie aku tertinggal handphone. Terus rasa tak semangat nak pergi.


Naik je train, terus tertidur. Lama jugak kami berada dalam train, lebih kurang 70 minit jugaklah. Maksudnya lama jugaklah aku tertidur dalam tu. Mana tak nya,penat balik kerja jam 1 pagi, lepastu kena bangun 6 pagi untuk ke stesen keretapi pulak. Untuk pengetahuan korang semua, ini merupakan kali pertama aku naik train. Agak teruja sedikit.


Sebaik kitorang bertiga sampai di PWTC, kami singgah makan McD sebab lapar gila kot belum bersarapan. Lepastu barulah kami masuk ke pesta buku tu. Aku nie bab-bab buku tak berapa minat sangat.Jadi tak adalah rasa nak beli tu. Tapi adalah jugak beli semata nak dapat paperbag yang cantik nie je. 


Dekat 3 jam jugaklah kami dekat dalam tu. Ronda satu pesta buku. Memang banyak betul buku yang kawan-kawan aku beli. Sampai berbeg-beg kot. Aku cukuplah satu beg. Si Syazwan tu sampai RM300 lebih dia berbelanja. Banyak gila buku yang dia beli. Lepastu kitorang singgah makan dekat Kenny Rogers Roasters. Malang sekali, customer service dekat situ tak bagus, agak kurang ajar. Jadinya kitorang singgah makan dekat tempat lainyakni Pizza Hut.



Lepastu kitorang pon pergi ke stesen keretapi untuk pulang. Punyalah lama tunggu train tak datang-datang. Pulaknya boleh salah train pulak. Mujur ada yang tegur. Kalau tak, memang sampai ke Seremban lah kami bertiga.




Dan akhirnya kami sampai juga di Banting. Alhamdulillah. Sumpahlah bosan gila pesta buku nie. Tolong jangan ajak lagi. Aku seperti tidak ada tujuan untuk datang ke sini. Hahahaha

Post edited : July 2021

8 comments:

  1. i just want to know , are you interested in men ? hehe . because , from your old old entries , i read and i see it , you're kind of interested in men . sorry if offended . if you don't want to answer is not any :)

    ReplyDelete
  2. Kagum dengan kehenseman mamat nie . Jarang ada lelaki hensem terlampau . Tu pasal menggedix nak amek gamba mamat tu . Hahaha

    ReplyDelete
  3. Aku tak batak nk tgk, aku batak nk komen :

    Dont blame about your cellphone ya :)
    hahha
    akhir kata,
    CONSTRUCTION

    ReplyDelete
  4. Oh , ko amik gmbar mamat tu masa aku tgh leka grab novel2 habiburrahman . rugi dol xbeli novel hbiburrhman ni punya byk2 . kah kah kah .

    Eh , mana ad kita patah balik . Kita cuma turun kat kl sentral dan tggu train ke klang je laa . Haiyo , wrong info .

    *Under Construction* =P xD

    ReplyDelete
  5. HAHAHA. salah train? ouh god. mmg penat lah kan. tapi cm best jew g situ..
    btw. org laki tu ada rmbut gulung2 lah. kita suka :)

    makan pizza sorg2 xnk share. mmg btol2 lapar lah kan. HAHA

    ReplyDelete
  6. adil : memang salah dirimu pon . hahahha .

    wan : saya lemah bab2 geografi . tp PMR saya A dalam geografi . apakah ? hahaha

    deeba : dia mamamt arab . rambut sume jenis gulung-gulung . hahahaa .
    bab makan , no share-share . hahahhaa

    ReplyDelete
  7. haha..nasib kte serupe cume kte dgn cousin kte prasan yg kteorg slh naek train ble da sampai KAJANG!nk menanges kot msg2 coz da dkt pkul 10 mlm time 2 and kteorg terpkse patah blik..pesta bku taon ni betol2 meninggalkn kenangan yg menyayat hati lah~

    ReplyDelete
  8. tau xp . tp xper . sesat ngan kawan2 , best . hahahaaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini