Saturday, April 16, 2011

Jom jalan-jalan

Assalamualaikum

4 April yang lalu, aku keluar bersama kawan-kawan sekolah ke bandaraya Kuala Lumpur. Tanggal 4 April 2011. Dorang nie jenis happy go lucky. Sepanjang masa asyik nak ketawa je. Even masa nak bertolak tu siap langgar divider, tapi masih lagi boleh ketawa-ketawa. 


Ini merupakan kali pertama aku keluar bersama mereka. Memang sangat teruja. Jam 9 pagi berkumpul di McD Banting, tapi jam 10 baru semua tiba. Hahaha janji Melayu biasalah. Kami semua nie masih tak berapa familiar jalan untuk ke Kuala Lumpur. Sempat jugaklah sesat. Siap tahan teksi suruh tunjuk jalan. 
.

Ini juga kali pertama aku singgah makan Sushi King. Sumpahlah tak tahu nak order apa. Tak berapa gemar sangat benda-benda mentah nie. Duit habis RM102 dekat sini je. Gilalah mahal. Habis makan,terus pergi masuk taman tema dalam Times Square tu. Harga tiket masuk RM32. Mainlah sepuas-puasnya dalam tu. Dah lah baru lepas makan benda mentah, main pulak permainan yang memeningkan kepala. Habis keluar semula semua benda yang dimakan. Terus insaf tak nak main lagi dah. 


Sebelum balik tu,singgah tengok kedai-kedai baju kat situ. Cantik dan menarik barang-barang yang dijual dekat Times Square nie. Murah pon murah. Ini merupakan kali pertama aku sampai ke Times Square, jadi agak jakun sikit. Balik tu pulak singgah makan lagi dekat Restoran Saba Cyberjaya tempat Hareez kerja. Sedap-sedap makanan dekat sini. Habis licin aku makan.

Post edit : July 2021

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini