Assalamualaikum
Baru je suruh korang doakan supaya diberi kesedaran kepada aku untuk mula mengulngkaji sebab pperiksaan semakin hampir, lahh tahu-tahu beli tiket balik rumah lagi. Kalau macam tu, bilnya nak study woi ? Kalau dah balik rumah, memang beranganlah nak buka buku. Ada je aktiviti atau tempat yang dia nak pergi.
Sebenarnya, tujuan aku balik rumah nie ada sebabnya. Aku nak uruskan surat penangguhan PLKN. Aku kan dapat panggilan kumpulan ke-3. Tapi malang sekali, surat pengesahan belajar tertinggal dekat matrik. Jadi, kita lupakan soal surat penangguhan. Alang-alang dah balik rumah nie, marilah kita merayap.
Pergi keluar ke Jusco Bukit Tinggi je. Gigih pagi-pagi naik bas. Kitorang keluar pergi makan dekat Kenny Rogers Roasters. Suka makan dekat sini. Tapi harga dia agak mahal ya untuk satu set. Tapi makan-makan kali nie, Faries yang belanja. Terima kasih Faries belanja kitorang semua. Semoga murah rezeki !
Tengah syok berjalan-jalan tu, eh boleh pulak terjumpa dengan kawan sekolah aku dulu. Lama tak jumpa dorang. Masing-masing sibuk setelah semuanya bawa haluan masing-masing. Walhal dulu masa sekolah selalu sama-sama kot.
Okay itu je aktiviti balik rumah nie. Tak ada buat apa pon. Jangan risau, walaupun balik rumah, aku tetap bawa balik buku untuk ulangkaji. Tapi buka atau tak buka buku tu, kita tolak tepi. Yang penting niat nak ulangkaji tu ada. Kah !
Sekarang aku dah sampai semula ke matrik. Cumanya tadi masa dekat stesen bas, ada kejadian yang amat memalukan. Bas aku dari Klang Sentral ke Butterworth adalah pada jam 3 petang. Entah macam mana, aku terlambat sampai di Klang Sentral. Aku dah maklumkan dekat kawan aku yang sama-sama nak balik matrik supaya suruh pemandu bas tu tunggu aku kejap. Tapi dia dah cuba dan pemandu bas tu kata dia dah tak boleh tunggu lagi. Terus dia bergerak. Memang masa aku sampai tu, bas tu tengah bergerak depan mata aku. Punya kelam kabut aku kejar bas tu weyhh. Ya Allah ! Memalukan sungguh. Mohon lepas nie jangan lambat lagi okay.
Bila aku datang awal, pemandu bas lewat. Bila aku datang lewat, pemandu bas awal pula bergerak. Haihhh
Post edited : July 2021
FUYOOO. Dia dah ada baby :DDD
ReplyDeletexperlu nak mengandung pon . hahaha
ReplyDelete