Tuesday, November 9, 2021

Rouhi Retreats, Villa Penginapan di Langkawi yang Selesa dan Luas

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku ada bercerita mengenai pengalaman aku menaiki pesawat Firefly Airlines ke Langkawi. Oleh itu, sebelum aku berceloteh panjang mengenai percutian aku ke Langkawi selama 6 hari 5 malam, adalah lebih baik aku bercerita mengenai tempat penginapan kami sepanjang berada di pulau lagenda itu. Ikuti butirannya !


Aku pasti, kebanyakkan daripada kita akan bercuti dalam kumpulan yang ramai. Jadi, tempat penginapan yang sangat convenience untuk bercuti secara berkumpulan ialah dengan menginap di homestay mahupun villa. Lebih jimat, lebih luas dan mampu memuatkan ramai orang dalam satu masa berbanding menginap di bilik hotel atau chalet.

Sepanjang 6 hari 5 malam aku dan kawan-kawan di sana, kami telah menginap di Rouhi Retreats yang terletak di Ayer Hangat. Tempatnya agak sedikit jauh daripada Pantai Cenang dan sedikit terpencil. Namun begitu, kami tetap memilih untuk menginap di sini kerana tidak padat dengan manusia. 



Maklumlah, kita masih lagi dalam pandemik Covid-19, walaupun sudah dibenarkan untuk merentas negeri, namun SOP dan tempat yang padat dengan manusia adalah sangat dielakkan untuk mengurangkan risiko kadar keberjangkitan. Sebab itu bagi kami, Rouhi Retreats satu tempat penginapan yang ideal di musim-musim penuh wabak penyakit berjangkit kerana tidak padat dengan manusia. 


Untuk pengetahuan semua, Rouhi Retreats baru sahaja dibuka kepada pengunjung dan kami antara pengunjung pertama yang datang menginap di sini. Sempatlah kami menyaksikan dan mengikuti majlis pelancaran Rouhi Retreats tempoh hari yang disempurnakan oleh Tn Hj Saiful Anwar Bin Azmi (Pegawai Daerah Langkawi), Yang Dihormati Capt Shah Fitri dari Jabatan Pertahanan Malaysia dan juga pemilik Rouhi Retreats, Madam AR Syarifah Alawiyah Alhabshi.


Menariknya di Rouhi Retreats ini juga, ia bukan sekadar villa penginapan. Malah kalau nak anjurkan apa-apa majlis tertutup dan sederhana besar, boleh dijalankan di Rouhi Retreats. Mereka mempunyai kemudahan seperti dewan dan juga tanah lapang untuk anjurkan majlis. Tanah lapang tersebut berbumbungkan pokok-pokok besar dan penuh dengan kehijauan. Sesuai sangatlah sekiranya mahu mengadakan majlis yang berkonsepkan dalam taman di Rouhi Retreats.






Sekarang mari aku bawa korang tengok villa yang kami inap selama 6 hari 5 malam di Rouhi Retreats. Villa di sini terdapat pelbagai jenis dari segi kapasiti bilik. Ada villa 3 bilik, ada yang 2 satu bilik dan villa 1 bilik pon ada. Bergantunglah pada kapasiti korang, kalau bercuti dalam kumpulan yang ramai, boleh ambil villa 3 bilik macam kami ambil nie. Boleh muat dalam 8-10 orang dalam satu masa. Kami ambil 2 villa yang boleh memuatkan 8 orang. 

Katil yang terdapat di villa aku semuanya adalah queen size dan villa aku hanya mempunyai dua bilik sahaja. Satu bilik boleh kongsi 4 orang sebab terdapat 2 katil bersaiz queen.






Apa yang best dekat sini ialah kolam renang dia. Korang boleh mandi sepuas-puasnya sehingga jam 10 malam. Nak berkhelah di tepi kolam pon boleh. Pihak Rouhi Retreats boleh buat arrangement untuk itu. Kolam dia tak terlampau dalam dan juga tak juga cetek. Jadi untuk kanak-kanak, penjaga kena sentiasa awasi. 





Untuk sarapan pagi, pihak Rouhi Retreats booleh sediakan. Hanya telefon pihak mereka untuk urusan itu. Tapi kebanyakkan kita semua, sudah pasti mahu teroka sarapan di bumi Langkawi sendiri. Jadi pilihan semua di tangan masing-masing. Kalau nak mudah, biar pihak mereka aturkan. Kalau nak teroka sendiri, bolehlah lakukan sedemikian. 



Jalan kaki ke depan sikit, korang boleh dapatkan nasi lemak berharga RM1 yang dijual di tepi jalan. Nasi lemak seringgit nie dijual sehingga lewat malam. Jadinya kalau rasa lapar dan malas nak keluar, boleh je jalan kaki sikit keluar untuk dapatkan nasi lemak seringgit.


ROUHI RETREATS
Lot 69, Jalan Ulu Melaka, Mukim Ayer Hangat, 07000 Langkawi Kedah
Email : rouhivillas@gmail.com

Sebarang tempahan dan pertanyaan mengenai Rouhi Retreats, bolehlah menghubungi nombor yang berikut :
013-4323268 (PK) atau 018-2404505 (Adam)

6 comments:

  1. Cantiknya tempat dia. Sesuai kalau nak bawak family ramai ni. Ok boleh list untuk tempat menginap for next trip ke Langkawi. Tq share!

    ReplyDelete
  2. Kenapa aku tak ada gambar ramai-ramai tu hurmmm geram kita hehehehe ... Tempat ni best selesa dan cantik tapi biasa tempat baharu kena banyak lagi yang perlu diambil berat ok...

    ReplyDelete
  3. if ada nak buat event like family dan sambil bercuti i think this suitable place...Menarik dan kemudahan pon ok. thnks sharing...

    ReplyDelete
  4. meriah Korang.. tp mmg beatnkan Langkawi.. mcm2 ada kay Langkawi mmg puas hati

    ReplyDelete
  5. Wah meriahnya travel ke Langkawi. Kite belom sampai sana lagi ya. Bila la nak pi ni. Bukan main ye gimrama dalam pool ye.

    ReplyDelete
  6. menarik juga tempat ni, best buat gathering family day. berbaloi beli nasi lemak kat sini, murah sungguh

    ReplyDelete