Wednesday, February 8, 2012

Makan steamboat dengan kawan-kawan

Assalamualaikum

Masa aku dapat cuti 5 hari, aku banyak habiskan masa dengan memenuhkan perut. Banyak tempat makan aku pergi. Semua makanan aku nak cuba. Makan pizza lah, makan ais krim lah, makan donut lah dan macam-macam lagi. Cumanya ada satu hari tu, aku dan kawan-kawan plan buat gathering nak makan steamboat dekat Celup King Shabu Shabu yang terletak dekat atas restoran tempat lama aku bekerja, Pak Li Kopitiam Banting.


Ini bukanlah kunjungan pertama aku ke sini. Pernah makan dekat sini sebelum nie. Kali terakhir makan dekat sini tahun lepas masa bulan puasa. Agak sudah lama juga tak jejakkan kaki ke sini. Konsep makan dekat sini adalah buffet style. Makan sebanyak mana yang boleh. Satu kepala RM25.



Memang riuh rendah Celup King Shabu Shabu malam tu. Kitorang dah lah 9 orang. Memang riuh sekampung. Maaflah kepada pelanggan-pelanggan lain yang rasa terganggu dengan keriuhan kami malam tu. 



Makan berkonsepkan buffet nie memang amat mengenyangkan. Macam-macam benda sumbat. Selagi tak penuh, selagi tu sumbat. Maklumlah, dah bayar mahal, kenalah manfaatkan sebaiknya. Kalau tak, membazir. Hihi. 

Seronok dapat gathering macam nie. Nanti nak plan lagilah. Lagi ramai, lagi best.

Post edited : August 2021

10 comments:

  1. terkena kayu , then terkoyak lah kulit kaki tu . serious sakit gler msa kne >__<

    ReplyDelete
  2. kat situ kalau kena mesti susah nak baik... sebab hari2 kena air solat hehehehe

    ReplyDelete
  3. eh tapi alhamdulillah sekarang dh kering luka nya =)

    ReplyDelete
  4. elok la tu buh ubat... mcm ne game semalam dapat 2nd ek? ok la t upload blog lagi wokey :)

    ReplyDelete
  5. damnn, ak berhrap ade idea na post camnie, sygnya kaw da curi idea ak, haha, nice entry, jeless, blog ak bunyi cengkerik je lbey #cengkerik .. see bunyi lagi cengkerik tu , haha :)

    ReplyDelete
  6. alamak,mee bandung... ! camne nih..slurpp! kesat air liur..hehe

    nice entry.. first tyme dtg melepak disini..done folow..

    jemput datanga : akulovehunter.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. faiz : kau kan chef =) mesti banyak makanan yang sedap2 kau pernah masak <3

    ash : thanx singgah n follow =) mee bandung tu memang sodap =)

    ReplyDelete
  8. wah2,kita sama,sya ska jgak donut tu,nama donut tu MIMI LOLO kot,ntahlah. hahahahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini