Thursday, February 9, 2012

Artis Sementara KMPP

Assalamualaikum

Semalam, merupakan hari yang dinanti-nantikan buat semua artis KMPP. Ceitt ! Artislah sangat. Tidak ya, semalam ada pertandingan koir antara pelajar KMPP. Sekarang nie tengah berlangsung mini KAKOM iaitu perlawanan antara blok-blok di KMPP.


Ada 3 kumpulan blok di KMPP iaitu blok A, B dan juga C. Blok A dan B merupakan blok perempuan dan blok C merupakan blok lelaki. Setiap kumpulan blok nie pula, ada 5 blok. Contok A1, A2, A3, A4 dan A5. Jadinya, mini KAKOM nie perlawanan antara negeri yang mana Negeri 1 terdiri daripada blok A1, B1 dan C1. Semuanya ada 5 negeri, jadi kami berlawan antara 5 negeri nie lah. Faham dah ?


Kalau tak faham jugak, aku malas nak terangkan balik. Jadi, pandai-pandailah korang fahamkan ya. Aku duduk blok C2 jadinya aku berada dalam Negeri 2. Dalam banyak-banyak pertandingan, pertandigan koir je yang aku rasa macam aku boleh pergi. Pertandingan lain minta maaf ya, kirim salam. Maka aku masuklah dalam kumpulan koir negeri aku. 


Kumpulan koir Negeri 2 diketuai oleh Aniq. Beliau seorang yang sangat berkarisma dan kreatif. Bab-bab persembahan, dia tiptop. Negeri 2 sangat bertuah memiliki beliau sebagai penghuni. Setiap petang lepas habis kuliah, kitorang akan berlatih. Hampir setiap hari ya sebab persediaan untuk mini KAKOM nie sangat singkat. 


Maka detik yang dinanti-natikan pon tiba. Sangat gemuruh ya sebab pertama kali nak buat persembahan depan orang ramai. Benda-benda macam nie aku memang tak biasa. Kira ini di luar zon selesa aku. Bolehlah saksikan gambar-gambar di bawah. Maaf kualiti kamera biasa je, belum mampu nak beli DSLR. Hihi

Negeri 1

Negeri 2 ( Negeri aku)

Negeri 3

Negeri 4

Negeri 5

Masa dekat atas pentas tu, Allah je tahu betapa cuaknya. Penonton sangat ramai. Kaki aku terketar-ketar weyhh. Nyanyi dengan penuh semangat yang jitu dengan harapan dapat merangkul gelaran juara. Tapi Negeri 2 hanya mampu merangkul gelaran naib johan sahaja pada malam itu. Not bad lah, daripada tak dapat nombor, ye dakk ?


Tempat pertama dimenangi oleh Negeri 4 dan tempat ketiga ialah Negeri 1. Negeri 4 memang layak mendapat tempat pertama kerana persembahan mereka sangat kemas dan best. Tak adalah rasa ralat sangat tewas pada mereka yang hebat. Hihi. Maaflah tak ada video persembahan sebab tak rakam. Kawan aku rakam hanya 30 saat terakhir persembahan kitorang. Sesiapa yang mempunyai rakaman penuh persembahan Negeri 2, mohon maklumkan pada aku ya.

Apa-apa pon, memang best lah sebab ramai praktikum aku turut menjadi peserta mewakili negeri masing-masing.

Post edited : August 2021

10 comments:

  1. waaaaa...bestnya ! terbaik doe..hang memang artis dan retiss pon...HAHA :D

    ReplyDelete
  2. amboi laju nya dia komen >__<

    nie baru sikit nie . hang lagi siap dah berlakon . uwaa jeles =)

    ReplyDelete
  3. haha, terbaik zhreeep. omel nyer hampa(tipu jew) HAHAHAHAH

    eh gambar kami, buruk ,HAHAHAHHA

    ReplyDelete
  4. rean jeles lah tu kami comel =P

    rean comel je lahhh =)

    ReplyDelete
  5. wahh bestnya dia kena interview ! hahaaa smart doh korang punya kmpp buat koir waktu mini kakom . kitorang takde pun , kitorang semua sukan je . :)

    ReplyDelete
  6. Hahahahah BEYONCE JAVA cayalah ok la tu dapat NO2 tapi mane hadiahnye? nak tengok gak...

    ReplyDelete
  7. aliff : why kmp sangat kedekut untuk adakan semua itu ? so sad ='(

    aswad : hadiah nya dpat sumbang mata kat negeri kita , n maybe juat a piala je kot . alaa xkesa pon , asalkan dapat byak pengalaman =') xpernah join koir sebelom nie . huhu

    ReplyDelete
  8. bagus la ada koir koir nih.. tapi satu je yg menghentak dinding otak aku, apa atas pale ko tu? bunga ya?

    ReplyDelete
  9. negeri 4 , negeri saya tuhh :D bangga kot negeri 4 menang. hmm, saya duk belakang masa tu. tak nampak la plak zharif azis si retis tu menyanyi, haha

    zharif dalam blog kemain riuh kan. kalau selisih kat kmpp senyap kalau semut wakakakak

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua personaliti yg berbeza , begitulah hakikatnya =D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini