Sunday, February 19, 2012

Rombongan praktikum H4P1 ke Cameron Highland

Assalamualaikum

Semalam, praktikum aku adakan lawatan ke Cameron Highland. Dah lama merancang rombongan nie dan Alhamdulillah dipermudahkan untuk kami satu praktikum ke Cameron Highland. Sangat teruja !


Proses nak adakan rombongan nie pada mulanya agak hampir mustahil kerana banyak juga praktikum lain yang membuat permohonan untuk menggunakan bas KMPP. Tapi Alhamdulillah, rezeki praktikum kami, kami berjaya dapatkan bas. Jimatlah sikit perbelanjaan sebabnya guna bas KMPP adalah percuma. Cumanya nak buat kertas kerja tu yang renyah sikit. Mujur diluluskan walaupun ambil masa yang agak sedikit lama. Apa-apa pun, terima kasih ya tuan pengarah KMPP kerana meluluskan permohonan bas kami.


Pagi-pagi lagi kami dah berkumpul dekat pejabat pelajar. Jam 5.30 pagi ya, mujur ada yang kejutkan. Aku risau je aku tak terbangun. Maklumlah, aku nie bila dah nyenyak tidur susah sikit nak dikejutkan. Rabak juga mata masa tu, tak cukup tidur dah kena bangun.


Kami sampai dekat tanah tinggi Cameron lebih kurang pada jam 9 pagi.Lama juga masa yang diambil untuk kami sampai dari KMPP ke sana. Sempat jugalah qada tidur dalam bas. Sampai-sampai tu, kami pergi ke ladang yang menjual pokok-pokok kaktus comel, ladang strawberry dan juga ladang teh. 


Seronok pergi ladang teh sebab suka ambil gambar dekat sini. Cantik pemandangannya. Rasa macam tak nak balik. Okay tipu je. Cuma ladang teh je, tapi dia punya lama dekat sini mengalahkan lokasi lain yang kami pergi. Datang sini sekadar untuk ambil gambar je, beli tehnya tidak. KAH !









Datang ke Cameron Highland kalau tak singgah ladang strawberry memang tak sah. Wajib ya datang sini, salah satu tarikan wajib Cameron Highland kot. Lagipula, harga buah strawberry dekat Cameron Highland jauh lebih murah berbanding di tempat lain. Buahnya pula segar dan manis-manis. Rugi kalau tak datang singgah beli.





Boleh pilih untuk petik sendiri ataupun beli yang dah siap d paket. Nak petik sendiri kena bayar RM40 setiap satu kilo. Membazir kalau petik sendiri, lebih baik beli yang dah siap dipek. Boleh dapat lebih banyak. Lepastu kitorang singgah makan strawberry coklat. 3 cucuk RM5. Murah kan ?



Dekat lewat petang nak magib macam tu, kami mula bertolak untuk balik semula ke matrik. Tak bermlampon, cuma pergi balik hari. Tak banyak duitlah nak menginap. Ini pon nasib je dapat bas KMPP. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Puas hati dapat datang ke sini. Sesekali keluar berjalan untuk release tension.


Bas KMPP nie sebenarnya boleh memuatkan seramai 40 orang, tapi yang pergi cuma 28 orang je. Jadinya memang tak boleh duduk diamlah kitorang dalam bas. Manjang asyik tukar-tukar tempat duduk je. 

Post edited : August 2021

8 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...