Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru nie aku dan rakan-rakan pergi ke sebuah restoran nasi ayam yang baru sahaja dibuka di Platinum Walk Danau Kota Setapak, KL. Sebagai penggemar nasi ayam, wajiblah aku cuba makan dekat restoran nie walaupun agak sedikit jauh daripada tempat aku tinggal. Nama restoran itu ialah Chicken Rice Place. Ikuti butirannya !
Untuk pengetahuan semua, Chicken Rice Place mengambil masa setahun lebih untuk dibuka. Perancangan yang rapi, strategi pemasaran dan juga mengambil kira situasi pandemik, menjadikan ia satu jangka masa yang cukup lama untuk membuka sesuatu perniagaan. Dalam waktu ini jugalah, pemilik mencipta resepi nasi ayam istimewanya. Apabila sudah berpuas hati dengan resepi yang dihasilkan, maka bermulalah pembukaan Chicken Rice Plate ini.
Nasi ayam di sini dihidangkan bersama pelbagai masakan ayam iaitu kukus, panggang, bijan dan juga madu. Dengar je pelbagai seleski pilihan masakan ayam sudah buat aku terliur. Tak sabar nak cuba semua pilihan amasakan ayam ini. Nasinya pula cukup beraroma kerana banyak menggunakan rempah ratus yang memberikan aroma wangi. Ditambah pula sos kicap dan cili sebagai pelengkap rasa. Memang bertambah nasi dibuatnya.
Serius cakap zaman sekarang memang susah betul nak jumpa restoran nasi ayam yang betul-betul sedap. Banyak yang jenis asal ada. Tapi dekat Chicken Rice Plce nie, aku approved ! Kena dengan citarasa aku. Kira kalau mengidam nak makan nasi ayam tu, rasa terubatlah bila dah makan dekat sini. Begituuuuuuu.
Restoran nie baru sahaja dibuka pada 20 Ogos haritu, masih baru tapi cukup menjaga kualiti makanan. Dan sangat ramai ya yang datang ketika hari pertama restoran ini beroperasi. Hebat !
Ouh ya, Chicken Rice Place ini juga bukan sekadar menghindangkan menu nasi ayam sahaja. Malah ada menu-menu lain juga seperti Mee Wantan Kering, Kerabu Mangga, Sayur Taugeh Kicap dan juga Sup Dumpling. Dah alang-alang sampai sini, jangan lupa untuk mencuba Teh Tarik Kaww mereka. Atas saranan pemilik restoran,kami pon order. Ya, memang kawww betul. Dapat minum waktu sejuk-sejuk perghhh.
Kami turut dimaklumkan, Chicken Rice Plate ini juga akan dibuka di tempat-tempat lain. Yang paling hampir iaitu pada penghujung tahun ini, mereka akan membuka satu lagi cawangan di Bangi. Jadi buat orang-oirang Bangi, jangan lupa cuba okay kalau dah dibuka cawangan dekat sana nanti.
Waktu operasi Chicken Rice Place ini ialah dibuka setiap hari pada jam 12.00 tengahari sehingga 2.00 petang dan untuk makan malam pula, ia mula dibuka pada jam 5.00 petang sehingga 10.30 malam. Jangan lupa cuba okay !
No comments:
Post a Comment