Thursday, August 25, 2022

Pelantun Lagu Hit Every Summertime Mengeluarkan Album Baharu, Nicole

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sejak ada phone baru nie, memang rajin betul aku dengar lagu. Kalau tak sebelum nie, tunggu naik kereta jelah baru dengar lagu. Korang pernah dengar lagu Every Summertime yang dinyanyikan oleh Niki ? Hah kalau pernah dengar, nie nak bagi tahu yang beliau baru sahaja melancarkan album baharu. Ikuti butirannya !


Pelantun lagi Every Summertime yang menjadi sountrack filem Marvel Shang-Chi dan The Legend of the Ten Rings yang tular di Tiktok ini melancarkan album baharu yang berjudul Nicole. Lagu-lagu yang terdapat di dalam album ini boleh didengarkan melalui 88rising. 


Album Nicole memperlihatkan bagaimana NIKI mengimbas kembali asal usul menulis lagunya dalam sebuah persimpangan usia yang mempertemukan NIKI masa kini dengan diri remajanya. Album ini menampilkan lagu-lagu yang diarkibkan dari masa lalu NIKI yang telah diciptakan semula untuk album ini, di samping beberapa lagu baru yang menggunakan kelebihan berceritanya untuk meneroka tema cinta, kesedihan, dan setiap emosi di antaranya.



Semasa keluaran album ini, NIKI berkongsi bahawa video YouTube yang diarkibkan semasa di sekolah menengah membuatnya sedar bahawa lagu-lagu tersebut merupakan dimana jiwanya berada. Kebanyakan lagu telah diciptakan di garaj dan ruang tamu para kolaborator, dan keseluruhan proses menurut NIKI terasa begitu riang dan bertenaga seperti seorang kanak-kanak di taman permainan. Melalui album Nicole, NIKI belajar untuk percaya pada gerak hatinya dan mempunyai keyakinan pada dirinya sebagai penulis lagu dan penerbit muzik.

 

Ditulis sepenuhnya oleh NIKI, Nicole adalah hasil produksi bersama Jacob Ray (Alison Wonderland, Evan Giia), Tim Anderson (Halsey, BANKS), Ethan Gruska (Phoebe Bridgers, Remi Wolf), dan Jacob Reske  (Vince Staples, Trippie Redd), bersama produksi tambahan daripada NIKI.



Lagu terbaru NIKI “High School in Jakarta,” telah mengumpulkan hampir 4 juta strim. Video muzik lagu tersebut melepasi 3 juta tontonan sejak dikeluarkan pada Jumaat lalu, menjadi video terpantas NIKI yang pernah mencapai kejayaan ini.  “High School in Jakarta'' mengikuti single sebelumnya  “Oceans & Engines,” sebuah balada yang menyayat hati tentang menyerah kepada perhubungan yang terputus. Dalam masa yang singkat sejak pengeluaran, lagu ini telah mengumpul lebih 13 juta strim dan 2 juta tontonan pada video muziknya. NIKI pertama kali mengumumkan Nicole dengan mengeluarkan single utama “Before,” sebuah rekod penuh nostalgia yang menerima pujian daripada NME, UPROXX, dan Teen Vogue bahawa rekod itu “menyerlahkan dengan sempurna kehebatan penulisan lagu NIKI.” Ketiga-tiga lagu muncul di album Nicole.

 

Awal musim panas ini, NIKI mengumumkan lawatan solo pertamanya di Amerika Utara “The Nicole Tour,” yang hampir terjual habis dalam tempoh 3 jam pertama penjualan umum. Lawatan bermula di Vancouver, BC pada 8 September dengan perhentian di bandar-bandar utama termasuk New York City, Chicago, San Francisco.



NIKI juga menjadi artis Indonesia pertama yang tampil membuat persembahan di Coachella, bersama Rich Brian. Penampilannya di Coachella akan diikuti dengan sebuah persembahan di Head in the Clouds Festival 2022 dari 88rising akhir bulan ini di Brookside at the Rose Bowl. NIKI sebelum ini menjadi penampil utama di Head in the Clouds Festival 2021 pada November lalu dengan set memukau yang mendapat pujian daripada MTVFlaunt, dan The AV Club yang memujinya sebagai “goddamn superstar.”

 

Sehingga kini, NIKI telah mengumpul lebih 1.8 billion strim merentas semua platform. Single hit-nya “Every Summertime” dari soundtrack filem Marvel Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings tular awal tahun ini, mencapai Spotify Today’s Top Hits dan kini mempunyai lebih 220 juta strim dan bertambah. Lagu tersebut, yang ditulis dan dihasilkan oleh NIKI dengan kerjasama kolaborator lama Jacob Ray adalah lagu cinta yang turut menyuntik elemen bunyi yang meriah dan mengimbas kembali R&B dan jiwa klasik. Strim lagu di SINI.

 

Dengar/strim Nicole dan nantikan lebih banyak lagi daripada NIKI tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati nikizefanya.com.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini